View: 84911|Reply: 41
|
[Tempatan]
Bayi 8 bulan maut dipercayai disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh. Polis tahan pengasuh wanita.
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 7-9-2024 01:49 AM
MUTAKHIR
Bayi lelaki 8 bulan ditemukan meninggal dunia di taska
Amir Mamat
[email protected]
BEBERAPA ahli keluarga mangsa dilihat di Hospital Alor Gajah, sebentar tadi. FOTO Amir Mamat
Alor Gajah: Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak, di sini, hari ini.
Bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 9.15 pagi tadi.
Difahamkan, bayi terbabit baru beberapa hari dihantar ke taska berkenaan.
Tinjauan di lokasi kejadian kira-kira 7.30 malam ini mendapati pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di premis terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut.
Perkarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah turut dipenuhi ahli keluarga dan kenalan ibu bapa bayi terbabit yang menunggu proses bedah siasat dijalankan.
Dilaporkan, bayi berkenaan akan dikebumikan pada malam ini sejurus selesai proses bedah siasat.
Disiarkan pada: September 6, 2024 @ 9:06pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggal-dunia-di-taska |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NEGARA
‘Saya lihat CCTV Al Fateh disumbat botol susu, ditekup bantal’
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
6 September 2024, 9:33 pm
MOHD. FIKRY ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, Melaka, sebentar tadi.
ALOR GAJAH – “Dia (pengasuh) bedung anak saya, sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal”.
Itu pendedahan dibuat bapa bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, di sini pagi tadi.
Menurut Mejar Ir. Ts, Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, perbuatan tidak berhati perut itu dilihatnya sendiri melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.
“Pihak taska hubungi isteri saya, Sabrina Hakiem Zaini, 39 pada pukul 9 pagi beritahu anak tak sedarkan diri dan mukanya biru, saya yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur terus bergegas pulang ke Melaka.
“Kami baru hantar Al Fateh (ke taska) selama lima hari, isteri saya ambil cuti tanpa gaji selama setahun dan tempoh itu hampir habis, jadi kami cuba hantarnya kepada pengasuh.
“Kami tunggu (kelahiran) Al-Fateh selama 13 tahun, saya boleh terima kalau dia meninggal dunia kerana tersedak susu atau terjatuh kerana ia diluar kawalan tapi apabila saya tengok sendiri CCTV, saya memang tak percaya benda ni dibuat sendiri oleh pengasuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini, sebentar tadi.
Tambahnya, hasil soal siasat awal suspek yang berusia 34 tahun itu enggan mengakui perbuatannya sehingga rakaman CCTV itu diperiksa olehnya sendiri bersama-sama pihak polis.
“Kejadian itu dilakukan suspek kira-kira pukul 8 pagi dan selepas sejam baru taska telefon isteri saya, waktu ambil Al Fateh dia sudah dalam keadaan terkulai tidak sedarkan diri, mulutnya berdarah serta muka biru.
“Al Fateh baru sahaja belajar merangkak, saya syak (suspek) bedung anak saya kerana dia lasak dan memudahkan kerja dia untuk beri susu kerana Al-Fateh tak pandai minum sendiri, kena dipegang botol susu,” ujarnya.
Katanya, hasil siasatan awal polis turut mendapati taska tersebut beroperasi tanpa lesen selama empat tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... usu-ditekup-bantal/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 7-9-2024 01:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BERITA > Semasa
'13 tahun tunggu zuriat, baru lima hari hantar taska bayi maut'
Oleh
WARTAWAN SINAR HARIAN
06 September 2024 10:43pm
Sabrina (kiri) ketika menerima kehadiran sanak saudara di Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada Jumaat.
ALOR GAJAH - Betapa hancurnya hati pasangan suami isteri apabila zuriat yang ditunggu selama 13 tahun maut di taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam keadaan menyayat hati pada pagi Jumaat.
Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama.
Bapa mangsa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur berkata, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat, isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
Menurutnya, bayinya baru lima hari dihantar ke taska berkenaan memandangkan cuti tanpa gaji isteri hampir habis.
"Baru hantar lima hari sebab cuti isteri hampis habis," katanya dalam nada sedih ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Alor Gajah, di sini pada Jumaat.
Mohd Fikry berkata, kebiasaannya dia yang bertugas di Sungai Besi akan pulang ke Melaka pada Sabtu dan Ahad disebabkan perhubungan jarak jauh (PJJ).
Mohd Fikry Amri (tengah) tidak dapat menahan sebak selepas keluar dari bilik Unit Forensik Alor Gajah pada Jumaat.
"Pagi sebelum kejadian saya tengok video dia sihat sebelum dimaklumkan berita sedih itu.
"Lebih memilukan ibunya terpaksa membawa sendiri bayi ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru," katanya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taska di Kelemak, di sini.
Difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pasukan forensik tiba di taska terbabit pada jam 7.05 petang tadi bagi melakukan pemeriksaan lanjut berhubung kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/a ... tar-taska-bayi-maut |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 7-9-2024 01:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BERITA > Semasa
Bayi maut di taska: Polis tahan pengasuh wanita
Oleh
WARTAWAN SINAR HARIAN
07 September 2024 12:18am
Mohd Fikry Amri membawa jenazah anaknya selepas dikafankan dan disolatkan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada Jumaat.
MELAKA - Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Alor Gajah di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, wanita berusia 34 tahun dan beralamat di Endau, Johor ditahan di taska terbabit kira-kira jam 3.30 petang oleh anggota polis Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
"Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak akan ditahan reman di Mahkamah Melaka pada pagi Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada lewat malam Jumaat.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dipercayai meninggal dunia di sebuah taska.
Sinar Harian turut melaporkan bapa kepada bayi itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana bayi yang baru lima hari dihantar ke taska berkenaan didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek.
Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Lebih memilukan, ibunya terpaksa membawa sendiri bayi ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru.
https://www.sinarharian.com.my/a ... han-pengasuh-wanita |
|
|
|
|
|
|
|
NASIONAL
Pengasuh direman 7 hari, bantu siasatan kematian bayi lelaki di taska
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]
September 7, 2024 @ 11:48am
Suspek pengasuh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia 8 bulan di sebuah taska. - Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad
MELAKA: Seorang pengasuh sebuah taska di Kelemak di sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia di premis berkenaan, pagi semalam.
Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau menetapkan tempoh reman bermula hari ini hingga Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, suspek yang juga ibu tiga anak berusia dua, enam dan lapan tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kira-kira 3.30 petang semalam di taska terbabit.
Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas menerima satu laporan daripada kakitangan Hospital Alor Gajah selepas menerima seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mengikut laporan, mangsa dihantar ke taska oleh datuk dan ibunya pada jam 7.05 pagi, namun pada 9.05 pagi, pihak taska menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh bayi berkenaan dalam keadaan biru.
"Datuk dan ibu mangsa terus ke taska dan mendapati muka bayi berkenaan sudah menjadi biru dan hidungnya berdarah serta mangsa dalam keadaan terkulai," katanya kepada pemberita.
Media semalam melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh suspek.
Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi mendakwa perbuatan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
https://www.bharian.com.my/berit ... ayi-lelaki-di-taska |
|
|
|
|
|
|
|
NEGARA
Suspek ‘jaga’ Al Fateh pernah buat perangai
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
7 September 2024, 10:26 am
MUHAMMAD AL FATEH disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka, semalam.
ALOR GAJAH – Pengasuh wanita yang diberkas polis petang semalam selepas dipercayai menyebabkan kematian, Muhammad Al Fateh Amri, 8 bulan, di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kelemak, dekat sini dikatakan mempunyai ‘kes’ lama sebelum ini.
Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts. Mohd.Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, pihak pengurusan taska akhirnya membuka mulut selepas didesak oleh ahli keluarganya bagi mengetahui motif tindakan suspek.
Katanya, dia bagaimanapun hanya dimaklumkan suspek yang juga merupakan ibu tiga anak itu mempunyai masalah dan ‘kes’ sebelum ini.
“Bila saya sampai dari tempat bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi Kuala Lumpur, saya terus berjumpa dengan pengurus taska dan mendesaknya supaya menceritakan hal sebenar.
“Selepas itu barulah dia akui pengasuh yang menjaga anak saya itu ada masalah dan pernah buat kes sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.
Semalam Kosmo! melaporkan Muhammad Al Fateh meninggal dunia dipercayai selepas dibedung, disumbat botol susu sebelum ditekup dengan bantal oleh seorang pengasuh wanita.
Pihak taska kemudian menelefon ibu mangsa kira-kira pukul 9.05 pagi memaklumkan Muhammad Al Fateh menjadi biru dan tidak mengetahui punca kejadian sehinggalah Mohd. Fikry bersama pasukan polis memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis terbabit.
Mengulas lanjut Mohd. Fikri berkata, Muhammad Al Fateh baru sahaja lima hari dihantar ke taska tersebut sejak Isnin, namun dijaga oleh pengasuh lain sehingga Khamis lalu.
“Isnin sampai Khamis memang orang lain yang jaga Al Fateh dan pada hari kejadian suspek menggantikan pengasuh asal yang bercuti, terus jadi macam ni.
“Tak ada apa berlaku dari Isnin sehingga Khamis, pihak taska hantar video kepada isteri (kongsi keadaan Al Fateh) memang tak ada masalah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... rnah-buat-perangai/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 7-9-2024 04:33 PM
BERITA
Taska 'ragut' nyawa Al Fateh tidak daftar JKM
Oleh
NOR FARHANA YAACOB
07 September 2024
03:44pm
Pegawai JKM ketika membuat pemeriksaan di taska yang meragut nyawa bayi lelaki berusia lapan bulan di Taman Kelemak Utama di sini, pada Jumaat.
ALOR GAJAH - Taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini yang terbabit insiden bayi maut dalam jagaan pengasuhnya disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom Nordin berkata, meskipun telah lebih tiga tahun beroperasi, namun pusat jagaan itu masih dalam proses mendapatkan surat sokongan pendaftaran.
"Hasil semakan mendapati taska tersebut belum berdaftar dengan JKM.
"Namun pihak pengurusan taska sedang mendapatkan sokongan pendaftaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi aspek keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Kalsom berkata, bagaimanapun taska berkenaan telah mendapat sokongan daripada agensi yang lain seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah.
Ujarnya, susulan kejadian itu, dua kakitangan JKM telah melakukan pemeriksaan di premis terbabit pada jam 3.30 petang pada Jumaat selain turut dihadiri pasukan forensik polis.
"Unit kanak-kanak (taska) dan Unit Penguatkuasaan JKM pada hari ini sekali lagi telah melakukan pemeriksaan dan menemuduga pengusaha taska.
Artikel Berkaitan:
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas
Pengasuh taska disyaki bunuh bayi direman seminggu
'13 tahun tunggu zuriat, baru lima hari hantar taska bayi maut'
Suspek bunuh bayi di taska direman pagi ini
Bayi maut di taska: Polis tahan pengasuh wanita
"Setakat ini pemeriksaan yang dilakukan, kita tidak pernah menerima sebarang aduan kes di taska ini yang merekodkan kehadiran 10 orang kanak-kanak termasuk mangsa bayi yang meninggal dunia," katanya lagi.
Tambahnya, JKM akan melakukan tindakan Penguatkuasaan LAK (tutup) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) selain akan mengenakan tindakan pendakwaan selepas siasatan lanjut dijalankan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri meninggal dunia di taska itu.
Sinar Harian turut melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek.
Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
https://www.sinarharian.com.my/a ... eh-tidak-daftar-jkm |
|
|
|
|
|
|
|
TERKINI
Al Fateh disahkan maut kerana lemas
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
7 September 2024, 3:43 pm
ASHARI (tengah)
ALOR GAJAH – Bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri disahkan meninggal dunia kerana lemas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil laporan bedah siasat yang diperolehi daripada Unit Forensik Hospital Alor Gajah mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana lemas.
“Proses bedah dilakukan malam tadi bermula pukul 7.30 malam sehingga 10.45 malam dan punca kematian disahkan kerana lemas.
“Tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan seorang pengasuh wanita direman tujuh hari sehingga Jumaat ini selepas disyaki menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 34 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak Hospital Alor Gajah memaklumkan telah menerima seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mengikut laporan dibuat, mangsa telah dihantar ke taska oleh datuk dan ibunya pada pukul 7.05 pagi tadi (semalam), namun pada pukul 9.05 pagi, pihak taman asuhan itu menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh badan bayi berkenaan dalam keadaan biru,” katanya.
Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts, Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, berkata, kejadian menimpa anaknya itu dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang membedung mangsa, menyumbat botol susu dan menekupnya dengan bantal.
Tindakan tidak berhati perut itu terbongkar selepas dia bersama-sama pihak polis melakukan pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... -maut-kerana-lemas/ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Sedihnya hati ibu ayah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, moga pasangan ni kuat |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan.. kesiannya parent ni dah tunggu 13 tahun, org buat mcm ni pula |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biru macam tu x boleh ke taska call ambulance cepat. Kena tunggu mak dtg amik bawak ke hospital?? X boleh hadam laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Geng tentera xleh ke belasah dulu perempuan pembunuh ni, geram pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada anak kecik rupanya
Pastu merayu..ada anak kocik nak jaga
Padahal anak orang kau bunuh mcm tu je kan..
Bagero punya pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
noah8670 replied at 7-9-2024 01:50 PM
semoga dipermudahkan.. kesiannya parent ni dah tunggu 13 tahun, org buat mcm ni pula
13 thn lama gile. Ibu arwah siap cuti tanpa gaji 1 thn nak ttc. 8 bln je bersama. Inna lillahi wainna ilaihirojiuunn moga nnt bertemu di Syurga aaminnn. Ayahibu moga kuat n ttc again ya iols doakan cpt ibu arwah dpt preggy lagi pasni aaminnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu cakap. Yang dere baby kat taska ni sume betine BBNU yang terhegeh melayan zantan dalam fon. Notably anak2 biforti. Depe akan rase tertekan sangat bila zantan sume tak hingin kat depe. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kanak-kanak di Malaysia ni. Saban hari culik, dera, mangsa pedo, bunuh. On repeat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|