Pengalaman pernah membesar di rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menjadi antara kenangan yang tidak dapat dilupakan penyanyi Osama Yamani.
Kongsi Osama, 23, bapanya iaitu penyanyi Datuk Jamal Abdilllah pernah membawanya untuk tinggal bersama di rumah Pengasih selama dua bulan.
“Waktu itu saya berusia lapan tahun. Ketika itu rawatan baba (nama panggilan ayahnya) di Pengasih belum pulih sepenuhnya.
“Di sana baba mempunyai bilik khas sendiri dan hanya kami berdua sahaja di bilik itu.
“Walaupun usia saya masih kecil pada ketika itu, tetapi ada banyak kenangan yang saya tidak dapat lupakan bersama dengan penghuni rumah pengasih,” katanya.
Osama yang ditemui ketika sesi latihan muzik di sebuah studio muzik di Taman Melawati, di sini kelmarin turut memberitahu sepanjang tempoh berada di rumah pengasih dia tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.
Namun, atas beberapa faktor Jamal kemudian menghantar Osama ke pulang ke Ipoh, Perak untuk dijaga oleh keluarga.
“Sepanjang di sana saya tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Baba akan menghantar saya ke sekolah dengan sebuah kenderaan khas yang disediakan oleh pihak Pengasih.
“Pulang sekolah juga mereka akan jemput saya seperti biasa. Tetapi, disebabkan jadual kerja baba yang agak padat, dia tidak berpeluang untuk meluangkan masa menjaga saya di sana.
“Disebabkan itu saya pulang ke Ipoh dijaga oleh nenek. Tetapi jika waktu cuti sekolah saya akan bersama baba di sana,” katanya.
Berkongsi pengalaman membesar di rumah Pengasih, Osama berkata, dia mendapat layanan baik sepanjang tempoh berasa di sana bersama ayahnya.
Malah, penghuni Pengasih turut banyak memberikan nasihat dan tidak memberikan pengaruh negatif kepada dirinya.
“Penghuni di situ banyak menasihati dan saya sangat bersyukur kerana di kelilingi oleh orang yang dahsyat selain banyak menasihati saya agar tidak terjebak dengan perkara tidak baik.
“Walaupun masyarakat di luar memandang serong, tetapi pada saya mereka ini orang yang baik dan selalu mengajak melakukan perkara kebaikan,” katanya.
Sekadar info, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, pernah menjalani kehidupan di rumah Pengasih Bukit Tunku, Kuala Lumpur selama lima tahun pada 2011.
5 tahun eh Tok Mal duduk rumah pengasih. hebat.. tabik spring
Kebanyakan yang aku tahu yang duduk rumah pengasih ni mmg niat diorang nak pulih..
Yang dah sedar..
Mcm tok mal ni masalah dia yang paling besar sebab dia banyak duit.. so takde masalah kalau nak beli dadah.. anytime aje.. mental kena kuat gila untuk lawan nafsu dadah ni..
Anyhoo, semoga Tok Mal, Mamat, Zamani, Radhi dan semua mereka yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah untuk melawan godaan nafsu dadah ini. Amiin.
Post time 10-9-2024 08:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tompie replied at 9-9-2024 04:32 PM
5 tahun eh Tok Mal duduk rumah pengasih. hebat.. tabik spring
Kebanyakan yang aku tahu yang duduk ru ...
Masuk pengasih tu pun berbayor, tokmal ni beza ngn penagih yg lain tu dia ni kira kategori T20 hat lain tu dahla duit takde duk pau duk mak pak adik badik minta sana sini
Hampir 5 dekad dia menyanyi dan masih bertahan hingga hari ni walaupun penah terjerumus ngn dadah.
Semuanya letak atas diri sendiri, nk terus hanyutt atau nak berubah.
Post time 10-9-2024 08:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
siasia replied at 10-9-2024 02:49 AM
Dulu lamaa dia kawen ngan isteri first yg nama Dee tu kan. Setia dia dgn tok mal.
osama ni pun baik ngn dee tu aku mcm penah tgk kat ig dia ada panggil dee ni apa tah ,osama pun penah ckp dia ada byk mak dan dia sayang semuanya tp paling dia sayang mak kandung dia la ha gitu dia sebut.