View: 14720|Reply: 110
|
Ramli MS Sangkal Aiman (Mentor 5) Tak Boleh Menyanyi!
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Datuk Ramli MS, selaku juri tetap Mentor musim kelima, menyangkal dakwaan mengatakan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakin Ridza Abdoh , iaitu protégé kepada Rahim Maarof tidak boleh menyanyi.
Malah dakwaan berbaur sinis itu turut mengatakan penyertaan Aiman dalam Mentor 5 hanya bersandarkan kepada rupa paras yang kacak semata-mata sedangkan suaranya tidak mampu menyerlahkan bakat nyanyiannya.
“Aiman bukan tidak boleh menyanyi langsung sebaliknya dia mempunyai kelemahan dari segi pengalaman berbanding protégé lain,” kata Ramli ketika menjawab soalan yang ditujukan kepada Aiman.
Sementara Aiman,22, hanya terdiam seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut ketika sidang media selepas selesai konsert kedua kumpulan B di Dewan Majlis Bandaraya di sini, Ahad.
Bagaimanapun dalam sesi soal jawab selepas itu, peserta berasal Shah Alam itu akui tertekan kerana mendapat markah terendah berbanding dua peserta kumpulan tersebut iaitu Salma (Erra Fazira) dan Iqa (Edry Abdul Halim).
“Saya rasa tertekan tetapi tekanan yang positif. Tetapi saya rasa persembahan pada malam ini (Ahad) sudah all out.
“Saya boleh menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu seperti balada, R&B dan rock. Selepas ini, terpulang pada Abang Rahim untuk menentukan jenis lagu yang saya akan persembahkan,” kata Aiman.
Dia menyanyikan medley empat lagu iaitu Ekstravaganza (Bunkface), Larut (Dewa), ACKKC (Rahim Maarof) dan Holy Diver (Killswitch Engage) serta duet lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari) dengan Shiha.
Dalam pada itu, Rahim akui Aiman menunjukkan prestasi yang semakin meningkat berbanding sebelum ini.
“Saya rasa Aiman melakukan banyak peningkatan kerana saya mengambilnya dari tiada apa-apa dan dia tidak pernah menyertai pertandingan nyanyian.
“Saya lihat kekuatan Aiman kerana dia mampu menyanyikan lagu blues, soul dan R&B. Dia juga boleh menari kerana dia juga merupakan bekas pemain bola sepak di posisi penyerang dan pemain tengah.
“Ini kerana semasa berlatih bola sepak, biasanya dia akan melakukan gerakan seperti menari,” jelasnya.
Mentor 5 disiarkan di TV3 pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan masalah Aiman...masalah mentornya yg tak tau pilih lagu yg ngam dgn suara Aiman...
undi keluar la mentor aiman tu..tak best!..ekekek.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia neh....tak leh p laaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku enjoy je tgk lagu memula tu yg medley tu..huhuhu..ke aku ni buta seni? |
|
|
|
|
|
|
|
cam xde prasaan je aiman nyanyi,x kose ak nk tgk...boring{:2_74:} |
|
|
|
|
|
|
|
aiman ni baik jd model je r....lagi pulak rahim maarof tu ada talent agency kt damansara sana..elok sgt. nyanyi so so je. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun... bagus lagi kalo rahim maarof amik budak jaga lembu tu jd protege dia...
best apo budak tu nyanyi lagu cinta kristal |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya lihat kekuatan Aiman kerana dia mampu menyanyikan lagu blues, soul dan R&B. Dia juga boleh menari kerana dia juga merupakan bekas pemain bola sepak di posisi penyerang dan pemain tengah.
“Ini kerana semasa berlatih bola sepak, biasanya dia akan melakukan gerakan seperti menari,” jelasnya.
wah!! kalu camtu semua pemain bola adalah penari yg baik!!! setuju???
teringin nk tgk safee sali menari!! |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa...ini anak boss lama aku nih... |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni nyanyi suara tak terkeluor.. keenseman pun tak dapat menolong beliau jika beliau takmo keluarkan suara dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka ensom dah jd jer model x yah nyanyi...msk majalah Mangga gambo dalm kolam renang pakai spender pink....mesti meletop... |
|
|
|
|
|
|
|
muka ensom dah jd jer model x yah nyanyi...msk majalah Mangga gambo dalm kolam renang pakai spender ...
mixed Post at 12-4-2011 11:34
pehtu highlight "berenang untuk kesihatan" |
|
|
|
|
|
|
|
cannot go la mamat ni..kayu je aku tengok..pastu budget2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ladygempak at 15-4-2011 10:08
kesian, bung Ramli kene bgi 'jawapan selamat' tuk cover bdk2 ni kowt..
padahal kalo tgkkn konsert awal aritu byk je dia nak komen
kelemahan bdk2 ni smpi xcukup mase nk komen..trlalu detail kekdahnye...
mggu berikutnye nmpk beliau brlapik dah bagi komen...
nak wat camne, bukan protegenye yg sentap..tp mentornye..huhuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|