CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9869|Reply: 39

[Dunia] Semua Malaysia mahu ‘claim’ – Netizen indon

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Semua Malaysia mahu ‘claim’ – Netizen Indonesia

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -netizen-indonesia/

Oleh KOSMO
3 Oktober 2024, 7:00 pm


Papan iklan batik ini menimbulkan kemarahan netizen Indonesia. - Instagram

JAKARTA  –  Gambar sebuah papan iklan bersama tulisan  ‘Ini batik Malaysia, jangan salah pilih batik’ mengundang kecaman netizen Indonesia yang menegaskan bahawa batik adalah hak milik warisan negara kepulauan itu, lapor portal berita Okezone semalam.

Gambar papan iklan tersebut sebelum ini  dimuat naik di laman Instagram. Ia menunjukkan iklan platform pemasaran online bagi produk kraf tangan di Malaysia.

Iklan tersebut menaikkan darah netizen Indonesia yang menuduh Malaysia  gemar memperakui sesuatu yang didakwa menjadi hak milik mereka.

“Semua mahu ‘claim’,” kata keterangan pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan mencetuskan perbahasan dalam kalangan pengguna media sosial negara itu.

“Suka sangat ‘claim’ budaya orang. Makanan, batik, amalan rasuah mahu ‘claim’ tak?” kata seorang netizen.

“Memang dasar tidak memiliki apa-apa, hanya tahu ‘claim’ sahaja,” kata pengguna media sosial lain.

Batik diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) milik Indonesia pada 2009.

Namun, umum mengetahui bahawa batik Malaysia dan Indonesia mempunyai perbezaan dari segi sejarah, motif dan cara penggunaannya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 08:44 PM | Show all posts
Kan tulis Batik Malaysia so memang Malaysia punyalah. Kalau tulis Batik Indonesia barulah Indonesia punya. Lainlah kalau di tulis batik kepunyaan Malaysia. Sendiri tak paham sendiri sentap
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
selalunya indon meroyan pasal budaya2 ni adalah dari jawa. indon lain ok jah. indon jawa jah yg palat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 07:55 AM | Show all posts
Kurex replied at 4-10-2024 02:04 AM
selalunya indon meroyan pasal budaya2 ni adalah dari jawa. indon lain ok jah. indon jawa jah yg pala ...

ini btl..pasal jawa nak sgt mendonia sampai genocide keturunan2 melayu sana. tp hujung2 sendu gitu juga. yg melayu2 kat sana semua ok je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat Twitter tk abis lagi eh diorang gaduh.entah berapa round dh ni.aku tengok jah sambil makan popcorn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts

ingat yindon je reti claim???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Problem negara suka claim itu ini sebab tidak modern invention untuk di bangga kan mula lah perangai childish ... TBH...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 4-10-2024 07:55 AM
ini btl..pasal jawa nak sgt mendonia sampai genocide keturunan2 melayu sana. tp hujung2 sendu gitu ...

sedangkan indon yg tak reti bahasa jawa pun jawa kata bukan orang indon. siap gelakkan orang tu..busuk hati orang2 jawa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 10:13 AM | Show all posts
tapi orang2 jawa dekat Malaysia baik pulak...pelik betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi minat batik malaysia tapi batik indo cantik gak
Tak minat pesen ibu kartini ketat metat lace jarang terdedah bagai
Ada pattern warna warni bukan yang coklat tu
South asia india bangla pun ada batik cantik gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 10:28 AM | Show all posts
A-Are replied at 4-10-2024 10:13 AM
tapi orang2 jawa dekat Malaysia baik pulak...pelik betul

try duduk sekampung tu puak dorang lg ramai dari melayu..try chuols
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:20 AM | Show all posts
Biasalah itu .. lagu lama......


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:29 AM | Show all posts
Batik Malaysia buatan Malaysia batik Indonesia buatan Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 4-10-2024 10:10 AM
sedangkan indon yg tak reti bahasa jawa pun jawa kata bukan orang indon. siap gelakkan orang tu..b ...

Konoha ni mcm duduk bawah tempurung perangai nya… dia slalu fikir dlm dunia ni ada malaysia je

Negara lain xpe, jgn lah malaysia. Padahal rakyat kau laa yg terpaling ramai datang sini cari rezeki. X faham apa yg jaki nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:47 AM | Show all posts
IzzahF replied at 4-10-2024 10:28 AM
try duduk sekampung tu puak dorang lg ramai dari melayu..try chuols

oh iye ke ku duduk yg ada jawa ramai ada gak bukan jawa,,, kita  boleh tau beza jawa ke tak. kalau rumah yang jawa tu bersih je kawasan rumah tu. sampah ke rumput2 ke terjaga.. bawah2 pokok tu kan nampak selalu bersapu.. ini bukan ku je yang cakap tau yg duduk2 kat situ pun cakap... biasalah selangor kan ramai jawa.. pas tu depa ni suka tanam pokok bunga... elok je susun2 bunga tu.. letak basikal ke motor ke elok je tak de sepah2.. entahlah susah nak cakap tp kalau lalu tu kita taulah.. dah kita selalu lalu kan dah dok situ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 11:51 AM | Show all posts
indon dah bodoh berpisah tiada

pattern batik indon dgn batik malaysia kan lain,

gambar tu jz nk inform jangan salah pilih pakai batik indon ke, batik china ke vietnam ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 12:00 PM | Show all posts
Susah betul berjiran dengan orang pulau ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:00 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-10-2024 11:29 AM
Batik Malaysia buatan Malaysia batik Indonesia buatan Indonesia.

Jika kau SMART  dan yakin akan klaim itu  .. lakukanlah hal yang benar ... Ajukan ke UNESCO dengan bukti-bukti yang VALID untuk mendapat PENGAKUAN RESMI bahwa Batik Malaysia adalah  WARISAN BUDAYA DUNIA dari Malaysia ...

X usahlah berpolemik omon-omon kosong dengan cara berhalunisasi seperti yang anda lakukan selama ini  yang hanya akan menjadi bahan lawakan dan tertawaan dunia ....










Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:29 PM | Show all posts
depa yg kaki claim...nak kata kte lak...klakar laa

lgpun batik malaysia n indon x sama...ada beza nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:34 PM | Show all posts
Batik juga ada di India, China, Mesir. Firaun pun ada pakai batik... zaman ni Indonesia pun tak wujud lagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.249330 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list