CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 56632|Reply: 27

[Tempatan] Menurut Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri Gaya Hidup fear of missing out (FOMO) dan you only live once (YOLO) Jejas Kewangan Anak Muda Malaysia

[Copy link]
Post time 5-10-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Gaya hidup fear of missing out (FOMO) dan you only live once (YOLO) semakin popular di kalangan anak muda Malaysia tetapi ia memberi kesan negatif terutama dalam pengurusan kewangan.



Ramai belia kini sanggup berhutang untuk mengikut trend, walaupun di luar kemampuan kewangan mereka. Hal ini menyebabkan ada yang terjerat dengan hutang seawal usia 20-an.

Menurut Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri, pakar kewangan pengguna, anak muda sering membuat pelaburan melebihi kemampuan hanya untuk memenuhi kehendak, bukan keperluan.

Anak muda sanggup meminjam untuk membeli gajet terkini tanpa fikir beban hutang.- Kata Fazli kepada Berita Harian.

Data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan 53,000 individu bawah 30 tahun menanggung hutang terkumpul sebanyak RM1.9 bilion, membuktikan cabaran kewangan belia semakin serius.

Malah, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mendedahkan 28% rakyat Malaysia terpaksa meminjam untuk keperluan harian seperti sewa rumah dan perbelanjaan asas.

Sistem pinjaman yang mudah diperoleh melalui bank dan platform pembiayaan alternatif turut mendorong anak muda membuat keputusan kewangan kurang bijak.

Untuk mengatasi masalah ini, belia perlu lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan dan bijak membezakan antara kehendak dan keperluan.

Gaya hidup FOMO dan YOLO mungkin kelihatan menyeronokkan, namun kesannya terhadap kewangan jangka panjang boleh memudaratkan. Pendidikan kewangan yang baik adalah kunci bagi generasi muda agar tidak terus terjebak dalam kitaran hutang yang membebankan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru start spend duit tahun ni sbb prinsip YOLO. Sblm ni punyalah berjimat demi hari persaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:02 AM | Show all posts
ramai nak mewah cepat tanpa ilmu, usaha..
tak ukur baju di badan sendiri
ujung2 ....hauk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:52 AM | Show all posts
sibuk sgt nak menayang diri kat media sosial, tu yg sampai sanggup berhutang. beli apa2, gi memana, semua kena tunjuk.

kalau tgk grup hutang muflis dgn grup spaylater kat fb, ramai betul dah berbelanja mcm sawan pastu cari jalan nk lari drpd hutang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:24 AM | Show all posts
Aku takde sosmed untuk flex apa2
Tapi still beli baju2 branded kdg2, bukan utk ootd kt ig. Tapi diri sendiri puas hati bila pakai & baju ratus2 ni memang tahan lama
Beli yang timeless punya design
Handbag pun bukan ribu2, cukup nak isi brg sikit2 bila keluar
Yashe2 je la serba serbi
Tapi alhamdulillah rasa content dengan hidup

Amal kan baca selawat allahul kafi tu, semoga bbnu yg terjerat dengan hutang2 ni semua dapat Jalan keluar
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila lg nak merasa...
Mati nanti orang lain enjoy...
Duit tak da untuk beli keperluan asas?  Tak mampu bayar duit yuran sekolah anak?Tak pa boleh maki kerajaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya kerajaan dah lama hapuskan subsidi secara menyeluruh..rakyat patut didik untuk lebih bertanggungjawab...duit subsidi boleh guna untuk nail taraf perkhidmatan awam dan kemudahan awam
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
rasa pnyakit bnyk negara. sbb dgn letop nya medsos, bkembang pnyakit fomo dan yolo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lbh suka kumpul emas 999
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by midori888 at 6-10-2024 07:20 PM
hashashes replied at 6-10-2024 10:24 AM
Aku takde sosmed untuk flex apa2
Tapi still beli baju2 branded kdg2, bukan utk ootd kt ig. Tapi diri ...


Meols zaman muda dulu, lebih kurang mcm cuols skrg, suka beli baju branded ratus2, hbag ribuan, kasut ratus2, ada ribuan jugak. Meols tak active nak post kat social media, jd mmg beli utk kepuasan guna good quality products.

Fast fwd now, meols dah tak heran lg branded products, agaknya sbb dah puas pakai. Now meols beli baju dari TT jer, murah2...all below 200...handbag pun yg free sbb org hadiahkan. Hbag lama dlm almari, dah tak minat nak pakai lg.

I guess each of us will go thru that phase in life
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 07:41 PM | Show all posts
fomo dan yolo ini hanya alasan. tak ada kaitan..

reason sebenar ialah orang2 ini perlukan recognition dari orang lain untuk terus hidup.. klu tak ada recognitio hiudp dia mati... bila pakai barang mahal maka bolehlah ada rasa lebih kerana tak semua pakai.. boleh kata cukup pathetic lah  hahah



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ok la menyimpan sbb mmg xde apa sgt. Now bg i duit tu baik guna utk travel, mkn2, nikmati hidup tp jgn smpai berhutang. Tu je. Beli emas jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 6-10-2024 10:24 AM
Aku takde sosmed untuk flex apa2
Tapi still beli baju2 branded kdg2, bukan utk ootd kt ig. Tapi diri ...

I macam u..ada socmed i.e ig je utk simpan family photos ..tapi private takde followers...so mmg takde apa nk flex kt socmed...tapi i sangat suka beli baju lawa2..ada mahal..ada murah..i don't mind mahal kalau dh berkenan...sbb bila pakai lawa2 ni auto self confidence jadi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
apo nak flex yolo fomo bagai neh
kalau mampu takpe la

aku mmg idok la bagai brg mahal2
lately beli baju kat TT je mur2 semua
bio la nampak bifoti namun pakai barang fake idok le teman
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu beli. Tak mampu pakai jela brand2 yg affordable tapi tahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Spay later, atome, c.card, semua mudah budak2 muda skrg dpt. Mudah berhutang. Belum lagi yg dok Coway2 amway2 kutu2 beli brg. Nampak sgt tak mampu tapi nk jgk keep up with d trend. I pelik yg gaji minimum pun kat rumah nk pakai Coway water filter. Kalau mampu lantok Ler masalahnya mampus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
takde apa pon nak flex, beli apa pon diam2 je, tiba2 ada aagittew.. followers kat ig pon ada 40 orang je, upload gamba first day raya sampai kawan perli suruh tutup ig so konsep fomo yolo takde dalam hidup iols tapi iols tak suka pakai barang fake #tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
koser nak tunjuk harta benda kat socmed..kita rasa kita kaya tapi ada orang lagi kaya tak tunjuk apa pon so toksah berlawan..ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pekerja aku. Manjang ambik mc. Pastu show off kat instagram travel sana sini. Eksyen kemain. Birthday pun show off dapat iphone dari hubby. Aku tengok yang like tu ada la 3-4 ketui
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aku mmg tak reti beli baju branded2 dr dulu..so mmg rasa sgt la convenient sgt beli kt shopee or TT tu.. jap.. jenama branded2 ni boleh beli online juga tak? aku mmg tak koser nk spend masa pegi belek2 baju kt butik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list