View: 21782|Reply: 21
|
[Tempatan]
Polis tahan 7 suspek pukul lelaki tepi jalan. #2, Pukul kerana rebut tempat duduk di lapangan terbang
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 8-10-2024 10:50 AM
Polis tahan 7 suspek pukul lelaki tepi jalan
https://www.freemalaysiatoday.co ... laki-di-tepi-jalan/
FMT Reporters
08 Oct 2024, 04:16 PM
Rakaman video tular menunjukkan beberapa lelaki termasuk yang bersenjatakan kayu memukul seorang lelaki di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Polis berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada berebut tempat duduk di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
PETALING JAYA: Polis menahan tujuh suspek yang disyaki memukul seorang lelaki di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee berkata polis mengesan video dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘This Is Johor’ jam 9.15 malam Ahad yang memaparkan sekumpulan lelaki bertindak seperti samseng dengan memukul seorang lelaki lain.
Katanya, polis juga menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang mengalami cedera ringan, luka calar dan bengkak.
Susulan laporan itu polis menahan suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun dalam serbuan sekitar Skudai dan Johor Bahru, kira-kira 8 malam Ahad, hingga 12.30 tengah malam tadi, katanya dalam kenyataan.
Turut dirampas Honda Accord dan Mazda 6, serta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit, dan dua batang rotan digunakan dalam kejadian itu.
Tan berkata msiasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada berpunca selisih faham yang bermula hanya disebabkan perebutan tempat duduk di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
Mangsa dan suspek yang saling tidak mengenali mula berselisih faham kerana tegur-menegur antara satu sama lain ketika di Lapangan Terbang Miri, katanya yang memberitahu semua suspek direman hingga Jumaat ini.
Ahad lalu, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki termasuk bersenjatakan kayu memukul seorang lelaki lain di tepi jalan.
Rakaman berdurasi 17 saat itu yang dirakam seorang pengguna jalan raya turut menunjukkan mangsa yang terbaring di atas jalan ditendang suspek beberapa kali.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7 ditahan kes gaduh, pukul kerana rebut tempat duduk di lapangan terbang
https://www.bharian.com.my/berit ... di-lapangan-terbang
Oleh Izz Laily Hussein - Oktober 8, 2024 @ 3:25pm
[email protected]
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak seperti samseng memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kelmarin. - Tangkap layar video tular
KULAI: Polis menahan tujuh lelaki selepas disyaki terbabit memukul seorang lelaki lain di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata suspek berusia 25 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan sekitar Skudai dan Johor Bahru, kira-kira 8 hingga 12.30 tengah malam tadi.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca selisih faham yang bermula hanya disebabkan perebutan tempat duduk di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
"Kita berjaya membuat tangkapan selepas mengesan video dimuat naik pemilik akaun Facebook 'This Is Johor' jam 9.15 malam tadi yang memaparkan sekumpulan lelaki bertindak seperti samseng di tepi jalan dengan memukul seorang lelaki lain.
"Kita juga menerima laporan polis dibuat mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun selepas kejadian itu. Mangsa turut cedera ringan, luka calar dan bengkak.
"Hasil siasatan, kejadian di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran LTAS jam 1.30 tengah hari semalam.
"Mangsa dan suspek yang saling tidak mengenali mula berselisih faham kerana tegur-menegur antara satu sama lain ketika di Lapangan Terbang Miri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketika tangkapan suspek warga tempatan berkenaan, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Honda Accord dan Mazda 6 serta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan dua batang rotan.
"Semua suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat ini," jelasnya.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan lapan lelaki sedang memukul seorang lelaki lain menggunakan batang dipercayai kayu di tepi jalan.
Turut kelihatan, mereka menendang mangsa yang berbaju dan berseluar pendek warna hitam itu berkali-kali.
Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai memperlahankan trafik memandangkan beberapa kereta dipercayai dinaiki suspek berhenti di jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Miri ye...geng gangster cincu la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya bodoh la bergaduh berebut tempat duduk smpi mlarat ke luar. Tak pasal kena checkin lokap. Diorg ni hidup terlampau senang agaknya sampaikan benda2 remeh pun boleh bawak bergaduh...hidup kena ada cabaran kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak sebut type M means bukan type M |
|
|
|
|
|
|
|
nampak cam type c.. setakat pasal tempat duduk kat airport jer pown sampai camni sekali bergadoh.. bukannya ko nak duduk selama2nya kat airport tu pown... dah elok naik flight selamat landed ke destinasi pown boleh lg dok pikir2 pasal tempat dudok kat airport tu..
maybe yg kena pukol dok tegor yg memukul tu dgan cara yg agak kasar (contoh "ey, ni tempat seat OKU la, asal ko yg sihat walafiat dok kat cni") but still, tu x justify untuk die dipukul
|
|
|
|
|
|
|
|
geng terpaling x racist bawak perangai sampai ke malaya ka? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat makan babi ni |
|
|
|
|
|
|
|
gaduh kat miri camne pukul kat senai
mujur tak gadoh dlm flight tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 9-10-2024 10:19 AM
Geng sarawak mmg rasist gengster otak tertinggal dlm pussi bini, tolong jgn ambil bekerja sarawak buat masalah semakin ramai gay dlm ofis cari gaduh dlm ofis di perumahan buat bising sbb dah biasa hidup atas pokok dan hutan x fikir jiran. Geng sabah sama juga perangai |
|
|
|
|
|
|
|
stress beno ka hidup korang ni, pasal tempat duduk pun gaduh sampai gini |
|
|
|
|
|
|
|
waiting area airport sibu tempat duduk macam klinik gomen ke kena rebut? |
|
|
|
|
|
|
|
ko masuk jel kenapa?
aku bunuh org kau?
aku pukul org
org tu bunuh sapa sampai ko pukul dia?
ehh takde bunuh berebut kusi kat epot je
maka banduan pembunuh tu membunuh banduan berebut kusi sekian kisah kejam ringkas |
|
|
|
|
|
|
|
kat epot duk kat lantai pun ok je kalau dah penat sgt. tapi sbb semua boncit2 tak boleh duk kat lantai nak bangun cemana. kusi tempat duduk kena utamakan ibu2 mengandung & abg2 boncit kan . |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai manusia mental skrg.. i selalu pesan kat my kids jgn suka suki nk sound org if ada benda tak kena... |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 9-10-2024 09:35 AM
geng terpaling x racist bawak perangai sampai ke malaya ka?
Harmoni
Muhibbah
Terpaling nohhh tudiaaa |
|
|
|
|
|
|
|
dua orang bergaduh, acik2 tak tunggu lama auto ungkit asal-usul terus buat profile. Bitter dgn org Borneo.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh sebab berebut tempat duduk je |
|
|
|
|
|
|
|
Kiahlemau replied at 8-10-2024 09:48 PM
Apa punya bodoh la bergaduh berebut tempat duduk smpi mlarat ke luar. Tak pasal kena checkin lokap. ...
Bila ego kann… elok2 tidur kat rumah now tido kat balai |
|
|
|
|
|
|
| |
|