Diterbitkan: Oct 9, 2024 11:06 AM
Dikemaskini: 11:06 AM
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menghentikan subsidi bagi telur ayam sekiranya bekalan telur menjadi stabil.
Katanya penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut akan digunakan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang memerlukan.
"Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya seperti dipetik Sinar Harian ketika berupcap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya.
Tahun lepas, kerajaan memperuntukkan RM927 juta dalam subsidi untuk menstabilkan harga telur.
Post time 9-10-2024 09:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semua subsidi yg ditarik ni untuk bayar hutang sampai trillion tu..semua tu hutang yg ditanggung oleh pmx ..kisian sama dia weii.. bayar hutang nak kena bayar
Post time 9-10-2024 10:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pemerintah jangan rhisau...rakyat akan berhabis habisan menyokong segala dasar kjaan....bior semua subsidi ditarik...bukti prk sebelum2 ini semua memihak kpd pemerintah...-tripleid.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan. - Foto NSTP/Yun Mikail
PENAMPANG: Sabah minta pengecualian daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan penamatan subsidi telur ayam seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata ini kerana Sabah bersama Sarawak adalah negeri yang memiliki jurang kemiskinan tinggi sekali gus memerlukan subsidi membabitkan barangan keperluan asas.
"Tidak adil kalau subsidi yang baru terima ditarik semula sedangkan kita banyak sumbangan. Biarlah Sabah bersedia mempertingkatkan penghasilan dan keupayaan agar rakyat kita bukan lagi tergolong dalam kategori miskin tegar.
"Oleh sebab itu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bercadang mewujudkan Pihak Berkuasa Pemasaran Pertanian Sabah untuk membantu rakyat kita.
"Kita sudah memulakan pusat-pusat pengumpulan hasil. Setakat ini sudah ada tujuh pusat pengumpulan dan kita bercadang untuk menambah lebih banyak daripada semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan pejabat STAR Bahagian Moyog di sini, semalam.
Semalam Mohamad dilaporkan berkata kementeriannya bakal mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.
Langkah berkenaan wajar dipertimbangkan, katanya, berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan.
Sementara itu, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menolak kemungkinan kerjasama antara parti politik boleh berlaku di negeri ini terutamanya ketika musim pilihan raya.
"Dalam politik apa pun boleh berlaku dan kita tidak menutup kebarangkalian itu bila-bila masa. Kerjasama di saat akhir juga boleh berlaku tetapi saya harap tidak begitu.
"Kebanyakan situasi ketika ini adalah provokasi dan propaganda yang kita lihat sebagai rancangan untuk melemahkan perpaduan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya.
Jeffrey berkata demikian ketika mengulas mengenai wujudnya provokasi yang mahu STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan (Warisan) bergabung pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.