CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54669|Reply: 122

[Tempatan] HSR wajar dibatal, ramai akan tinggal di KL tapi bekerja di Singapura kata pakar

[Copy link]
Post time 29-10-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-10-2024 01:30 PM

Oleh Mahanum Abdul Aziz - Oktober 29, 2024 @ 1:02pm
[email protected]



Cadangan projek HSR bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit - Foto hiasan



KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya menghentikan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bernilai berbilion ringgit, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesalinghubungan domestik, kata pakar pelaburan saham.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics dan wakil icapital.biz Bhd (ICAP), Tan Teng Boo, berkata jika HSR dilaksanakan, ramai yang akan tinggal di Kuala Lumpur tetapi bekerja di Singapura.

Justeru, beliau berkata, Malaysia akan mengalami lebih banyak pengaliran keluar tenaga kerja berkemahiran memandangkan rakyat akan memilih untuk bekerja di Singapura yang berpendapatan tinggi.

"Manfaatnya akan lebih kepada Singapura, bukan Malaysia," katanya pada Hari Pelabur 2024 anjuran ICAP dengan tema 'Bagaimana Seorang Usahawan 'Romantis' Temui Kejayaan dengan Berimpian Melebihi Wang'.


Cadangan projek HSR yang dijangka sepanjang 350 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit berbanding lebih empat jam dengan kereta.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega.

Sebaliknya, beliau berkata pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

Menyokong saranan Perdana Menteri itu, Teng Boo menggesa supaya tumpuan diberikan kepada kesalinghubungan antara negeri-negeri di Malaysia, terutamanya dari kawasan luar bandar ke bandar.

"Negara secara keseluruhannya akan mendapat lebih banyak manfaat," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa semikonduktor kekal sebagai sektor paling penting di Malaysia kerana ia menyediakan kira-kira 10 peratus dalam sektor pembuatan negara.

Katanya, dengan sumbangan Malaysia antara tujuh peratus hingga 10 peratus kepada pengeluaran cip global, Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilihat sedang mengambil langkah yang betul dengan melabur dalam taman reka bentuk litar bersepadu (IC) di Selangor dan Pulau Pinang.

Jelasnya, langkah itu akan memberikan manfaat jangka panjang kepada Malaysia kerana ia memerlukan pengetahuan, bukan sekadar modal.

Pada Hari Pelabur 2023 tahun lalu, Teng Boo mula berpendirian positif terhadap Malaysia untuk kali pertama dalam tempoh sedekad kerana pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap politik Malaysia semakin berkurang.

Tahun ini, pakar pelaburan saham itu kekal positif terhadap Malaysia, selain daripada pembaharuan sosial dan ekonomi positif yang dilaksanakan oleh Anwar.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa indeks penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI akan mencapai antara 2,500 hingga 3,000 mata dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Teng Boo berkata, keutamaan ICAP adalah mengubah masyarakat umum untuk menjadi pelabur yang lebih bijak dan berpengetahuan.

Katanya, pelabur bijak akan membawa kepada pasaran modal yang lebih baik, akhirnya akan menjadikan Malaysia ekonomi lebih berdaya tahan dan tempat tinggal lebih baik dari segi sosial.

Single Polls, Total 53 Users voted

Count down: 251 Days21 Hours24 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yolah tuuuu...baik kau buat jugak at least sampai jb...mencik iols ke selatan ni dah la takde ets
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Barbie punya argument.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
REZEKI memasing....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpon jadi terbalik. Byk singaporean akan duduk kat KL n ulang alik ke singapore. Ada kemungkinan harga property, cost of living etc naik, mcm mana yg berlaku di jb
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:23 PM | Show all posts
Sanggup ke travel selama itu setiap hari ke tempat kerja? Kalau masuk ofis 2 hari seminggu aje boleh consider lagi. Kalau nak kerja di Singapore, pindah aje ke JB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 02:39 PM | Show all posts
saya tak baca artikel
siapa yg tanggung kos benda alah ni kalau dilaksanakan?
My atay My + Sg?

takut jadi macam kes MAS yg kehilangan tenaga kerja kepada Sg airline sbb bengkel kapalterbang sg dok kat sebelah rumah bengkel mas
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyolah tu ada orang sanggup nak bayar 300 ringgit tetiap hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini jajahan taw, harga spt harga singapore padahal duduk malaysia, pelabur dari singapore bertapak guna tanah kilang bisnes lubuk duit pekerja murah pakai subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape statement pakar di zaman madani aneh2 je yer
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:15 PM | Show all posts
zaman pak lah lagi dah batal kan? ketika itupun byk pakar kata akan lebih manfaatkan singapura berbanding Malaysia. Malaysia sekadar jadi tempat transit semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:23 PM | Show all posts
kalau tak pun sambung la ets tu ke bawah pulak, boleh cantum terus utara ke selatan

timur ke barat at least dah ada ecrl
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:37 PM | Show all posts
kalo sesuatu projek tu dipersetujui oleh singapore, mmg sah2 benda tu akan untungkan depa lebih.. kalo benda yg lebih untungkan malaysia, singapore xkan setuju... bukannya susah nak taw mentality dorg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 29-10-2024 02:14 PM
Xpon jadi terbalik. Byk singaporean akan duduk kat KL n ulang alik ke singapore. Ada kemungkinan har ...

Betul..skrg makin ramai singaporean minat duk jb..diorg pun shopping kt jb
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 29-10-2024 03:23 PM
kalau tak pun sambung la ets tu ke bawah pulak, boleh cantum terus utara ke selatan

timur ke barat  ...

Kan..menyampah iols..yg pengguna ets tegar leh pulak nk bantah train laju hala selatan..mentang2 la belah kau dh ada ets
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 29-10-2024 02:47 PM
Iyolah tu ada orang sanggup nak bayar 300 ringgit tetiap hari

Tulah..ngarut..org sg masuk sini lg ramai ..duit diorg celah gigi je 300 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 29-10-2024 02:39 PM
saya tak baca artikel
siapa yg tanggung kos benda alah ni kalau dilaksanakan?
My atay My + Sg?

Bangkem sanggup tanggung.. tak tipu..

Bangkem akan bertanggungjawab atas segalanya

Sumpah..

Awak jangan risau ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 05:42 PM | Show all posts
kemaruk replied at 29-10-2024 04:14 PM
Bangkem sanggup tanggung.. tak tipu..

Bangkem akan bertanggungjawab atas segalanya


maceh bangkem kerana sanggup bertanggungjawab
errrrr
salah ye saya tulis tu ???
hahahaa


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 29-10-2024 03:37 PM
kalo sesuatu projek tu dipersetujui oleh singapore, mmg sah2 benda tu akan untungkan depa lebih.. ka ...

Contoh jambatan bengkok dulu. Punya la SG tak setuju sudahnya datang idea jambatan bengkok. Kalau jadi buat memang boleh jadi tumpuan pelancong kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 29-10-2024 01:13 PM
Yolah tuuuu...baik kau buat jugak at least sampai jb...mencik iols ke selatan ni dah la takde ets

Akan ada coming soon. Sabar, sikit lagi. Sekarang tengah siapkan double track dari Segamat ke JB.

HSR tue mcm tak viable sgt. Yg untung sapa yg ada tanah area situ & company yg dapat projek. Takut last sekali kerajaan jgk kena support projek tue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.094777 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list