|
Menerusi satu perkongsian di Instagram Sinar, Jep Sepahtu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sari Yanti yang jatuh pada 9 November.
Dalam video berkenaan, Jep menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang menyenangkan dan menenangkan buat dirinya.
“Saya nak ambik peluang ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta saya, Sari Yanti, orang yang sangat menyenangkan, orang yang sangat menenangkan,” katanya.
Sementara itu, Jep berkata dia banyak belajar daripada Sari Yanti dalam beberapa perkara meskipun dia seorang ketua keluarga. Jep menyifatkan dirinya sangat beruntung kerana dijodohkan dengan Sari Yanti.
“Kadang-kadang, kita nampak macam kita ni ketua keluarga, tapi sebenarnya dalam beberapa hal itu, saya banyak merujuk dan juga belajar daripada dia.
“Saya sangat beruntung, Alhamdulillah, Allah jodohkan saya dengan Sari. Saya rasa ia satu anugerah, hadiah yang sangat bermakna untuk saya,” katanya.
Dalam kesempatan itu juga, Jep turut menitipkan doa buat isterinya serta keluarga mereka keluarga mereka sentiasa diberikan bahagia dan keharmonian.
‘Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran ini, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah redup rahmat dan mudah-mudahan mendapat redha-Nya.
“Mudah-mudahan keluarga kita dikurniakan kebahagian, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you,” katanya.
SUMBER: Instagram Sinar, Rotikaya
|
|