CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30461|Reply: 423

Anak kedua takut wartawan, tiada di majlis nikah kerana tertidur - Ina Naim nafi anak kedua tidak restu pernikahannya

[Copy link]
Post time 14-11-2024 08:36 AM | Show all posts |Read mode





Ina Naim tampil menjelaskan ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri pada majlis pernikahannya adalah kerana tertidur.


Menerusi sesi langsung di TikTok, Ina ditemani suami, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, berkata, Sallman, 14, juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana takut diserbu media.


"Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya.


"Dia takut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata ibu ramainya wartawan.


"Lepas itu, adik-beradiknya beritahu mungkin dia ke kubur arwah bapanya. Kemudian, Sallman ke masjid dan balik ke rumah.


"Saya agak dia merajuk, rupa-rupanya Sallman masuk dalam bilik dan tertidur," kata Ina.







Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Sallman tidak merestui pernikahan ibunya apabila wajahnya tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.


Menurut Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media.


"Dua anak perempuan saya, wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap," katanya.


Dalam sesi langsung sama, Ina kelihatan bahagia berkongsi mengenai Mohd Khairul yang memiliki persamaan dengan arwah suaminya yang juga penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad kerana suka memberi kejutan bunga kepadanya.


"Suami rajin beri bunga sama macam arwah suami. Sampai sehari sebelum nikah pun masih beri saya bunga.


"Dia turut hadiahkan bunga untuk SS (Suhaimi) untuk diletakkan di kuburnya.


"Bunga yang diberikan untuk saya banyak sangat hingga saya terpaksa buang.


"Banyak persamaan suami dengan arwah, itu yang buatkan saya rasa Allah Maha Kaya," kata Ina.


Ina dan Mohd Khairul berkenalan di media sosial apabila lelaki yang bertugas sebagai jurutera memulakan langkah dengan menghubungi Ina pada Mei lalu.


Mohd Khairul berstatus duda kepada dua cahaya mata adalah peminat setia Allahyarham Suhaimi dan sangat mengidolakan cara penyanyi itu mendidik anak-anak dengan ilmu agama.


Sementara itu, Ina bergelar balu selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 15 November lalu.


SUMBER:  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya Selmon kundur heartbroken kan Yenna..G kubur nak mengadu kat ayahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kejap tertidur kejap busy rewang memacam la ko yennnaaaaadey
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nak seru @kepompong fans no 1 yenna dan grenpa K
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu delulu maknya.

Anak sibukkan diri, gi kubur, masuk bilik tidur tgh kenduri, samada anak ko tak sihat or dia sedih nyah. Takkan ko x kisah nnti anak ko tak ada dalam gambar? Tak boleh kejut ka anak tu?

Dismissive parenting mcm ni lah. If i see no issue theres no problem.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:47 AM | Show all posts
tahiniah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dia kecik hati. Budak lagi kan. Bukan ke dulu pon ada gossip anak RSO merajuk sbb ada konon maknya nak kahwin SB tp dicover merajuk sbb kena marah disuruh gunting rambut?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 14-11-2024 08:41 AM
nak seru @kepompong fans no 1 yenna dan grenpa K

cisss naper nama i sorang kena seru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
wow beli bunga byk sampai kena buang

nak beli jiwalah tu

Tempat tinggal/  makan FREE
Populariti FREE
Tenaga kerja 4 org FREE
ngesek FREE
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hoih sediakan basic nafkahblah weyhhh . Anak2 benih sendiri tu dah bagi nafkah ke belum??? sebok beli bunga pulak. tak kenyang la bunga
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:01 AM | Show all posts
bulanbulat replied at 14-11-2024 08:47 AM
Gitu delulu maknya.

Anak sibukkan diri, gi kubur, masuk bilik tidur tgh kenduri, samada anak ko ta ...

pernah ke dia kisah anak2 dia? yenna spinning ni masa si ss hidup pun... asal dia dapat melantak sama ngan laki, anak biar kebuluq mintak sedekah x pe.. janji mulut atas bawah dia cukup nafkahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Suci_Murni replied at 14-11-2024 09:01 AM
pernah ke dia kisah anak2 dia? yenna spinning ni masa si ss hidup pun... asal dia dapat melantak s ...

Geram..ingat dah siuman balik.

Kenapa i rasa laki engineer pun serupa geng bumi datar. Mintak simpang
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bulanbulat replied at 14-11-2024 09:05 AM
Geram..ingat dah siuman balik.

Kenapa i rasa laki engineer pun serupa geng bumi datar. Mintak sim ...

laki baru yenna memang mengidolakan SS

confirm lah SAMA sebab dia mmg ada marriage failure sampai benti keje & canang 1 dunia nak kehidupan yang sebegini lah


bumi datar, anak takyah sekolah (so that dia boleh spin dia tkyah keje sebab nak ajar anak2 yatim ~ bukan i buat cerita okehhh. ni dia mengaku sendiri kat LiVE ritu) , tonggang agama (dapat 80k+ hengget) , tak peduli la halal haram kan, tak malu nak tunjuk gatal masa LiVE disaksikan berpuluh ribu tololwers, and the list goes on
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tiba2 kundur yg kita kutuks selama ni lah yang paling makes sense berbanding adik beradik lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:13 AM | Show all posts
sat kata p beli ais, sat kata tidur... tak konsisten jawaban nye sis?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:14 AM | Show all posts
kepompong replied at 14-11-2024 09:11 AM
laki baru yenna memang mengidolakan SS

confirm lah SAMA sebab dia mmg ada marriage failure sampai ...

so dia jobless ka? cuma ex enginer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mestila sesuatu kalo anak ko cam xnk involve dlm majlis ko.. majlis penting tp anak tertido atau pura2 tido? tatau lah but something fishy la sorg anak xde dlm gambo tu.. ko patut panggil pujuk dia.. maybe mmg dia xleh terima lg situasi nk ada apak baru.. yenna.. yenna...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:17 AM | Show all posts
Dalam live pun ramai tanya pasal salman, acik yenna kata dia tengah belajar tadi ada

Iols tahu anak kedua kuat protes, kesian salman
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-11-2024 09:14 AM
so dia jobless ka? cuma ex enginer?

kalau kat resume bukan engineer , tapi tenaga pengajar kat giatmara

stoden heshe kata dia claim nak berhenti sbb dpt keje engineer . tapi kat resume sbb career break disebabkan kegagalan rumahtangga & sedang mencari surihati blablabla

so lepas berhenti giatmara he bawak grab

now grab entah ke mana engineer entah ke mana sebab jual healing jar lagi untung sekali buat LIVE dapat 80k+ hengget
tonggang agama & arwah ss sudah pasti!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:18 AM | Show all posts
kepompong replied at 14-11-2024 01:12 AM
tiba2 kundur yg kita kutuks selama ni lah yang paling makes sense berbanding adik beradik lain

Tiba2 hadi yg paling dapat pujian org dah meluat kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 1.249649 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list