Edited by maklukpenggoda at 19-12-2024 03:21 PM
Update:
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menetapkan keputusan 12 kes pengubahan wang haram dan lima tuduhan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor pada 19 Disember.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Semasa hujahan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, 17 pertuduhan jenayah membabitkan Rosmah adalah sah dan mengandungi butiran yang mencukupi.
Justeru itu beliau berkata, tiada sebab isteri bekas Perdana Menteri itu tidak dapat mengemukakan pembelaan yang sewajarnya, sebagai mana dakwaan pembelaan Rosmah bahawa pertuduhan itu cacat kerana ia bertindih, kerana membabitkan subjek yang sama.
Menjawab hujahan permohonan Rosmah untuk membatalkan kesemua tuduhan, Ahmad Akram berkata, pembelaan gagal mengiktiraf prinsip undang-undang asas yang mengawal kaedah pertuduhan dirangka dalam prosiding jenayah.
“Pertuduhan yang dipersoalkan itu tidak bertindih, juga tidak cacat sebaliknya ia mencerminkan tindakan jenayah yang berbeza.
“Setiap satunya berlaku pada masa yang berlainan dan memerlukan pertuduhan berasingan untuk menangani sepenuhnya skop kelakuan tertuduh," katanya.
Sebelum ini, peguam, Amer Hamzah yang mewakili isteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghujahkan bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas Rosmah adalah cacat.
Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memulakan pembelaannya (bulan ini) terhadap tuduhan rasuah membabitkan lebih AS$500 juta (RM2.2 bilion) selain merayu untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Najib yang kini menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah berkaitan skandal dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), turut berdepan beberapa kes lain dikaitkan dengan skandal kewangan yang menyebabkan kekalahan beliau dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Di Mahkamah Tinggi, Najib, 71, akan membela diri terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa yang membabitkan rasuah bernilai RM2.27 bilion (AS$510 juta) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Kes berkenaan membabitkan Tanore Finance Corp, yang menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), digunakan untuk menyeleweng dana daripada 1MDB.
BH
|