|
|
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Februari 9, 2026 @ 3:03pm
Gambar hiasan
KAJANG: Seorang guru tuisyen wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari beranda tingkat 17 sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn, dekat Kajang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 3.06 petang.
Mangsa ialah wanita warga tempatan berusia 24 tahun yang tinggal bersama keluarganya.
"Mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi sebelum ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia.
"Bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan pelbagai kesan jatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Naazron berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raqib Abu Bakar di talian 0178806636.
Beliau turut menasihatkan individu yang berdepan masalah peribadi dan memerlukan bantuan menghubungi Talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|