CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 49835|Reply: 45

[Tempatan] Mohamad Faiz Yusoff berusia 30 tahun dan kakaknya, Norazah adik beradik hidap Parkinson berteduh di bilik kecil ihsan tuan rumah.Ibu bapa sudah meninggal sejak umur 10 tahun

[Copy link]
Post time 7-12-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SETIAP manusia diberikan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada pula yang diuji dengan kesihatan yang semakin merosot.



Demikilah yang terjadi pada Mohamad Faiz Yusoff, seorang pemuda berusia 30 tahun yang kini bergelut dengan penyakit Parkinson tahap 4.

Faiz disahkan menghidap Parkinson lima tahun lalu, dan penyakit itu semakin memburuk setahun selepas diagnosis. Kini, kesihatannya berada di tahap yang sangat kritikal, menyebabkan beliau tidak mampu berjalan sejak sebulan lalu.

“Mohamad Faiz b Yusoff 30 tahun menghidap Parkinson sejak lima tahun yang lalu dan semakin serius iaitu tahap 4 sejak tiga tahu lalu.

“Kesihatannya semakin merosot dan tak boleh berjalan sejak sebulan yang lalu,”tulisnya.

Ketika berusia 10 tahun, pemuda itu kehilangan ibu bapanya. Beliau dan empat beradik kemudiannya diasuh oleh seorang ibu angkat yang menyayangi mereka seperti anak kandung sendiri.

Namun, takdir sekali lagi menguji mereka apabila ibu angkat itu meninggal dunia selepas lima tahun menjaga mereka

Tanpa tempat bergantung, masing-masing membawa diri dan Faiz memilih untuk tinggal bersama kakaknya, Norazah, yang turut menghidap Parkinson tahap 1.

Mereka menumpang di sebuah bilik kecil atas ihsan tuan rumah dan di situlah tempat mereka berteduh.

“Ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur 10 tahun. Beliau dijaga oleh ibu angkat selama 5 tahun bersama kakak dan adik-adiknya seramai 4 orang.

“Selepas ibu angkat meninggal mereka membawa diri. Kini tinggal menumpang di bilik atas ihsan tuan rumah bersama kakaknya yang juga menghidap Parkinson tahap 1,”tambahnya.

Kisah mereka menjadi tular selepas video yang dikongsikan oleh Nor Saidi Nanyan di platform Thread memaparkan realiti pahit yang dihadapi pemuda berkenaan.

Setakat ini, Faiz hanya dapat bergerak menggunakan kedua-dua tangannya untuk ke satu tempat ke tempat yang lain.

Ramai yang menyuarakan rasa simpati dan berharap agar ada pihak berwajib tampil membantu Faiz dan kakaknya.

Keadaan mereka yang tidak lagi mampu bergerak bebas membuatkan kehidupan semakin mencabar, apatah lagi tanpa sumber pendapatan yang tetap.

“Faiz & Aja kakaknya jadi Parkinson turun dari arwah mak mereka…minta jasa baik semua doakan untuk mereka..amin.

“Rasa terhiris hati melihatnya, panjang umur anak ya,, sihat selalu dan semoga ALLAH mengangkat segala penyakit mu,”komen warga maya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
x boleh letak rmh kebajikan ke???
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sbg pembayar cukai, minta tolong jkm amik. pusat zakat pun tk hulur bantuan ke.kutip zakat berjuta. kita dah byr, takkan kita jugek nk kna cari asnaf ni..
masing² jlnkan tagjwb.
melainkn mmg dah ada bantuan tp tk.cukup.
jd bila jkm amik, ikut je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap jkm dtg amik dorg
Nk harap dorg pegi ke jkm mgkn ada kekangan....sbb si adik tak bole berjalan
Semoga dipermudahkan Allah urusan dorg
Aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-12-2024 12:01 AM
x boleh letak rmh kebajikan ke???

bole je...tp klu takde org yg lapor ke jkm...jkm pn tak tau kes2 terpencil mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 8-12-2024 12:07 AM
primarikey replied at 7-12-2024 09:12 PM
bole je...tp klu takde org yg lapor ke jkm...jkm pn tak tau kes2 terpencil mcm ni


Itulah kerja jkm yg sebenar. Tiap daerah ada JKM, takkan tak boleh collab dgn penghulu/ketua kampung utk cari orang susah bawah mukim masing2.

Nak tunggu orang mengadap dulu baru nak bagi bantuan. If OKU mcm ni/bedridden lagi worst. Bantuan tu pun tak tahu dapat ke tak, macam2 prosedur & borang nak kena isi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 8-12-2024 08:06 AM
Itulah kerja jkm yg sebenar. Tiap daerah ada JKM, takkan tak boleh collab dgn penghulu/ketua kampu ...

Ni dh viral dtg la jkm nt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:24 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan untuk Mohamad Faiz dan Norazah dengan keadaan kesihatan mereka sekarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 8-12-2024 05:12 AM
bole je...tp klu takde org yg lapor ke jkm...jkm pn tak tau kes2 terpencil mcm ni

Jkm hnmm..hujung bulan dpt gaji ..aku geram sbb minta refer kan raltive yg oku buta cari pekerjaan.. staff cakap kitaa boleh cadang je, tempat mane2 tu kene cari sendiri..aku igtkan ade la kursus2 ke untuk golongan oku, xdak...ni kat negeri pasir berdegung
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
JKM dan ketua kampong tak berfungsi. Kesian sgt rakyat yg sgt memerlukan bantuan. Rasanya bnyak lagi kes2 mcm ni. JKM dan ketua kampong tolong perkasakan fungsi anda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya dia dua orang dari kecik hidup menderita hidup terumbang ambing dah besar sakit pulak..insaf terus
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 8-12-2024 09:28 AM

tok penghulu...tok penghulu..masuk..masuk...... hang x buek kojo..kang gomen ganti ngn bangla...baru tau....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik beradik ada parkinson's. Baru tengok video NHS UK akan release ubat yang dah dikaji dal clinical trial sekian lama iaitu Vyalev atau foscarbidopa/foslevodopa. Menakjubkan sungguh tengok pesakit parkinson's yang tahap tinggi dah boleh gerak macam biasa macam org yg takde parkinsonism.

Semoga adik2 ni dibantu segera.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:52 PM | Show all posts
Semoga ada yang sudi membantu keluarga ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
abang aku kena parkinson masa lps bersara..dlm family xde siapa pun yg pernah kena..my mom pun dementia lps umur 80++ ..sekarang abang duduk wheel chair juga....keadaan pun sama mcm org dementia..kalau duduk kat sebelah my mom mcm org asing..now my mom 90++...my abang 72..parkinson ni cepat btol kesan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah... Kesiannya
Semoga lepas ni segalanya dipermudahkan semula buat mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 8-12-2024 08:53 AM
Jkm hnmm..hujung bulan dpt gaji ..aku geram sbb minta refer kan raltive yg oku buta cari pekerjaan ...

Jkm ni susah jugak ya. Adik aku oku sakit jarang jumpa. Bertahun2 deal dengan pihak hospital & jkm, baru dapat kad OKU. Sebab masa awal2 application tu keadaan dia secara fizikal masih ok. Penyakit jenis regression ni bukan terus x boleh bangun. Pastu xde bantuan alatan macam kerusi roda, kena beli sendiri. Lagi 1 yg aku pelik bila nak isi borang bantuan tu nak kena provide data adik beradik siap pendapatan. Bagi aku la, kalau adik beradik kaya pon yg OKU tu sepatutnya layak dapat bantuan sebab masing2 ada kehidupan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 8-12-2024 08:14 AM
Ni dh viral dtg la jkm nt


Tunggu viral baru buat kerja ,,,,cam hanat.

Budak tunggu mampus kena dera padahal dah report polis bagai budak tu kena dera.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 8-12-2024 09:40 AM
Kesiannya adik beradik ada parkinson's. Baru tengok video NHS UK akan release ubat yang dah dikaji d ...


Harap boleh bantu 2 orang tu ....muka hensem tapi sakit pula..dable sedih acik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca kena Parkinson ni? Macam diabetes boleh la elak..Parkinson ni camne langkah² supaya tak kena penyakit ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 1.509336 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list