Edited by maklukpenggoda at 16-12-2024 01:02 AM
"Nilai anggaran barang rumah tidak sampai RM100,000 dan kebanyakannya adalah barangan peribadi," katanya yang hadir pada serbuan pagi (semalam).
KUALA LUMPUR: Beberapa barangan peribadi milik pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada serbuan dijalankan oleh Majlis Amanah Raya (MARA), semalam.
Jumlah hutang pelakon itu dipercayai menghampiri RM1 juta.
Menurut peguam yang enggan namanya didedahkan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita berikutan pelakon itu tidak berada di rumahnya, semalam
"Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.
"Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu, tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi, kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.
Turut mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), peguam tersebut turut memaklumkan pihaknya juga sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah untuk menjalankan lelongan.
Menurutnya, ia dijangka akan berlaku dalam masa dua minggu lagi, justeru proses rundingan selepas ini perlu melalui mahkamah.
"Buat masa ini, kami tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.
"Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kami tunggu surat selanjutnya daripada mahkamah," katanya.
Sementara itu, anak sulung Rozita iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di perkarangan rumah enggan memberi sebarang komen berhubung serbuan tersebut.
BH
|