View: 43781|Reply: 29
|
[Tempatan]
Banduan bergelar PhD dibebas sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
[Copy link]
|
|
freemalaysiatoday.com.my
11 Dec 2024
Murad (bukan nama sebenar) dibebaskan hari ini atas pengampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Banduan pertama yang memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) semasa dalam penjara diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda hari ini.
Jabatan Penjara memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.
“Murad prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar doktor falsafah dalam bidang pentadbiran perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook jabatan itu.
Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee.
Semasa sesi pembebasan itu, Preshahdin turut menasihatkan Murad sentiasa mengamalkan disiplin serta menggunakan ilmu untuk memajukan diri dan Jabatan Penjara sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.
Murad, pada sesi itu turut menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan baginda serta Jabatan Penjara kerana memberi peluang dan ruang kepadanya menyambung pengajian sehingga bergelar doktor falsafah.
Katanya, dia akan mengenang semua jasa baik Jabatan Penjara dan percaya peranan jabatan itu dalam memulihkan prospek sepertinya untuk dikembalikan dengan lebih sempurna.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bergelar phd??? phd ke hulu,phd ke hilir?? hoi kau phd ke mari??? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lewat 30an jugek umurnya.. tahanan prmulihan dadah. sjk umur 14 thn mula dgn juvana ke.. tp mcm salah berat jek. sjk thn 2001.. membunuh ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal bukan pedo & pembunuh bersiri |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa menghisap, memiliki & menjual (maybe keldai dadah @ betul2 jadi tokan at very young age)
|
|
|
|
|
|
|
|
ptutla ahli politik tu nk smbung belajar dlm penjara , smbung master ke phD
kot2 bole kluar cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Dr, hargailah peluang kedua ni sebaik mungkin.
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah akan jd influencer jugak?
klu ye, blh fokus content on how struggle nya dlm tu utk genggam phd tu
don't ever mention kesalahan ape
be smart la pape pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak perkara berfaedah yang dibuat semasa dalam tahanan. Jangan buat lagi sudehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ummm, dengar khabar ada banduan VVVVVIP pun tengah buat PhD ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pernah tgk interview dia ni kat youtube. Kalau betul dia ni orgnya, dia dipenjarakan atas kesalahan membunuh majikan dia sbb dia dihalang ketika cuba melarikan diri dari majikan dia yg tak bagi duit gaji dan pegang ic dia. Org susah, keluar dari kg umur belasan untuk tolong family tp dipergunakan majikan. Congrats to you! Selamat memulakan hidup baru! |
|
|
|
|
|
|
|
purplelilac replied at 12-12-2024 07:42 PM
Mcm pernah tgk interview dia ni kat youtube. Kalau betul dia ni orgnya, dia dipenjarakan atas kesala ...
Bukan terlibat dengan dadah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baca macam kes dadah la tp melibatkan kuantiti yg dia sepatutnya di gantung hingga mati. Tp sebab umur dia 14tahun time tu bawah umur, instead of hukuman gsntung tu dia ditahan at will of His Majesty la sampai la the King kata ok boleh dibebaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan bukan penoron bontot tanpa izin |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana dapat nama Murad (bukan nama sebenar)?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-12-2024 10:29 PM
Macam mana dapat nama Murad (bukan nama sebenar)?
Sebab dia lorat. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 14 tahun dah ke dalam. Heran juga bila masa dia buat first degree.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-12-2024 11:22 PM
Umur 14 tahun dah ke dalam. Heran juga bila masa dia buat first degree.
Buat dari dalam penjara
OUM macam ada program khas utk banduan |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Beri peluang pada rakyat yang boleh memajukan hidup untuk berbakti pada nusa dan bangsa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|