View: 15425|Reply: 26
|
[Tempatan]
Majoriti netizen berpandangan PLKN 3.0 tak perlu diteruskan
[Copy link]
|
|
Oleh Latifah Arifin - Disember 13, 2024
[email protected]
KUALA LUMPUR: Tinjauan pendapat BH bertajuk 'Anda rasa adakah kita perlukan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0)?' menunjukkan majoriti daripada pembaca berpandangan latihan berasaskan kenegaraan itu tidak perlu dikembalikan.
Sehingga jam 9 malam tadi, seramai 2,342 pembaca BH mengambil bahagian dalam undian menerusi akaun Facebook rasmi BH yang mana daripada jumlah terbabit, 63 peratus atau 1,493 orang tidak bersetuju PLKN 3.0 dilaksanakan.
Baki 36 peratus atau 849 pembaca BH pula berpendirian PLKN 3.0 wajar dan perlu diteruskan.
Tinjauan terbabit turut menerima lebih 80 komen netizen yang memberikan maklum balas mengenai pilihan undian masing-masing.
Bagi netizen yang memilih jawapan setuju PLKN 3.0 diteruskan, Nazatol Nazma Naza, berkata ia modul yang sangat baik untuk dilaksanakan khususnya bagi warga negara Malaysia berusia 30 tahun dan ke bawah.
"PLKN elok diteruskan bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan usia bawah 30 tahun supaya dapat menerapkan nilai murni, semangat patriotik cintakan negara supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah komunis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada bangsa dan negara," katanya.
Pandangan sama dibuat pemilik akaun Facebook, Zaer Azim yang melihat wujud keperluan untuk program seperti PLKN 3.0 dilaksanakan khususnya untuk gerasi muda.
Bagi Md Blalang yang bersetuju PLKN 3.0 diteruskan, penetapan umur perlu dirombak semula.
"Perlu (laksanakan PLKN 3.0), hanya untuk 20 tahun ke bawah," katanya.
Seorang pemilik akaun FB berbangsa India, Siva Shiva, PLKN dilihat satu wadah bagi menggalakkan keharmonian dan perpaduan.
"Demi eratkan perpaduan saya setuju diteruskan," katanya.
Beberapa netizen turut menyatakan sebab mereka tidak bersetuju dan menyatakan tiada keperluan untuk PLKN 3.0 diteruskan.
Menurut pemilik akaun FB, Zack Si Penyair, sudah terlalu banyak bentuk latihan bercirikan kenegaraan yang dilaksanakan kerajaan dan ia menimbulkan tanda tanya mengapa perlu dihidupkan semula PLKN 3.0.
"Wataniah ada, RELA ada, PEMADAM ada, akademi polis ada, kadet askar ada...jadi apa beza dengan PLKN. Matlamat, misi dan visi pun sama," katanya.
Bagi seorang lagi netizen, Muhd Afnan, mengembalikan PLKN di saat kewangan negara makin terhimpit adalah satu keputusan tidak wajar.
"PLKN tak perlu buat masa sekarang, bajet kewangan semua habis, yang jadi mangsa rakyat. Stabilkan dulu kewangan negara," tegasnya.
Bagi Huzaimi Mili, pelaksanaan PLKN 3.0 hanya akan mengganggu pembelajaran anak-anak, khususnya selepas tamat SPM.
Sementara itu, pendapat pembaca BH menerusi tinjauan di laman 'X' akaun rasmi BH menunjukkan keputusan lebih seimbang.
Daripada 926 individu yang membuat undian, 43 peratus bersetuju PLKN 3.0 diperlukan, manakala 57 peratus lagi berpendirian ia tidak perlu dilaksanakan.
Jumaat lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan membuat keputusan melaksanakan PLKN 3.0 berdasarkan hasil kajian terperinci serta mendalam, dan ia akan dijalankan dengan konsep dan format yang baharu.
Beliau berkata, kajian akademik dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif bagi mengukur impak pelaksanaan program berkenaan
PLKN 3.0 akan dilaksanakan dengan konsep serta format baharu untuk warga negara Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas mulai 2025.
BH melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengulangi pendirian jawatankuasa itu bahawa PLKN 3.0 tidak diteruskan.
Beliau berkata, JKPK sudah pun diberi penerangan mengenai konsep dan format baharu itu, namun ia tidak memenuhi justifikasi yang sudah dinyatakan sebelum ini.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semuanya tak perlu
plkn x perlu
upsr tak perlu
pt3 tak perlu
spm x perlu
sian bebudak duk rumah main game layan tiktok
sekian dari iols remaja purba hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Cina2 skrg wajib kena pegi..bg dia org patriotic sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
letak lelaki je cukup
yang lepas spm tu ha
umo 17-20 senang |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan rakyat tak boleh tangkap kenapa Kerajaan nak buat balik PLKN ni. Padahal dulu pembangkang bising katanya membazir duit dan cuma nak bagi kroni-kroni business uniform lah, catering la etc.
Tujuan supaya lebih ramai boleh bersedia kalau ada apa-apa berlaku kat negara kita kot. At least ada basic knowledge untuk ketenteraan dan tanam sikap patriotik yang makin tak wujud kat generasi sekarang. Kalau nak harap kat RELA, pemadam semua tu pakcik-pakcik pencen je yang join. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah setujuuuuuuuuuuusemangat bangsa je lebih
semangat negara haukkk
|
|
|
|
|
|
|
|
mana yang nak angkat senjata kat palestin tu..takkan awal lagi dah surrender kot |
|
|
|
|
|
|
|
Nak angkat senjata lawan tentera Yisrael lah kuhnun, padahal baru kena panggil PLKN dah gelabah tetek, gaji aku RM10,000 siapa nak bayor? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2024 03:50 AM
Nak angkat senjata lawan tentera Yisrael lah kuhnun, padahal baru kena panggil PLKN dah gelabah tete ...
Lawan guna media sosial je la sis.
#israelcuak
#israelkoyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang x perlu pun, tp klu buat gak, lepas habis latihan, wajib berkhidmat 2 tahun mcm negara Korea & Thailand buat...umur baru belasan tahun kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 14-12-2024 07:02 AM
semua makbapak sayang anak simpan dlm lemari
itu yg pakat tak setuju
masa ada dulu pun jenuh semua buat surat minta exemption
mcm2 excuses dicipta |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak perlu pun..yg acik2 gundu yg pergi PLKN dulu .skrg ni leh terer pegang senjata utk perang?? Ado??? Lain la kalau buat style mcm Singapore & Korea Selatan tu ada la pekdah juga..ni apooo??? Utk suap kroni2 kau kan??? Masa jd pembangkang kemain kau kutuk PLKN ..skrg nk buat blk pulak?? |
|
|
|
|
|
|
|
AkokKocik replied at 14-12-2024 06:02 AM
Memang x perlu pun, tp klu buat gak, lepas habis latihan, wajib berkhidmat 2 tahun mcm negara Korea ...
Kan?? Takat PLKN ni..ada pekdah ke? Leh pandai perang pegang senjata bagai mcm yg pegi national service kat Singapore , South Korea tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan je pun ok bagi aku. tapi ubah la syarat tu. tak perlu la sampai age 35. 30 ke atas dah lepas la sepatutnya dgn benda2 ni. dah matang, dah tengah buit-up hidup dan halatuju masing2. bagi bawah 30 je. maksimum age 29. dan pengecualian kepada ibu mengandung dan individu yang dah kahwin ada anak. bagi yg bujang dan kahwin belum ada anak je. kena fikir juga kekangan setiap individu. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu. Bukan sebab nak suruh angkat senjata la bagai, tp pupuk disiplin bina jiwa tu sikit tu idup dan berkawan dgn bangsa lain, respek bukan type c la sepet la type m la type i la bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu...
bukan sbb anak2 aku kena join....mereka jauh lagi dgn PLKN...
rasanya kos PLKN boleh digunakan untuk modal insan jenis lain...
zaman siapa ye dulu2 ada rakan muda..rakan masjid....n mcm2 rakan agi....
aku rasa program ni mcm bagus jua... |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore tu mmg dah ada satu pulau khas.. dari rumah iols kalau memalam cam tgk PUBG.. sini kalau kat machang bubuk tu dah jadi pusat ternakan nyamuk.. tak nampak rupa bangunan dah.. penuh lalang |
|
|
|
|
|
|
|
toynme replied at 13-12-2024 10:42 AM
letak lelaki je cukup
yang lepas spm tu ha
umo 17-20 senang
Setuju juga esp PLKN pada lelaki sahaja. Buat mcm kat singapore dan SK tu. Wajib kan. At least depa ni nanti ada lah ketahanan diri, tahu survival dan lebih patriotik. Sapa dah join, terus masuk jadi tentera simpanan |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 16-12-2024 08:08 AM
Perlu. Bukan sebab nak suruh angkat senjata la bagai, tp pupuk disiplin bina jiwa tu sikit tu idup ...
Yup, cuma jgn oulak ada kes dera mcm kat UPNM tu, kes tekap2 seterika bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|