View: 36632|Reply: 36
|
[Tempatan]
Majlis Bandaraya Seremban tanggal pintu penyewa PPR culas bayar sewa. Sewa bulanan cuma RM120. Tunggakan sewa mencecah RM20k
[Copy link]
|
|
Majlis Bandaraya Seremban tanggal pintu penyewa PPR culas bayar sewa
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjalankan operasi menanggalkan pintu rumah terhadap penyewa yang culas membayar sewa PPR di bawah kendalian agensi itu, minggu lalu. FOTO IHSAN MBS.
Seremban: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjalankan operasi menanggalkan pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kendalian agensi itu, minggu lalu.
Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali berkata, tindakan diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas.
"MBS mengadakan Operasi Tunggakan Sewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi). Operasi ini turut dibantu anggota Balai Polis Paroi.
"Untuk makluman, operasi ini dilakukan secara berhemah tanpa membabitkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan," katanya pada kenyataan, hari ini.
Masri berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan mengutarakan pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan dapat menjelaskan bayaran sewa.
"MBS melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.
"Namun, penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November 2024.
"Bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu.
"Namun MBS juga mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terbabit supaya mereka segera menjelaskan tunggakan," katanya.
Menurutnya, MBS akan meneruskan operasi ini secara berkala dari masa ke semasa dan meminta penyewa di PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa yang ditetapkan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kalau gagal bayar sewa PPRT tu . duit tunggakan tu
mesti ada di somewhere else. kat ASB ke bank ke emas ke
takde duit tak boleh bayar jugak mmg bodoh la. |
|
|
|
|
|
|
|
Bolos saja pintu itu, bolos! |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati i tgk td. Lps ni kalau xpindah or byk tunggakan, sita terus brg2. Mana tau puak2 b40 ni beli pintu baru sbb baru brrapa sen compare tunggakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-12-2024 11:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-12-2024 11:32 PM
Bolos saja pintu itu, bolos!
Kalau tertunggak tak mengapa sebab tak sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat cabut pintu tengok² beli pintu baru. Mmg jenis muka tak malu taknak bayar. Bkn lah takde duit sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg x penah byr lgsung ke...ingt dok free je ek... |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 17-12-2024 03:58 PM
Setakat cabut pintu tengok² beli pintu baru. Mmg jenis muka tak malu taknak bayar. Bkn lah takde du ...
Beli, kita cabut lagi. Beli, cabut, beli, cabut.
Kita tengok in the enddddd (nyanyi stail Linkin Park), sapa yang mengalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols sarankan MBS tender keje mintak duit ni kat along2 tersohor Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangkuk liat bayar hutang bukan boleh percaya.. akhir2, dirosakkan rumah tu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 18-12-2024 12:26 AM
Mangkuk liat bayar hutang bukan boleh percaya.. akhir2, dirosakkan rumah tu nanti.
Ptt makhluk2 ni nak msk rumah kena ada cagaran...kalo culas msk ctos la...bior tak dpt nak buat loan beli motor baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dengar ade kes retis buat loan langsung xnak bayar... Mmg ada la ye org jenis pakai hack org langsung buat xkisah lps tu.. siap harap burn je hutang tu. Apa nama perangai ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Antara ramai-ramai tu mesti ada tiktokers tap tap tap thank you for the roses. |
|
|
|
|
|
|
|
letak dalam penjara je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai...RM120 sebulan je pun nape tunggakan sampai RM15k.
Patutnya tiap2 ujung tahun bagi la warning pun bg yg tak bayar sewa tu.
Jap g mesti la ada viral video tagih simpati nak nampakkan keburukan MBS pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bila start tak bayar. lps tu x ada apa2 tindakkan mcm tu lah jadi.
Budaya kita, kalau sewa RM10 pun akan ada tertunggak beribu ringgit tak bayar.
boleh tanya Indah water. Caj hanya RM8 sebulan. Brp ramai yg tertunggak sampai beribu2 x bayar. Bertahun2 x bayar, sbb x ada apa2 tindakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sewa sebulan RM120. RM15k tu bersamaan 10 tahun tak bayar sewa. Kot ya pun kalau pun susah,maksudnya selama 10 tahun tak pernah nak improve kewangan? Atau memang sengaja nak duduk free.
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 18-12-2024 10:57 AM
Kalau sewa sebulan RM120. RM15k tu bersamaan 10 tahun tak bayar sewa. Kot ya pun kalau pun susah,m ...
Yg tukang bg sewa pun… dah byk giler tunggak baru nk ambik tindakan. Skrg ni setakat surat amaran, mmg xkan jd apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Serious nak tau, rumah PPR ni sewa tertunggak sampai belas2 k pun still boleh duduk lagi? X kena halau ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kan lori bwk pintu lom sampai depot, dapat 1 fon call dari org tertentu, mesti kene patah balik pasang pintu semula.
Tu sbb kes x byr sewa ni x pnh settle. |
|
|
|
|
|
|
| |
|