CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24432|Reply: 118

Zairi Aziz enggan dibayangi kakaknya, Nasha Aziz

[Copy link]
Post time 18-12-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode





Bakat muda, Zairi Aziz, 22, sebolehnya tidak mahu pembabitannya dalam bidang seni dibayangi populariti kakaknya yang juga pelakon senior, Nasha Aziz.


Zairi berkata, dia mahu dikenali atas bakat dan kemampuannya sendiri, bagaimanapun tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan Nasha.


"Macam mana saya lari pun orang tetap akan kaitkan, tapi saya mahu orang pandang saya sebagai pelakon yang baik dalam lakonan, bukan lain. Kalau ada komen saya menumpang nama Nasha, saya takkan jawab.


"Saya mahu buktikan kepada orang saya boleh berlakon. Saya percaya dengan kemahiran dan kemampuan. Saya boleh berdiri atas kaki saya sendiri, tapi kalau orang tahu pun tak mengapa sebab ia satu perkara positif.


"Bagi saya, tiada tekanan bergelar adik kepada Nasha walaupun saya tahu ramai yang menggelarkannya sebagai legenda dan pelakon bagus.


"Disebabkan itu, saya sebagai pendatang baharu kena buat yang terbaik juga untuk berada di tahap itu," katanya.


  



Meskipun berkongsi bapa, Zairi berkongsi, dia dan Nasha tidak rapat.


"Sebenarnya saya tidak rapat dengan Nasha. Kami berkongsi bapa sama, tapi ibu berbeza. Kami terakhir berjumpa pun ketika arwah bapa meninggal pada 2017.


"Tapi kalau berpeluang untuk jumpa Nasha, saya gembira, mungkin boleh berkongsi nasihat atau sebagainya," kata anak keenam dari tujuh beradik.


Berkongsi lanjut, Zairi serius mahu membina nama sebagai pelakon kerana minat mendalamnya terhadap seni.


  



"Saya mula berlakon sejak dua tahun lalu tapi pada awalnya saya tidak fokus sepenuhnya. Saya bekerja sebagai pelakon tambahan, membabitkan diri dalam iklan komersial, peragaan secara sambilan.


"Tapi bermula saya banyak menjayakan adegan aksi sebagai 'stunt performer' untuk beberapa filem seperti Pendekar Awang, Harimau Malaya sejak tahun ini. Saya suka genre aksi dan pertarungan.


"Saya juga banyak memasuki kelas lakonan. Saya masuk bidang seni kerana minat dan suka menghiburkan orang lain, jadi saya rasa memang sesuai berada dalam industri seni," katanya yang akan tampil menerusi drama Anak-Anak Mafia di TV3.


Zairi ditemui pada sidang media Teater Samaya - Puteri Laut Selatan di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, semalam.


Zairi yang juga graduan Diploma Pengurusan Hotel itu berkata, ia adalah pementasan teaternya pertama.


Pementasan teater itu diadakan dengan kerjasama Anwar Rusdini Talents, Dewan Bahasa dan Pustaka serta disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.


Teater Samaya - Puteri Laut Selatan akan dipentaskan antara 27 hingga 29 Disember depan bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka.


Teater berdasarkan legenda Nyi Roro Kidul turut dibintangi oleh Nadia Brian, Khenobu, Adilla Shaffi, Rayna Hezza, Yusuf Amin, Daniel Emirrul, Dinie Hisam dan ramai lagi.




Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 08:46 AM | Show all posts
patut hidungnye lebih kurang. ikut arwah bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhb patutla aku terkejut ehh nasha ni dah nenek2 masih ada adik kecik rupanya budak ni adik lain mak tp masih adik kandung laa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
padan la jauh beza umur..tp mcm ada iras kn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:54 AM | Show all posts
Shayang replied at 18-12-2024 08:49 AM
Ohhb patutla aku terkejut ehh nasha ni dah nenek2 masih ada adik kecik rupanya budak ni adik lain ma ...

ha tu la .. beza 30 tahun kut umur dia org ni. kalau adik beradik satu emak mmg pelik sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 18-12-2024 08:54 AM
ha tu la .. beza 30 tahun kut umur dia org ni. kalau adik beradik satu emak mmg pelik sgt.

Tu ler dh mcm mak ngan anak dah beza umur dorang nih
Tp mmg tak penah kan nampak gambar dorang sama2 maybe pasnih leh la berlakon sbg mak ngn anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 09:12 AM | Show all posts
tetiba nak jadi anak seni terus ngaku nasha ni kakak ke? sblm2 ni ambik tau hal kakak tu ke? i tanya je.. jgn kecam

mmglah x rapat kan.. nasha ni dari kecik makcik dia yg bela
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:18 AM | Show all posts
...nak tumpang pun kena fikir malu dik, dulu bapak awak beriya-iya nak saman kakak awak masa dia tengah hot, sebab tak mengaku itu bapak dia, sebab bapak awak tak pernah jaga dia daripada kecik dik... so takyah feeling2 petik nama kakak... at first mesti kau yang hegeh mengaku tu kakak kan..




https://www.mstar.com.my/lokal/s ... rm10000-kepada-bapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 18-12-2024 09:12 AM
tetiba nak jadi anak seni terus ngaku nasha ni kakak ke? sblm2 ni ambik tau hal kakak tu ke? i tanya ...

Iols tertanya2 jua cana reputs tahu heols ni adik nasha. Deyols bukannya rapat pun. Heols canang ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah adik tiri… tp helokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:27 AM | Show all posts
Kalau sendiri tak sebut, orang pun tak tahu kan

Tapi agak elok jua rupa beliau
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:27 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 18-12-2024 01:18 AM
...nak tumpang pun kena fikir malu dik, dulu bapak awak beriya-iya nak saman kakak awak masa dia ten ...

mmg dia saman kan. nasha kena byr kat bapak dia ni rm10k. seigt aku, nasha kata dia sedih sbb bapak dia dah meninggal (bapak yg jaga dia tu nama aziz jgk).
tapi bapak kandung terasa hati dgn stetmen nasha tu. tu yg disamannya anak tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:27 AM | Show all posts
ada laa iras sikit rupa deme nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:28 AM | Show all posts
belilies replied at 18-12-2024 01:22 AM
Iols tertanya2 jua cana reputs tahu heols ni adik nasha. Deyols bukannya rapat pun. Heols canang k ...

kannnnn.. xkanlah nasha tetiba nak canang.. eh tu adik ai taw..!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:36 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 18-12-2024 09:27 AM
mmg dia saman kan. nasha kena byr kat bapak dia ni rm10k. seigt aku, nasha kata dia sedih sbb bapa ...

ye, orang tu tengah sedih sebab bapa dia yang bela & jaga daripada kecik tu meninggal (Aziz Hathim, bapa saudara dia jugak, Isteri dia adik beradik Pak Aziz bapak kandung ni)... dia boleh saman sebab Nasha cakap "satu-satunya bapa saya telah meninggal dunia.." alih-alih sentap bapak penyumbang sperma ni... so, adik, ko jangan nak feeling ye orang kaitkan ko ngan Nasha kalau bukan ko yang mengaku... walhal ramai je artis sedara mara yang relaks2 je bawa naik nama sendiri, hari raya je baru tau adik beradik saudara mara rapat yang mesra.. tanpa perlu mencanang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow… Boleh Jadi anak nasha Kalau nasha kawin awal beza Umur dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:54 AM | Show all posts
orang takkan tau kau adik nasha kalau bukan kau yang canang..
udah-udah la acah macam kau terkenal sangat..
takat sama nama bapak, liza aziz azlina aziz alip aziz aaron aziz takde pun orang tanya adik beradik nasha ka??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:10 AM | Show all posts
muka dia campur syafiq kyle dengan fattah amin, not bad.. ada market juga muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:15 AM | Show all posts
lorrr.. klu dia tak cakap dia adik nasha aziz, ku taktau pun dia siapa.. suka eh menumpang petik.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry. Uols tak tasty. Next
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 1.656525 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list