Edited by maklukpenggoda at 20-12-2024 03:00 PM
(Atas permintaan acik-acik porem. Sambungan benang Hafidz Roshdi vs Ngai yang bakal cecah 500 ms, ditutup)
Shuhada ‘naik angin’ ada pihak sakit hati tengok kebahagiaannya, siap DM kenalan di Australia sampaikan cerita buruk
PERSONALITI media sosial Nurul Shuhada bengang dengan tindakan seorang individu tergamak menghubungi kenalan terdekatnya semata-mata ingin memburukkan nama baiknya.
Lebih membuatkan Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, bengang apabila individu berkenaan sanggup mencipta akaun palsu semata-mata mahu memerhatikan aktiviti hariannya.
"Ada manusia bermasalah mental gigih sampai DM kawan-kawan saya di Australia dan burukkan saya. Kawan-kawan saya dekat sini semua kenal dan hidup dengan saya.
"Mereka kenal saya macam mana. Kenapa menyibuk nak tahu macam mana saya bercakap atau teruskan kehidupan saya.
"Sesiapa yang dapat DM dari akaun palsu burukkan saya, tahu-tahu sajalah siapa ," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Rabu.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini yakin tindakan tersebut dilakukan kerana perasaan iri hati serta cemburu melihat kebahagiaannya kini.
"Hiduplah dengan dibayangi Shuhada Shukri sampai mamp*s! Sehari tak cakap pasal aku memang tak boleh hidup.
"Kenapa awak cemburu dengan saya? Dia sakit hati sebab dia cemburu tak dapat apa yang saya dapat, hati dia busuk berulat," luahnya.
Enggan terus melayan perkara itu, Shuhada menasihati individu terbabit untuk muhasabah diri dan berhenti mengambil tahu mengenai urusan hidupnya.
"Banyakkan istighfar dan doa semoga Allah bersihkan hati awak. Saya sedang bahagia dengan orang sekeliling saya.
"Tolong jaga urusan sendiri dan jangan sibuk tepi kain saya. Sentiasa bersyukur engan apa yang Allah bagi,' kongsinya.
mStar
|