View: 55002|Reply: 97
|
[Tempatan]
Makin Ramai Yang Tergilakan Minuman Teh
[Copy link]
|
|
Rakyat Malaysia ni pantang ada benda viral dan sedang in-trend pasti semua nak cuba. Tidak kiralah sama ada minuman atau makanan, apa sahaja menarik pasti sanggup beratur panjang.
Kalau dulu pernah viral minuman teh boba, kali ini pula ramai yang sedang tergila-gilakan minuman teh.
Mungkin budaya minum teh dalam kalangan rakyat Malaysia sedang berkembang, maka tidak hairanlah semakin banyak kedai-kedai teh moden dan estetik di sini.
Apa yang membezakan kedai-kedai teh ini berbanding zaman dahulu, mereka bukan sahaja menyediakan minuman tetapi menyajikan pengalaman yang menggabungkan tradisi dengan kemodenan.
Jadinya, min senaraikan jenama yang menjual teh yang semakin digilai ramai di Malaysia. Mungkin ada yang korang sudah cuba dan ada yang belum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. HeyTea
Untuk peminat teh, jenama ini popular dengan teh buah dan turut menawarkan bermacam variasi teh. Katanya, minuman teh keju resipi mereka sebagai salah satu inovasi moden yang kini mendapat tempat dalam kalangan pelanggan muda.
Setakat ini, terdapat 8 lokasi kedai HeyTea di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Laman web: HeyTea
Instagram: Heytea.malaysia
Facebook: Heytea MY
|
|
|
|
|
|
|
|
2. Beutea
Terkenal dengan konsep premium, Beutea menawarkan pelbagai minuman yang diilhamkan daripada tradisi teh Cina. Bagi mereka yang sudah mencuba minuman ini, antara pilihan yang menarik untuk dicuba ialah White Peach Oolong Milk Tea dan Da Hong Pao Milk Tea.
Kalau korang nak cuba minuman teh Cina, Beutea antara pilihan yang terbaik.
Laman web: Beutea
Instagram: beutea.msia
Facebook: 茶仙子 Beutea MY
|
|
|
|
|
|
|
|
3. Auntea Jenny
Sama juga dengan jenama-jenama teh lain yang menawarkan pelbagai variasi teh, tapi dekat sini lebih terkenal dengan minuman teh susu.
Jenama ini sangat terkenal di China dengan lebih 8,000 cawangan di sana! Di Malaysia pula, setakat ini terdapat 12 cawangan Auntea Jenny.
Laman web: Auntmilktea
Instagram: Aunteajenny.my
Facebook: Auntea Jenny MY
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Mixue
Jenama ini pasti ramai yang sudah kenal, bukan? Semakin menjadi fenomena global, Mixue terkenal dengan menawarkan minuman menarik pada harga yang sangat berpatutan.
Kalau korang nak tahu, Mixue pada awalnya hanya menjual aiskrim namun seiring dengan peredaran zaman, jenama ini mengembangkan menu dengan pelbagai minuman teh sehingga menjadikannya destinasi popular bagi peggemar teh.
Laman web: Mixue Malaysia
Instagram: Mixue Malaysia My
Facebook: MIXUE Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Gong Cha
Merupakan jenama teh susu premium yang berasal dari Taiwan dan kini menjadi rangkaian teh susu terbesar di dunia termasuklah di Malaysia.
Antara minuman popular yang di sini seperti Earl Grey Milk Tea, Milk Foam Green Tea dan Peach Green Tea.
Laman web: gong-cha
Instagram: gongchamy
Facebook: Gong Cha Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Chagee
Satu lagi jenama teh premium yang semakin mendapat tempat di hati penggemar teh di sini, Chagee juga menawarkan konsep teh tradisional Cina dengan sentuhan moden.
Jenama ini semakin mendapat sambutan daripada pencinta teh dan golongan muda yang sukakan estetik dan rasa autentik.
Antara minuman best-seller mereka ialah White Peach Oolong Tea, Jasmine Green Milk Tea, Lychee Rose Oolong dan Melon Oolong.
Laman web: Chagee
Instagram: my.chagee
Facebook: CHAGEE MY 霸王茶姬
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikutla citarasa masing2...akak suka kopi lagi ...coffee latte...mmg peberet...jgn ada gula.kalau manis mmg akak x lalu nk minum coffee latte manis |
|
|
|
|
|
|
|
Macam aku selalu ckp..rakyat suka abiskan duit abis utk benda bodoh dan tak berfaedah..tp memekik-mekik maki kerajaan bila subsidi kena potong, harga barang semua naik...tapi sikap masing² tak nak berubah |
|
|
|
|
|
|
|
tertanya2 gak depa pengemar ke peminum air gula perasa teh/kopi. |
|
|
|
|
|
|
|
Drpd list atas tu, pernah rasa chagee, mixue and gongcha. Paling x boleh chagee, mahal rege dekat rm20 pstu x sedap. Gongcha penah beli 2x, rasa ok cuma mahal skit. For me, chagee overrated n mahal , kiranya kalau kopi, sama mcm starbuck. Mahal n x sedap. Pada SG lah, both brand lebih pada selling the lifestyle |
|
|
|
|
|
|
|
minum je kopi teh semua ni.. tp buat sendiri laa.. kita tak boleh minum susu cream dlm kotak tu.. biasa guna susu tin manis tu je la. jgn ler bubuh gula.. orang kampung kan.. tekak pun yg cara kampung je. |
|
|
|
|
|
|
|
Mixue ni aku suka lemonade 3-4 hengget tu jela.jenama lain pun ada minuman yg sama dgn price range yg sama.bagusnyer..haritu xyah pening2 cari lemon bila demam.bantai hari2 minum tu..kejap je baik deman tapi milk tea mahal2 mcm chagee tu aku dah xlayan |
|
|
|
|
|
|
|
Tea original le kalau campur creamer itu dah x original, kalau kepala lembab macam brain fogging atau mata mengantuk terus buat tea honeysuckle, kalau perut berangin terus buat tea halia kalau malas buat tea pergi makan timun nanas tembikai |
|
|
|
|
|
|
|
Betul juga.. Susu cair ada. Mujur tak nak letak gula lagi. Gula sekarang macam dah tak relevan lagi untuk sebarang minuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kt sabah ini suka minum teh lemon panas, tapi balik malaya mcm jaranf jumpa menu air lemon ini |
|
|
|
|
|
|
|
Penggemar teh tarik lebih suka teh kurang Manis tp rasa teh yg kuat.baru umphh. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib xsuka minom teh sgt. Aku selama2 prefer coffee. Tp mixue tu byk kali masuk la dah sbb ank2 aku menggelumpur nk mkn eskrim |
|
|
|
|
|
|
|
Mixue tu murah
Kat sini dkt dgn sekolah anak iols
Makanya ramailah budak2 sekolah gi beli tiap.kali habis sekolah..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 28-12-2024 06:08 PM
Baru je beli chagee ni minggu lepas, beli pun sbb anak iols hat darjah 2 tu byk kali duk minta sbb dia kenan ngn bag kertas chagee tu
Pastu kebetulan minggu lepas ada set bundle kucing oyen dan kelabu tu, mmg kaler kucing peberet dia
Gigih la beratur dah la tak tau nk beli air mana so ikut jelaa air yg dorang pilih sbb hat bundle tu mmg khas tuk air tertentu je
Yg hamunnya anak iols tak minum sgt pun dia nk cup dan paper bag tu je pun
Btw air teh chagee mmg tak manis eh? Iols risau gak igtkan manis leting sekali rasa lebih kurang air yg non sugar kalau iols order kat tealive/coffee beans/zus bagai tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|