Lama mengambil bersikap berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya muncul membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon dan model berkenaan.
Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.
Tidak hanya itu, Abdul Zackery mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun minta diceraikan.
"Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).
"Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk 'Muay Thaikan' saya.
"Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?," katanya kepada mStar.
Abdul Zackery mendedahkan perkara itu ketika mengadakan sidang media tergempar di kediamannya di Kuantan, Pahang pada petang Selasa.
Abdul Zackery mendedahkan pergaduhan mereka pada November lalu tercetus apabila Zahnita bertindak menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.
Rumah tersebut disewa Zahnita bagi menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal 2024.
Dakwanya, sejak memulakan perniagaan tersebut, Zahnita mula mengabaikan kebajikan anak-anak mereka yang membuatkan dia tidak berpuas hati.
"Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.
"Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya," ujarnya.
Dia mahu isterinya itu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.
Abdul Zackery memberitahu dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya kerana mahu mempertahankan hak anak-anak mereka yang diabaikan Zahnita.
Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.
Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.
Selain Abd Zayden, pasangan itu turut dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, dan Zahlia Syawwal, 8 tahun.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
agak2 la klu nk temberang...ishhh..dengan badan dia gedabak takkan dia boleh terkesan dengan tendangan Zahnita.. APOOOOO!harap2 si ZW ni mampu untuk hire lawyer lawan kes ni tak pun mesti ramai yg sanggup nk sponser lawyer utk dia..
Post time 7-1-2025 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pulak dah so saling membelasah? Lebam juga ke ko mamak? Kudrat laki dan pompuan tak sama kalau bergaduh. Kalau dah level menyalahkan camni baik la bercerai je
Post time 7-1-2025 06:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lama ko diam, hari ni baru nak buat statement. lama ye pk nak KELINGtong apa? lemah betul ko dgn badan sekeping bini ko tu. klakar statement
ko. cuba lagi ye
Post time 7-1-2025 06:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo ko yang kene muay thai.. nape ko tak report polis dulu.. body kurus kering camtu ko tepis pun melayang kot.. pastu u trust ur bini kaki pukul tu jaga anak?
Citer kat court je la mamak ui.. tengok sangkut ke idok..
Post time 7-1-2025 06:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak kuasa nak percaya jantan nih
Berkicap lebam zahnita based thread dulu of course mcm dibelasah seseorang
Lain lah kalau takat lebam mcm Ngai Tu iyelah akak tak caya piztinju Kaki pukul, Lebih kepada nak menepis muka Ngai yg annoying Tu terhantuk cermin Mata
Again....terlalu hitamkah hatiku sebab dari day one aku mmg rasa ada bau hanyir dlm kes dorang berdua ni, tapi aku tak kata aku sokong sesiapa apalagi nak sokong DV.
Aku nak jadi pembaca dan penonton je duduk atas pagar....ngehngehngeh
Post time 7-1-2025 07:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Plot twist
Jgn risau acik forum acik fb jap lagi akan relatekan dgn kisah masing masing bukan nak dgr sgt apa jadi dalam kain hal korang tapi lebih pada nak luahkan benda yg selama ni simpan sambil exaggerate terpaling teraniaya