CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12526|Reply: 29

Penyanyi ‘Bae Sobar Bae’ bebas penjara Narathiwat, menangis peluk suami terlepas tuduhan miliki dadah

[Copy link]
Post time 6-3-2025 12:42 PM | Show all posts |Read mode

PENYANYI lagu Bae Soba Bae iaitu Eda Ezrin, 30, dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil jenis yaba pada 1 November tahun lalu oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis.

Turut dibebaskan adalah suami Eda iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat rakan mereka Mohamed Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda sebanyak 4,000 baht atau RM526 setiap seorang.

Bagaimanapun tempoh penjara itu selesai disebabkan kesemua tertuduh berkelakuan baik.


Erdeka dan Zuhaira pula didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dan dikenakan denda 4,000 baht atau RM526.

Dalam pada itu, selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan mereka, Eda dan lima yang lain dilihat menangis dan berpelukan di kandang tertuduh.

Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotal di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 12:45 PM | Show all posts
belajar la dari kesilapan. susah orang nak terima dah bila dah penah kantoi ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkat ramadhan. Lepas ni jangan berjimba mendadih tak ingat dunia, jadikan pengajaran. Dah ada anak pun nak anak tau ke makpak pendadih penjoli?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 12:46 PM | Show all posts
fuhyoo..boleh lepas dongg
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I hope this is a lifetime lesson for them....jangan lagi ambil Dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga insaf kerana dapat peluang kedua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2025 12:59 PM | Show all posts
moga jadi pengajaran buat ke enam- enam mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beringat2 la lepas ni.
Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal ada duit khen
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 01:49 PM | Show all posts
berapa pelaburan nak dapat lepas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:32 PM | Show all posts
So dadah tu sapa punya sebenarnya???
Tiba2 aje ada kat bilik hotel tu ke?
Hebat peguam pembela mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:42 PM | Show all posts
power gak lowyer dia tu... brapa bayar ya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:00 PM | Show all posts
Biasala kes dadah

senang lps

janji ade duit maa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabel ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
6k pil dadah senang2 boleh lepas.

Bayo juta2 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:38 PM | Show all posts
Boleh lah beraya dgn anak2, masa pegi berjimba ke disko anak2 dgn sape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 03:38 PM | Show all posts
selipar_hijau replied at 6-3-2025 05:49 AM
berapa pelaburan nak dapat lepas tu?

Haritu family dia cakap lawyer mintak dalam sejuta kan, hasil tabungan dan derma ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 04:51 PM | Show all posts
tapi mengaku consume pil kuda khen....
baik makan babi jah... minum arak ka... takde kene tangkap... ke dah selalu??
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 7-3-2025 01:44 AM

Dorang dibebaskan drpd tuduhan membawa dadah sebab takde bukti. Dlm cctv pun tak nampak dorang bawa. So clearly bukan dorang pengedar. Tapi tuduhan mendadih tetap onz sebab positive waktu urine test itu hari kan jadi tu yg kena 6 bulan. Tapi tempoh 6 bulan dah dikira tamat kerana berkelakuan baik sepanjang dalam tahanan yg skrg ni. So maksudnya dah bebaslah tu. Boleh balik sambung bae sobar bae. Tengok mukanya takdelah mcm penagih tegar maybe ambik suka suka je mcm social smoker gitu bila lepak dgn circle dia. Tapi tang tu lah kena tangkap khennn.. Padan muka. Laki bini tak boleh diharap jadi contoh utk anak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 6-3-2025 09:47 AM
Dorang dibebaskan tuduhan membawa sebab takde bukti. Dlm cctv pun tak nampak dorang bawa. So clearly ...

tq cuols rumuskan.
agaknya pil yg 6kg mcm ‘menu’ la kan, ada org hantar pastu kena pilih ‘menu’ nak yg mana

semoga menjadi pengajaran. 6bln di lokap telen
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.179533 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list