CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17411|Reply: 116

Syasya Rizal lancar lagu dengan Fazura, tunjuk wajah anak dalam muzik video

[Copy link]
Post time 8-3-2025 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 8-3-2025 11:37 AM


PENYANYI Syasya Rizal membuat kejutan apabila mendedahkan wajah bayi lelakinya dalam muzik video single terbaharunya berjudul Raya Pum Pang.

Dalam muzik video tersebut, Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, dilihat memangku seorang bayi lelaki menerusi salah satu babak di meja makan.

Kehadiran bayi tersebut menarik perhatian netizen yang bertanya sama ada itu adalah anaknya.


Tanpa berselindung, Syasya mengaku bayi lelaki itu adalah kemunculan pertama anaknya iaitu Yassir Hayyan untuk tontonan umum.

"Ya awak, Yassir debut," katanya.

Tidak hanya itu, Syasya turut membuat kejutan menampilkan Fazura sebagai rakan duet dalam lagu Raya Pum Pang.

Kolaborasi dua penyanyi berkenaan dilihat berjaya menambat hati peminat yang rata-ratanya memberikan pujian.

Sementara itu, Syasya berkata dia berharap agar peminat terhibur dengan lagu nyanyian mereka untuk sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

"Saya harap korang suka dengan lagu raya istimewa daripada kami. Mari kira ber 'Raya Pumpang' sama-sama okay," ujarnya.

Sebelum ini ketika temu bual bersama mStar, Syasya memberitahu bakal membuat kemunculan dengan lagu raya yang akan dilancarkan pada 7 Mac.


Kata Syasya, pelancaran lagu tersebut menjadi hadiah buat peminat yang sudah sekian lama rindu mahu mendengar suaranya.

Pada 8 April tahun lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla atas faktor peribadi.

Keputusan itu ternyata dilakukan kerana penyanyi itu melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024.


Sumber: mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 01:36 PM | Show all posts
tak best sebab ada pajura biase2 jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dgr separuh....walaupun suara x de umph tapi lagu ni boleh jd lagu raya untuk setiap tahun akan dtg...mana tahu satu masa nanti 10 tahun akan dtg akan jadi lagu evergreen raya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay. Catchy.. walaupun sedap lagi lagu apatu...alamak.. alamak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai sopan tapi gedik2 goyang badan xmolek nau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu catchy, ok je.. Tapi macam bosan pulak kalau dengar banyak kali.. Dengar separuh pumpang2 je haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak dak ca mcm tak puas mengelinjat
Kemain melentik2 badan
Dengan taik lalat atas bibir nampak kak nam betoolll
Aku syak lps ni terbang tudungnya
Kemudian keluar la statement, hidayah itu milik Allah
Doakan sy terbuka hati semula
Puiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak malu ke ek? Nenek dia ke?. Kata nak stop dah dan further study.
If I, malunya Aku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang x suka fazura nyanyi..tapi suka lagu ni sebab ada mesej yang jelas nak disampaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Syasya ni tak cantik pun... Tak tau ape pakej dia utk jadi artis selain drpd kontroversi keluar dolla, kahwin dan beranak. Suara pun so-so.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneem replied at 8-3-2025 02:24 PM
Nampak dak ca mcm tak puas mengelinjat
Kemain melentik2 badan
Dengan taik lalat atas bibir nampak ka ...

Bulan2 puasa pun tetap maintain ya mengutuk,mengata orang?
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 8-3-2025 02:27 PM
Dia tak malu ke ek? Nenek dia ke?. Kata nak stop dah dan further study.
If I, malunya Aku!

Tp memang dia tgh sambung study kan? Meols tengok dia up content jawab final exam masa dalam ke lepas pantang ntah kt MSU..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 8-3-2025 02:19 PM
Okay. Catchy.. walaupun sedap lagi lagu apatu...alamak.. alamak

Ha ah ada vibe “alamak raya lagi” lagu ni. Pencipta lagu yg sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku juga MV lagu ni di utube...dah nk cecah 72k view x sampai 24jam..lagu biasa je..tp lirik dan mesej amat bagus...mv pun ok..sesuai dgn norma Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 8-3-2025 03:15 PM
Bulan2 puasa pun tetap maintain ya mengutuk,mengata orang?
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah

Kalau koyak jgn join forum siang2 hari nyahhh
Berbuka baru masuk
Tu pun kalau tak terawih le
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 04:05 PM | Show all posts
Cantik Fazura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 04:25 PM | Show all posts
aku dengar berapa baris je lagu raya penyanyi2 hauk xreti nyanyi ni.walau tak suka suara nadeera versi studio rela lagi dengar lagu raya nadeera ,hael
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 8-3-2025 03:01 PM
Syasya ni tak cantik pun... Tak tau ape pakej dia utk jadi artis selain drpd kontroversi keluar doll ...

Tak cantikke.. aku tgk cantik jee.. kenkadang aku ni hairan jgk bila kenkawan aku ckp.. emm tak de le lawa.. aku tgk sipolan tu lawo..kenkawan aku plk kata sipolen tuu cantiknyaaa.. aku tgk plk biasajee..  nape ek.. mate aku kero ker.. mcm pajura bg aku muka dia biasa jee . Tp acik forem ckp fajura lawoo..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneem replied at 8-3-2025 03:56 PM
Kalau koyak jgn join forum siang2 hari nyahhh
Berbuka baru masuk
Tu pun kalau tak terawih le

Mcm sis je yg koyak bunyi nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 8-3-2025 02:21 PM
Pakai sopan tapi gedik2 goyang badan xmolek nau.

Tu la kalau masih nak goyang2 takyah la pakai tudung patutnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073865 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list