CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8845|Reply: 20

Isteri Aliff Syukri tak percaya orang luar, sanggup luang masa teman anak bekerja

[Copy link]
Post time 9-3-2025 10:13 AM | Show all posts |Read mode

DEMI memastikan keselamatan terjaga, isteri usahawan Datuk Aliff Syukri sanggup menemani anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra jika mempunyai urusan pekerjaan di luar.

Melihatkan perkembangan Qadejah dalam dunia hiburan, Datin Seri Shahida, 40, berkata dia tidak mempercayai mana-mana individu untuk diberi tanggungjawab dalam menjaga anak perempuannya itu.

"Dulu kita jaga dari kecil, bila tengok perkembangan dia tak sangka pula sekarang dah menyanyi pula.

"Bagi saya dia kena pandai jaga diri, sekarang ini dia pergi bekerja pun saya kena teman sebab dekat luar tu ada macam-macam orang.

"Walaupun saya sibuk, saya tetap akan luangkan masa untuknya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu dia tidak pernah menghalang minat Qadejah sekiranya remaja itu ingin meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan.

Kata Shahida, Qadejah dilihat mengikut jejak langkah bapa dan neneknya iaitu usahawan Rozita Ibrahim yang mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi.

"Saya sokong sahaja apa yang dia lakukan. Kadang-kadang saya tak sangka dah besar anak saya, sedih juga.

"Antara anak-anak saya memang nampak Qadejah ni lebih ke depan dalam dunia hiburan sebab memang dia minat.

"Dia pun pandai bercakap. Saya tak pernah latih dia untuk berkomunikasi, saya beri pendidikan sama kepada semua anak-anak tetapi mungkin Qadejah ada bakat tersendiri yang diwarisi daripada nenek dan bapanya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Qadejah muncul dengan lagu raya baharu berjudul Raya GenZ nyanyian bersama anak perempuan usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B, Alyssa Dezek dan Puteri Azzahra.

Muzik video Raya GenZ sudah boleh ditonton di saluran YouTube bermula 28 Februari lalu.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia ni tua sebelum usia
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya baju
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:46 AM | Show all posts
anak ppuan dia ni, dgn abg nya speaking english berabuk ekk..
tak sambung belajar ke anak ppuan dia ni?
skrg dok nyanyi lagu raya gen z dgn cik b n the geng plak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:09 AM | Show all posts
Dah macam 25+ dah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 11-3-2025 07:46 AM
anak ppuan dia ni, dgn abg nya speaking english berabuk ekk..
tak sambung belajar ke anak ppuan dia  ...

baru 15 tahun uiiiiii sebenarnya..ofcourse la still lagi bersekolah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2025 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Family depa ni model leeyanarahman ke hijabistahub ye..ke dua2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah baru 15 tahun ka?
Gambar ni sekali pandang mcm Dua Lipa pakai tudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:30 AM | Show all posts
dia makeup tu nampk lebih berusia...klu tak makeup elok je nmpk remaja nya...

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:10 PM | Show all posts
seripahzeripah replied at 11-3-2025 08:36 AM
baru 15 tahun uiiiiii sebenarnya..ofcourse la still lagi bersekolah..

lahhhh ku imegin kan dah abes skool..
tinggi anak ppuan dia ni, kalau live kat shopee dia lah jd model nya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:20 PM | Show all posts
Muka dia sesuai je dgn usia. Mungkin sbb make up sbb tu nampak berusia. But still nampak cantik di mata iols....

Betul la tindakan mak dia menjaga anak dara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 11-3-2025 03:28 PM

Aku kagum ya anak Dato' Alepp yg perempuan ni. Sangat cantik,bahasa cantik,pandai berkomunikasi dan comel kadang2 kata buat live sama bapak dgn abgnya. Abgnya amaryan plak malu2 dan simple orgnya..xsgka anak2 Alif cmni elok perangai. Yg sulung tgk baiknya mashaAllah elok sopan dan xnmpk beriya anak orang kaya..terima je apa bapak bagi..sayang adik2. Xde nak flex2..mungkin bapak dia dah tapau habis perangai menggeletis xtinggal ke anak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:43 PM | Show all posts
budak ni tak sangka baru umo 15.. cantik. muka sebijik mak dia. mulut pulak sebijik mulut alipsokri. kecoh.. i tgk dia live dgn anak aziz m osman tu.. yg tu pendiam ye walaupun dia yg dari kecik jadi host la mcm2.. anak alip ni mmg natural kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo nk jadi penyanyi ke dh cukup tibuanita mak bapak sambung anak pulak.jadi pelakon,pengacara baru x rengsa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Myeramie replied at 11-3-2025 03:51 PM
Apo nk jadi penyanyi ke dh cukup tibuanita mak bapak sambung anak pulak.jadi pelakon,pengacara baru  ...

Mak kecik2 penyanyi. Konon nak anak sambung legasi

I dulu ada beli cd mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 11-3-2025 03:26 PM
Aku kagum ya anak Dato' Alepp yg perempuan ni. Sangat cantik,bahasa cantik,pandai berkomunikasi dan  ...

Sedara aku yg dok kt obersi baik dgn alep...sedara aku ckp alep gila² masa buat content jer.. kalau x buat content dia normal...tgk anak² dia baik jer...tp aki tak gemor dgn alep ni ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ubah muka cucuk sana sini tau Qadeja. Dah cukup helok cukup lawa dah awak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 05:17 PM | Show all posts
lagu hauk , bideo pun selari dgn lagu

mmg sah sah ikut jejak langkah apaknya si belut letrik
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 11-3-2025 04:00 PM
Sedara aku yg dok kt obersi baik dgn alep...sedara aku ckp alep gila² masa buat content jer.. kal ...

Ya noks. Ada video Alif bersama anak2. A day life with anak2 rasanya..normal je wak. Elok plak perangai. Suka aku tengok video dia hadiah kan qadeja ni gajet. Suruh ambik yg murah2 je. Qadeja nk yg mahal dekat rm1k. Bebel la abah dia normal la bapak2 suruh jimat2 la apala. Qadeja xpuas hati ungkit la amaryan abah belikan jam mahal2. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa anak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.373071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list