CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6157|Reply: 23

[Jenayah] Melakukan Penganiayaan, KK Mart Menyimbah Air Panas Dekat Binatang!

[Copy link]
Post time 10-3-2025 08:02 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka yang tular kerana menyimbah air panas ke atas seekor anjing telah dikenakan tindakan buang kerja.

KK Super Mart dalam kenyataan memaklumkan, kontrak kakitangan terlibat ditamatkan serta-merta berikutan tularnya kejadian tersebut.

“Siasatan dalaman dijalankan dan pihak kami sudah mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit.

“Kakitangan itu dipanggil semula ke ibu pejabat dan setelah semakan dibuat, kontraknya ditamatkan serta-merta. Kami menyedari insiden ini dan mengambil perkara ini dengan sangat serius.

“Di KK Super Mart, kami dengan tegas mengecam sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan tidak bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.

“Kami juga sudah menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia untuk menanggung kos rawatan perubatan haiwan berkenaan,” katanya pada Ahad.

Terdahulu, tindakan pekerja itu tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dimuat naik di laman sosial Facebook Fauziah Paws Care.

Menerusi rakaman itu, individu berkenaan dilihat mengisi air dari mesin pemanas ke dalam cawan sebelum menyimbah ke arah anjing yang berada di pintu masuk premis.

Tindakan individu tersebut mendapat kritikan warga maya yang menyifatkan ia sebagai tidak berperikemanusiaan dan difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menglembu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2025 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
'KK Super Mart dalam kenyataan memaklumkan, kontrak kakitangan terlibat ditamatkan serta-merta...'

Tapi ada ja majikan yang bekap staff tembak anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 08:21 AM | Show all posts
isunya anjing liar....bila suruh majlis ambil tindakan, ramai pulak menyalak cakap anjing tak kacau orang la...

aku tak kata tindakan dia simbah air panas tu betul, ko simbah air biasa atau halau je pun boleh...


sebab KK mart, speedmart selalu sangat anjing2 lepak depan pintu kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 08:52 AM | Show all posts
Isunya tak perlu la simbah air panas. Kita pun kalau kena air panas melalak satu taman perumahan apatah lagi binatang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:06 AM | Show all posts
iols bukan nak menyokong tindakan staff ni.. ye penganiayaan haiwan memang x boleh terima akal.. binatang pun ade deria rasa..

kalau pasal anjing liar ni mmg iols geram... iols tetiap bulan kadang tiap 2-3 minggu sekali anto komplen ikut sispa.. pasal anjing liar ni.. siap gambar... siap video .. siap gi tau bila waktu aktif...

alih2 dlm email dari majlis ckp ape.. tindakan telah diambil... entah bila la depa buat operasi... bile lepas 2 minggu iols send lagi.. pic adn video baru tauu end up.. derang ckp... kawasan covarage terlalu besar.. x mampu cover.. iols mmg fedup... yg beranak pinak... yg menyepahkan sampah.. dalam le jiran belakang iols ni pengotor.. plastik sampah main campak je.. anjing dok koyak plastik dia.. ade tong smapah pun x guna...  x ditutup.. mmg la ajnjing tu beraya la menyepah...

salah penduduk ke kawasan coverage terlalu besar? hanya semata iols ckp suspect anjing2 liar ni dtg dari kawasan industri seberang jalan je ke?? mentang2 la iols ni sempadan.. iols nak cari la.. kawasan industri seberang jalan ni kawasan majlis yg sama ke idok.. eii gerammm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2025 09:08 AM | Show all posts
n3ar replied at 10-3-2025 08:21 AM
isunya anjing liar....bila suruh majlis ambil tindakan, ramai pulak menyalak cakap anjing tak kacau  ...

sangkar utk anjir dan kucing penuh, ubat plak xde stok sbb tu majlis biarkan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:34 AM | Show all posts
kkmart sni pn slalu nmpk anjing liar lepak
dh dibuka 24jam
dorg serba Salah, nk halau jadi cmni
tak halau, kene kencing, berak sapa nk cuci?

igt antara tugas jadi staff kkmart kene basuh kencing berak anjing/kucing ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 09:44 AM | Show all posts
n3ar replied at 10-3-2025 08:21 AM
isunya anjing liar....bila suruh majlis ambil tindakan, ramai pulak menyalak cakap anjing tak kacau  ...

Kalau anjing liar tidak menyerang manusia tetapi suka makan haiwan yang lebih kecil, kenapa harus disimbah air panas kan

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa air panas. air sejuk tk boleh ke.
buat baik pasti balasan nya baik jugek
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 10-3-2025 09:08 AM
sangkar utk anjir dan kucing penuh, ubat plak xde stok sbb tu majlis biarkan dulu


boleh jer letak kt tempat 'majlis' simpan barang sita...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-3-2025 11:25 AM
kenapa air panas. air sejuk tk boleh ke.
buat baik pasti balasan nya baik jugek

"kita dh sakit hati sgt tau..majlis buat bodo jer"-
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 12:04 PM | Show all posts
Mungkin anjing tu panas sebab itu suka tidur di pintu masuk kk ada aricond.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 12:07 PM | Show all posts
Aku berdoa manusia yang menzalimi haiwan ini hidup terseksa dunia dan akhirat, Amin yarabbal alamin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 03:04 PM | Show all posts
Baru perasan tajuk benang misleading bordering fitnah. TT ni tak puasa ka?


nota kaki: tak puasa pun fitnah berdosa tapi kalau puasa ni biasanya hati ada takut sikit sebab penat berlapar
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 07:25 PM | Show all posts
Edited by miss_white at 10-3-2025 12:28 PM

kakitangan yg di tamat kn kontrak serta merta ituBangla ka local
Aku nk tahu itu je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 10-3-2025 08:21 AM
isunya anjing liar....bila suruh majlis ambil tindakan, ramai pulak menyalak cakap anjing tak kacau  ...

lepak kat jalan kalo accident manusia gak yg maki,lepak kat taman pon ada gak manusia bising menggangu dyorg nk beriadah,lepak kat kaki lima bangunan pon ada gak manusia x puas hati,dh tu mana patut haiwan2 ni pergi???dok hutan pon manusia gak yg g tebang pokok2 nk bangunkan kawasan...sapa je yg nak tinggal kat tepi jalan,haiwan2 ni pon kalo boleh mesti nk ada tempat yg selesa,ada makan minum,ada tempat baring,ada tuan untuk sayang dyorg tapi x semua yg bernasib baik...hidup sbgai haiwan jalanan ni susah kut,kalo kita xleh tolong janganlah susahkan lagi hidup dyorg
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 11-3-2025 01:23 AM
lepak kat jalan kalo accident manusia gak yg maki,lepak kat taman pon ada gak manusia bising mengg ...

Tau takpe..iols kan masa kecik ada terbaca satu cerita dlm series Enid Blyton yg menyebabkan iols tersedar benda ni..mana la diorg nak pergi? Campak hutan pun nnt babi2 kategori manusia pi gondolkan hutan pula..cam siel..balik2 nk bina perumahan baru pastu harga yahudi takde yg beli pon..silalah beli rumah preloved pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 11-3-2025 01:23 AM
lepak kat jalan kalo accident manusia gak yg maki,lepak kat taman pon ada gak manusia bising mengg ...

Kesian jd stray dog ni. Serba salah semua tak kena. Dorg cuma tumpang sejuk kedai ja tu. Halaman rumah I selalu ada anjing tumpang tidur tak pernah rasa nak siram. Nak tau hati perut org tu senang ja tgk cara dia layan haiwan stray.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:28 AM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 10-3-2025 09:06 AM
iols bukan nak menyokong tindakan staff ni.. ye penganiayaan haiwan memang x boleh terima akal.. bin ...

sbb tu ada org cadangkan gomen kena wujudkan gak 1 tempat perlindungan/ penempatan anjing2 jalanan.. kan kita ada tempat serupa untuk kucing2 jalanan mcm kat cyberjaya ngan klang.. patot untuk anjing pown kena ada gak.. kumpulkan dorg kat satu tempat

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.313988 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list