CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5381|Reply: 44

Kak KM beli 4 rumah untuk setiap anak, kalau meninggal pun tak risau

[Copy link]
Post time 10-3-2025 03:47 PM | Show all posts |Read mode


Tindakan usahawan sensasi Liana Rosli membeli sebuah rumah untuk setiap anak-anaknya mendapat perhatian ramai.

Netizen menganggap anak-anak Liana atau mesra disapa Kak KM insan bertuah kerana wanita itu bukan sahaja pemurah tetapi bijak merancang masa depan mereka.

Liana memberitahu sudah lama menyimpan hasrat membeli rumah buat empat orang anaknya kerana bimbang dengan masa depan mereka.

  


Kata Liana sebagai ibu dia ada perasaan bimbang dengan kehidupan mereka sekiranya suatu hari nanti dia ditakdirkan pergi dahulu.

“Saya tidak tahu masa depan macam mana, umur panjang atau tidak. Alhamdulillah Allah beri rezeki lebih dan memang saya akan utamakan kebajikan anak-anak.

“Saya kena bersedia, kalau jadi apa-apa pada saya, sekurang-kurangnya mereka tidak terbiar,” katanya kepada mStar.

Tidak bersikap memilih kasih, Liana memberitahu kediaman yang dibelikan untuk anak-anaknya bernilai RM1 juta setiap orang.

“Saya anggarkan setiap rumah untuk seorang anak bernilai RM1 juta. Biasalah harga di bandar memang begitu. Rumah ada tiga bilik tidur dan dua bilik air.

  


“Kalau nak dapat rumah lebih besar dengan harga itu memang kena duduk kawasan luar bandar tapi saya tidak mahu sebab tidak pandai bawa diri di kampung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Liana memberitahu selain rumah dia juga sudah menyediakan simpanan dan kereta buat kesemua anak-anaknya.

Kata Liana, dia berharap sekiranya dia pergi terlebih dahulu tidak meninggalkan sebarang beban kepada keluarganya dan telah menyediakan keperluan untuk mereka meneruskan kehidupan.

“Insya-Allah kalau saya mati, tidaklah tinggalkan beban pada mereka. Saya pun tak mahu mereka terkapai-kapai tidak tahu hendak tinggal dengan siapa,” katanya.

  


Sementara itu, Liana tidak mengizinkan anak-anaknya tinggal berasingan selagi mereka belum berumah tangga.

“Buat masa ini mereka masih tidak duduk di situ lagi, saya letak syarat untuk mereka khawin dulu baru boleh tinggal di rumah mereka.

“Mereka tidak akan boleh tidur luar, kalau pukul 11 tak balik rumah memang saya akan hubungi mereka," kongsinya.

  


Sebelum ini, Kak KM berkongsi dia bersama keluarganya memasuki sebuah rumah yang sudah lengkap dengan perabot dan sedia untuk dihuni.

Katanya, kediaman berkenaan milik anak ketiganya iaitu Rania selepas membelikan rumah buat anak pertama dan kedua.

Untuk rekod, Liana dan suaminya Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 10:19 PM | Show all posts
ramai eh sokong maju serapat poen minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku sgt ke jamu dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya betul ek dia ni? Selain jual jamu perapat tu ada berjualan brg lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli cash ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:50 PM | Show all posts
kaya nyeee... bagusla dah ada plan utk anak...
kalau derhaka jugak taktau laaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2025 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ye lah tu...ahakss
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kayanya.. untung lah anak2, cuci kaki je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 06:46 AM | Show all posts
Kaya kan…syukur Alhamdullilah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Meninggal risau pasal harta dunia untuk anak2....

Kalau org2 alim ni..meninggal risau lain...anak2 yg ditinggalkan lain cara fikir...


Hampon...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-3-2025 06:51 AM
Meninggal risau pasal harta dunia untuk anak2....

Kalau org2 alim ni..meninggal risau lain...anak2  ...

Ya kak Noor..
Ntahla..fikiran orang lain2
UTK kita2 marhaen ni ckup BG pendidikan dunia akhirat je secukupnya..
Harta dunia cari sendiri..kita pun parents xsusah mana cume masing2 berdikari..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 11-3-2025 07:00 AM
Ya kak Noor..
Ntahla..fikiran orang lain2
UTK kita2 marhaen ni ckup BG pendidikan dunia akhirat je ...

Mcm laki akak la..bila akak suarakan luahan hati ttg masa depan..dia jawab tegas , masa depan adalah kerja Allah...yg penting buat jela yg baik2 masa sekarang...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Erk better sediakan duit simpanan je, anak tu kalau mmg keje kat area situ ok laa
Kang tahu2 duk negeri/negara lain ke apa cemana?

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp anak2 jaga ya rumah tu..untung korang tak perlu susah payah beli dah
Aku pernah baca ngl mak ayah beli kan rumah..dh besar.. maintenance rumah tu tinggi ya la rumah dh 20 tahun kan..pehtu terus pikir nk jual then beli rumah baru..haru betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:04 AM | Show all posts
Atok i ols anak 7 pon sediakan sorang 1 rumah dan sorang 1 tanah 1 ekar beserta kebun durian & rmabutan...terpulanglah masing2 nak sewakan atau duduk ...6 anak perempuan dia semua xkerja nasiblah ada rumah sorang 1, risau katanya kalau ditinggal suami anak xda rumah...org sekarang berbeza, harga rumah & tanah sgt mahal, xperlah kita sediakan ilmu dan didikan agama yg baik semoga mampu mencari harta sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg jamu die menjadi weh.. haha.. mmg perangai die seksi2 .. tp jamu die mmg menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-3-2025 07:11 AM
Mcm laki akak la..bila akak suarakan luahan hati ttg masa depan..dia jawab tegas , masa depan adal ...

Betol sama suami kita pun camtu..lelaki ni simple je fikiran dia. Masa sekarang usaha dan kerja je. Ada duit guna. Masa depan rezeki lain..xyah kalut2 fikir masa depan itu ini. Ada rezeki lebih simpan..takda guna jelah sampai habis dah setakat itu rezeki kita sekarang ni. Redha dan banyak2 bersyukur. Gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Isninselasarabu replied at 11-3-2025 12:00 PM
Mmg jamu die menjadi weh.. haha.. mmg perangai die seksi2 .. tp jamu die mmg menjadi

Menjadi cmne weh..cuba story ckit. Aku nak tau..dah dekat 40 ni rasa nak cuba2 jamu la..tapi xtau apa nak try
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyuk eh bizz dia
Sb tgk faunder2 ni kaya dia x agak2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata rm1 juta tapi rumah biasa2 tu area kl kot.
Kat belah selangor rumah teres 600k rasa ada lagi.
Apa2 pon tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.958459 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list