CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 35725|Reply: 0

[Kedah] OKU penglihatan buka maahad tahfiz ajar ngaji

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:26 AM | Show all posts |Read mode
OKU penglihatan buka maahad tahfiz ajar ngaji

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 Februari 2026 09:40am




Mahamad Hafizul





SUNGAI PETANI - "Niat yang pertama nak ajar mengaji, kedua nak bukti pada masyarakat bahawa orang kurang upaya (OKU) penglihatan macam saya boleh buat benda lain selain buka kedai urut refleksologi”.

Demikian kata Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Imam Abu Hanifah di Bandar Puteri Jaya, Mahamad Hafizul Sham Mahamad Hanafiah, 43, yang mengusahakan pusat pengajian itu dengan menempatkan 14 pelajar lelaki berusia bawah 12 tahun.


"Terdetik di hati saya, orang tak nampak (buta penglihatan) yang ambil bidang refleksologi ada murid dan sebagainya boleh buka kedai urut, takkan saya yang ambil bidang tahfiz tak boleh buka maahad tahfiz?

Saya mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia mempelajari bacaan al-Quran Braille ketika menerima pendidikan khas di Jabi sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Derga, Alor Setar.


Katanya, al-Quran Braille tersebut jenis bercetak yang mempunyai enam jilid dengan lima juzuk bagi setiap satu disalurkan oleh Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

“Tapi sekarang lebih mudah dengan al-Quran Braille digital sumbangan eBrelle.

Kalau nak beli tak mampu, kosnya ribuan ringgit," katanya yang juga huffaz 30 juzuk.


Beliau dalam masa sama berharap masyarakat terus memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap golongan sepertinya.

https://www.sinarharian.com.my/article/766331/berita/laporan-khas/oku-penglihatan-buka-maahad-tahfiz-ajar-ngaji


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list