Post Last Edit by Santeira at 13-7-2011 08:38
Adapun kisah ini ditulis bukanlah untuk menimbulkan perasaan mengaibkan, mencurigakan, kesangsian, bermegah diri atau yang seagkatan dengannya. Tetapi untuk berkongsi pengalaman sebagai hiburan dan pedoman di masa akan datang. Kisah ini adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata, mungkin jalan penceritaan di ubah sedikit untuk mencantikkan pemahaman pembaca. Watak-watak yang saya sebut dalam cerita ini mungkin sudah meninggal dunia atau hilang tanpa di kesan. Jadi kepada sesiapa yang berkenaan yang membaca cerita ini harap memberi kerjasama dalam perkongsian pengalaman ini.
Dari mana saya ingin mulakan. Mungkin pengalaman seram semasa saya sedang belajar di sebuah IPTA di Shah Alam. Kisah ini bermula di rumah bujang Seksyen 17.
Rumah bujang diseksyen 17
Selepas menamatkan Diploma, saya terus menyambung pelajaran dalam bidang Degree di IPTA yang sama. Jika dulu saya duduk di kolej atau asrama tetapi melangkah ke bidang Degree terpaksa mencari rumah sewa. Rumah puaka tersebut terletak di seksyen17, Shah Alam. Kisah bermula apabila abang angkat saya seorang ustaz mengajak untuk menyewa sebuah rumah berkembar 2 tingkat di S17 kerana sewanya murah. Saya terus setuju. Rumah tersebut sudah lama tidak berpenghuni (mungkin hanya jin yg duduk rumah itu kot.. ) hanya di jadikan markas sebuah parti pembangkang di negara kita. Persetujuan di buat kerana terdapat 2 buah bilik kosong di tingkat atas dan tidak digunakan. Pada hujung minggu rumah itu di gunakan untuk perjumpaan, mensyuarat dan tempat perkumpulan ahli-ahli parti yang sememangnya menjadikan tempat itu markas.
Terdapat 3 kisah menarik yang ingin saya kongsikan dimana kejadian aneh yang sukar di jelaskan. Sebulan pertama saya duduk di rumah tersebut tiada apa2 perkara pelik berlaku. Ustaz Suhaimi yang jugak rakan sebilik dan serumah selalu on/off dari rumah itu. Kerana sibuk mengajar dan berceramah dia jarang duduk rumah dan kesudahannya saya duduk sorang-sorang. Tanpa TV, tanpa komputer, tanpa member, dalam rumah itu kosong. Student kan.. mana mampu sediakan semua tu. Rumah itu guna utk tidur sahaja.
Kisah pertama bermula apabila seorang rakan ustaz menumpang dirumah kami. Namanya abg Zul. Dia nak menumpang sebulan sahaja kerana selepas itu dia akan berkahwin. Setelah duduk beberapa hari di rumah berkenaan dia mula bercerita pada saya.
“kau tak rasa apa-apa kah semasa duduk rumah ini sendirian?”
“tak rasa apa-apa pun, kenapa?” balasku hmy3:
“mungkin kau seorang student yang menumpang di rumah ini hanya untuk study sebab itu kau takdi ‘kacau’ ” kata abg zul selamba
Aku terkejut kerana tiada dalam sangkaanku rumah ini berhantu atau berpuaka. Abg zul bercerita.
Pada suatu petang setelah abg zul balik dari kerja kira jam 2-3 ptg dia terus naik ke atas, kebilik untuk berehat. Oleh kerana penat kerja (hari sabtu masa tu) dia bercadang nak lelap kejap. Tengah dia hampir terlelap terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Abg zul pelik, takkan ada orang dalam rumah ini atau siang-siang ada hantu. Dengan perasaan ingin tahu abg zul jenguk apa yang berlaku dari tangga tetapi tiada apa-apa berlaku. Pada masa itu aku sedang kuliah. Setelah berniat untuk menyambung tidur sekali lagi bunyi riuh di tingkat bawah. Dengan perasaan tidak puas hati abg zul jenguk sekali lagi, pun tiada apa2 kelihatan. Kemuncak misteri itu apa bila bunyi bising kali ketiga berlaku lagi. Setelah bangkit dari tempat tidur abg zul terasa ada sesuatu yang tak kena. Kali ini terdengar suara kanak-kanak ketawa sambil berlari-lari. Dengan kudrat dan semangat yang ada abg zul gagahkan diri melihat apa yang berlaku di tingkat bawah.
Ternyata kali ini kelibat makhluk berambut panjang pantas berlari di bawah tangga menuju ke ruang tamu. Abg zul yang terkedu di atas tangga cepat-cepat berlari masuk bilik dan duduk beristigfar banyak-banyak. (Tiba-tiba aku jadi seram plak.. ) tengah dia duduk deria pendengarannya hilang. Abg zul tidak dapat mendengar bunyi kereta lalu lalang depan rumah. Seolah-olah dia dibawa ke alam lain. (Orang tua-tua kata jangan tidur lepas Asar.. ini lah akibatnya.. ) Tetapi penunggu rumah itu silap orang. Abg zul bukanlah org sembarangan. Dia adalah pengamal ilmu batin dari seni silat yang dia pelajari. Dengan beberapa potongan ayat yang di baca, dia terlepas dari gangguan penunggu rumah itu dari terus ‘bermain’ dengan beliau. Tanpa di sedari senja berlabuh dan azan maghrib berkumandang. Mungkin kebetulan sahaja penunggu rumah itu menghabiskan misi mengganggu abg zul sebab dah maghrib.
Aku yang mendengar cerita abg zul seakan-akan tidak percaya apa yang diceritanya. Takut? hmy3: Seram? Selama ini aku tidur sorang2 saja dalam rumah ini. Adakah ‘dia’ memerhatikan aku saja sebab niat aku suci menumpang rumah hanya utk tidur dan study. Kalaulah aku berfikiran sempit sudah lama aku blah dari rumah ini. Tetapi aku khalifah di muka bumi ini so apa nak takut..
Kisah kedua menyusur kemudian.. saya nasihatkan parapembaca membaca kisah kedua ini pada waktu siang melainkan anda benar-benar berani menyahut cabaran kisah seram ini. Terutama kisah ketiga ini yang berlaku sendiri pada diri penulis.... |