CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10890|Reply: 31

Rumah Pasung Raub; warisan TERtua!!

[Copy link]
Post time 10-7-2011 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Warisan tertua bandar Raub






TRIO pembunuh kejam negara, Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail dan suami, Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantunya, Juraimi Hussin, pernah ditahan reman lebih kurang tiga minggu di dalam bangunan yang berusia 105 tahun ini.

Pasangan bomoh yang terkenal dengan ritual pemujaan untuk menarik duit itu kemudian didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993 di Kampung Peruas, Ulu Dong, 20 kilometer dari bandar Raub, Pahang.

Ia bukan tragedi kematian biasa, tetapi dianggap sebagai kes pembunuhan tragik lagi mengerikan.

Memetik kata-kata Timbalan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad ketika menghujah balas untuk membantah rayuan tiga penjenayah tersebut di Mahkamah Rayuan pada tahun 1997, Juraimi dalam keterangannya memberitahu, dia memotong leher Datuk Mazlan dengan kapak yang dipegang.

Cebisan mayat Mazlan yang dipotong kepada 18 bahagian ditemui ditanam di dalam lubang bahagian stor yang terletak di belakang rumah Mona Fandey.

Dipercayai, cebisan daging itu ditanam secara berperingkat dengan keadaan berdiri secara menegak bermula daripada kaki hingga ke kepala.

Sebagai langkah terakhir, lubang tersebut ditutup dengan bancuhan simen dengan harapan tiada bukti yang dapat ditemui.
Bagaimanapun dengan kecekapan polis dan pihak perundangan, ketiga-tiga pembunuh kejam ini akhirnya menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lapan tahun selepas itu.

Mereka digantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor.

Bangunan tertua

Di sisi lainnya, tidak keterlalauan jika dikatakan nama daerah Raub turut mendapat tempias ekoran tragedi berdarah itu.
Jika sebelum itu, nama Raub hanya terkenal dalam kalangan warga setempat dan pengguna laluan alternatif untuk pulang ke Kelantan, selepas Julai 1993, ramai yang berminat untuk mengenalinya.

Terletak 110 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, Raub sebenarnya mempunyai lakaran sejarah dan perkembangan urbanisasi yang menarik.

Daerah yang terletak di antara antara dua banjaran, iaitu banjaran Utama dan banjaran Gunung Benom itu tidak hanya kaya dengan hasil hutan dan kayu-kayan malah dilimpahi dengan logam emas di kawasan sungainya.

Dek tarikan alami yang melimpah-ruah itu, British mula menjalankan aktiviti pembangunan di Raub sejak awal abad ke-20.
Sebagai pusat tumpuan ekonomi kedua terbesar di Pahang selepas Kuala Lipis, sebuah balai polis dibangunkan pada tahun 1900 berdekatan dengan stor penyimpanan bijih timas dan emas, pejabat pos dan juga hospital.

Untuk menampung prasarana keselamatan di sebalik kepesatan aktiviti perniagaan dan bertambahnya penduduk yang datang dari luar, sebuah lagi balai polis baru dibina pada tahun 1906 di tapak balai yang ada sekarang.

“Di balai inilah Mona, suami dan pembantunya ditahan reman sementara mendapat perintah mahkamah,” ujar Inspektor Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Raub merangkap Ketua Polis Balai Raub, Inspektor Zukifli Mohd. Ali Piah.


JERIJI besi di lokap lama ini pernah menempatkan trio pembunuh kejam iaitu Mona Fandey, suaminya, Affandi dan pembantu mereka, Juraimi, kerana disyaki membunuh Datuk Mazlan Idris pada Julai 1993.



Meninjau ke bangunan yang masih berdiri teguh biarpun usianya lebih seabad, penulis kagum dengan rekaan seni binanya yang menyerupai banglo lama.

Bahagian bawah balai ini dibina daripada batu manakala siling dan dinding tingkat atas distruktur daripada susunan kayu bermutu tinggi.

Di sebelah belakangnya pula, terdapat lokap yang mempunyai enam sel yang dipisahkan oleh laluan berbumbung genting.
“Dahulu balai polis ini dikenali sebagai rumah pasung kerana fungsinya yang bukan sahaja sebagai balai polis tetapi juga lokap untuk pelaku kesalahan jenayah.

“Ia digunakan sehingga tahun 2006 sebelum kami berpindah ke bangunan baru dibina di tapak sama,” kata Zulkifli.
Selepas lima tahun sepi tanpa penghuni, rumah pasung itu tidak ditinggalkan terus sebaliknya tetap dijaga rapi.

“Rumah Pasung adalah antara bangunan tertua di Raub. Ia memiliki 1001 cerita dan sejarahnya yang tersendiri, malah Jabatan Warisan Negara telah mewartakan bangunan ini sebagai bangunan bersejarah pada tahun 2008,” katanya.

Turut bangga dengan kemegahan balai polis lama tersebut, pihak IPD Raub mengalu-alukan lawatan daripada pelbagai pihak dengan tujuan untuk mendekatkan lagi institusi polis di daerah berkenaan.

“Sebarang permohonan untuk melawat boleh diajukan secara bersurat kepada IPD Raub.

“Selain lawatan, rumah pasung ini juga telah menarik minat syarikat produksi luar negara untuk mengadakan penggambaran filem di sini dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara iu, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abd. Rahman berkata, pihaknya optimis bangunan balai polis lama tersebut berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan yang menarik di Raub.

Diserang komunis

DI lokap baru, selain dikawal oleh polis penjaga lokap, pergerakan orang yang ditahan di sel turut dipantau
menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).



“Ia bukan bangunan biasa. Ia adalah saksi kepada evolusi peradaban masyarakat dan pembangungan sosioekonomi di daerah ini.
“Dalam lipatan sejarahnya, bangunan ini adalah kubu yang mempertahankan lubuk bijih dan emas.

“Malah, ia turut bertanggungjawab mengawal dan membanteras kegiatan komunis yang aktif menjalankan operasi bersenjata dan gerakan subversif di sekitar bandar ini,” jelasnya.

Dibina dengan gabungan rekaan kolonial di bahagian bawah dan Melayu di sebelah atas, bangunan ini mempunyai sentuhan arkitektur yang menarik.

Dicat dengan warna putih sebagai simbolik bersih, cekap dan amanah, binaan ini diserikan dengan calitan rona coklat di kawasan berkayu yang bertindak sebagai pembangkit nilai rustik.

Di lantai bawah, sebaik sahaja memasuki balai lama ini, pengunjung disambut tempat menerima aduan sebelum dibawa meninjau bilik maklumat balai, bilik operator dan stor senjata api.

Melangkah memijak tangga yang terletak di sebelah kiri dan kanan bangunan, pengunjung perlu keluar dari bangunan balai sekiranya ingin ke tingkat atas.

Di ruang atas pula, suasananya tidak banyak beza. Tiada dinding pemisah ataupun daun pintu yang dapat menyekat pandangan antara satu sama lain.

Pernah diserang oleh komunis yang ingin mencuri bijih dan emas, bangunan rumah pasung ini tidak pernah diubahsuai sejak pembinaannya.

“Walaupun ia tidak digunakan lagi sebagai balai polis, ia masih wajar untuk digunakan.

“Selain menjadi produk pelancongan, ia boleh dijadikan galeri polis Raub, rumah kelab atau rumah rehat eksklusif,” cadang Amran.

Penulis membayangkan, menginap semalam dua di bangunan berusia 105 tahun di tengah bandar Raub tentunya menawarkan pengalaman baru yang pasti mengujakan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 10:30 PM | Show all posts
kat mn nih yea
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:18 AM | Show all posts
klu tak silap raub ni berasal dr perkataan meraup...sbb dulu2 kat raub ni banyak emas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 1# amazed

penjara TERtua?????? think again...................
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:47 AM | Show all posts
Reply 4# unekspekted_XII

TERtua kat Raub je ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:59 AM | Show all posts
mesti byk hantu kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2011 10:59 AM | Show all posts
mesti byk hantu kat sini
jejai Post at 11-7-2011 09:59


tu yang dipikirkan dulu iyea jejai..eheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:20 PM | Show all posts
aku rasa yg ni tak cukup tua lagi nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 03:20 PM | Show all posts
aku rasa yg ni tak cukup tua lagi nih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:32 PM | Show all posts
kalau tak silap Penjara tertua kat Taiping. Rumah Pasung dengan penjara sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:33 PM | Show all posts
Jangan lupa ada lagi yang pertama kat Raub .
.Askar Wataniah Pertama. Felda Pertama ( kira dekat Raub la tu)
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:04 PM | Show all posts
tt kan tulis..warisan tertua bandar raub..baca balik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 03:22 PM | Show all posts
bila tgk sel2 tue rasa seram aje, lagilah kat situ pernah diduduki oleh pembunuh yg pernah menggemparkan malaysia satu masa dulu

dan yang pastinya banyaklah entiti yg berkeliaran
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:03 PM | Show all posts
x silap aku kat tgh2 bandar raub nih..dah lama x balik so ingat2 lupe ler..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 09:30 AM | Show all posts
kalau tak silap aku bkn tgh2 bandar raub tp sebelum smpi bandar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:06 PM | Show all posts
mesti depa trio ni kena belasah secukup rasa..
aku leh bayangkan hayunan paip getah menusuk rusuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 09:48 PM | Show all posts
Dalam bandar Raub ni. Sebelum betul-betul sampai ke tengah- tengah bandar Raub, korang akan jumpa Sekolah Menengah Mahmud, pastu kuarters polis, pastu IPD polis yang baru & rumah pasung ni.
Memang banyak pun entiti berkeliaran kat area ni. IPD polis yang baru tu dulunya ialah Hospital Daerah Raub. Faham-faham jelah kaannn
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:01 AM | Show all posts
gang seekers dah try ke search area nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 14-7-2011 09:49

~ EDITED ~
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 02:34 PM | Show all posts
mase mona fendi ditahan di sel balai tu,ade yg nampak pasangan tu bebas keluar masuk walaupun sebenarnya diorg masih di dlm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047219 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list