View: 10380|Reply: 47
|
Babyku yang sering demam
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Santeira at 26-7-2011 16:50
salam...aku ade bb umur 4 bulan..bb aku nie sering kali demam..pada umurnya 1 bulan dia di masukkan ke nicu,kes lung infection..so after kuar dr nicu,dia selalu demam..pastu baik..pastu demam balik...smpi la skrg nie...dah hampir seminggu dia demam jer..makan ubat,sejuk lah jap..pastu demam balik...suhu bole jejak 39'c.kekdg tgh2 mlm suhu bole naik mendadak secara tiba2...aku dah bawak ke sepital..ke klinik pakar bagai..tp,sama jer..mkn ubat..lps tue sejuk..pastu demam balik...aku dah jadi bingung..nape dgn bb aku nie...takkan aku nak biarkan bb sekecik itu sering sakit jer..perasaan seorang ibu rase terseksa tgk anak kecik sakit ajer...kurang menyusu...kdg2 mengamuk..menangis tanpa henti....aku pun dh 2 kali bawak pi jumpa ustaz..of course lah diaorg kata ade gangguan dr benda2 yg x nampak...so,mcm biasa...bg air..tp,x lama lps tue demam balik...org kata bb bawah umur 1 tahun memang mcm nie...tp,aku x rase pun mcm tue..masa aku peknen kan bb nie,aku sering kali bermimpi di datangi dgn seekor ular hitam..ada kah mimpi tersebut berkaitan dgn bb aku yg sering demam skrg nie..aku dh buntu....kjer pun dah x tentu arah dah..selalu emergency leave sbb anak aku akan demam tiba2...ade ker ini semua bkaitan dgn sesuatu yg kita x nampak dgn pandangan mata kasar........ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bykkn bersabar...bukan sume baby same.kalo boleh mmg la kite nk bb kite sihat sentiasa.beselah bb yg umur nye 4 bulan mmgla senang dpt dmam sbb imun bdn nye blum cukup kuat lg untuk tepis virus2 disekitarnye.tp skjp jer.ni cuma dugaan yg Allah s.w.t. beri untuk menguji awk jer.kna byk bersabar.awk juga sbg ibu pastikan environment rmh n sume tmpt yg awk g mstilah bersih n awk kna properly jg bb awk yg sensitif lung nye tu.skrg awk bg dia susu bdn ke susu formula?jgn stress sgt.hadapi nye dgn tabah n jgn panik.nti boleh ggu keje awk.pcy la yg ini smntara aje.insyaAllah dlm bbrp bulan lg tu dia akn jd sihat mcm bb lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# kasihsempurna
Saya faham pe yg kasihsempurna rasa, sbb sy pon ader baby usia sama ngn baby kasihsempurna. Baby dhoney pon kna deman masa umur dier 1minggu, punya la risau, nasib tak admitted masuk ward jek..ni kan pulak sik demam je, sure growth dier pon akan jadik slow... anyway, try sapu air mawar kat bahagian kepala dan badan baby tu..kalo baby banyak nangis pon boleh buat badan dier jadik panas, pastu demam (based on experiance).
Pastu try la pasang ayat ruqyah kat dengan baby (jangan kuat2 sgt-just nice utk baby dengar). Cuba la, kot dapat membantu..InsyaALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
biasala baby...demam panas..nangies... umor dh cecah setahun sok ok la tu...
jgn la dikaitkan dgn mimpi2 ganjil....tu sumer mainan perasaan tt je...
solat jgn tinggal..mohon doa kepada NYA, jauhkan dari segala gangguan syaitan, jauhkan dari segala penyakit...ini yg doa yg selalu sy amalkan utk anak2 dan keluarga...insyaallah... |
|
|
|
|
|
|
|
BB tu baby ke....ingatkan bibik tadi..... |
|
|
|
|
|
|
|
bby aku pon same skng umo genap 1thn.thn nie dah bape kali aku EL sbb dia demam.cocok bontot demam,tumboh gigi demam..ni dok kt taska jangkat budak lain demam g.........cuti pon tinggal skit. blk kg jer aku selalu urut bby ngan sorang nenek nie.bila dah setahun nie kurang demam.... |
|
|
|
|
|
|
|
rosse harap penerangan ni dapat membantu ...
Suhu badan bayi saya telah meningkat ke paras yang amat tinggi. Adakah saya perlu risau?
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 97.7 darjah F / 36.5 darjah C sehingga 100 darjah F / 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 100 darjah F / 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C pada waktu petang.
Kenapa kita selalu demam?
Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.
Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?
Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Apa maksud kekejangan febril?
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Apa yang perlu saya elakkan?
• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
Sumber: babycenter.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tema kasih semua..bb sy demam dr ahad lepas...pastu sy bawa ke sepital ..so,doc just bg ubat mcm biasa...sy bg ubat tue setiap 4 jam sekali...bdn bb akan sejuk..pastu suhu naik balik...kekdg suhu jejak 38'c.ade mlm kelmarin bdn nyer sgt2 panas..dan tetiba dia meraung dgn kuat...selalu bila dia demam,kiter bg ubat aje..dia akan baik dlm 1-2 ari..tp,kali nie dah nak hampir seminggu..masih belum baik lagi...sy riso kalau ade ape2 yg maybe kiter x nampak telah menganggu bb..sebab org kata bb bole nampak semua benda..ade juga sy pasang ayat2 ruqyah dalam rumah...yassin ker...yer lah,sekadar berusaha yg terbaik.... |
|
|
|
|
|
|
|
BB tu baby ke....ingatkan bibik tadi.....
jazaa1 Post at 22-7-2011 11:27
bro...sakit pundi kencing aku! aku baru cuba nak menghayati cerita TT, ada ke bibik pulak!...aku lak ingatkan blackberry tadi...anyway kepada TT banyak bersabar dan berusaha, my junior dulu pun (skang pun tgh demam) selalu demam masa kecik2...asal demam je kena admit, pastu nak admit mesti ke Pantai Hospital, nasib baik insuran cover..kalau tak aku yang masuk spital!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by msrosse at 22-7-2011 13:20
tema kasih semua..bb sy demam dr ahad lepas...pastu sy bawa ke sepital ..so,doc just bg ubat mcm bia ...
kasihsempurna Post at 22-7-2011 12:55
awk bagi ubat tu 4 jam sekali? berapa kali ubat tu perlu diberikan dlm sehari? mcmmana cara awk bagi baby ubat .. dicampur dlm susu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm..kesian bb...
actualy perkara biasa sebenarnya....ini dikatakan ujian kecil Allah pada hambanye....
cube selalu bace2 ayatul kursi pada bb..atau bawak pegi urut bdn dia, tapi mesti yang pakar....selalunyer bb yang nak membesar memang selalu demam, kate org tua nak pandai/beralih bulan sampai umur nyer 2 tahun barulah bb stabil....kalo masih menyusu badan, jgn campur susu tepung supaya bdn bb kuat....dan yang penting doa lah....insyaallah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# juragan_malam
hahaha..bb tue maksud nya baby lah...itu lah..bb sy nie memang asik ke emergency jer lah tiap kali demam..klu private atau klinik2 biasa nie..dia x bape sesuai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# msrosse
sy beri ubat tue setiap 4 jam sekali...x de campur dgn susu pun..bg mcm biasa jer...ade kwn sarankan ke sepital semula just nak cek utk tgk darah & lung bb..tp,kesian plak bila teringat bb asik kena cucuk dgn jarum jer menjak masuk nicu tue..so,ikhtiar cara lain lah... |
|
|
|
|
|
|
|
dah bawak jumpe pakar pediatrik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sila bawa ke hospital pakar..
jgn pergi klinik biasa..
atau tok bomoh |
|
|
|
|
|
|
|
jangan biarkan bb tu mengalami suhu badan tinggi melampau, bahaya pada sarafnya(otak)
Jika dari segi mistiknya pulak, kes sebegini biasanya ada gangguan pada si IBU, bukan bb, so si IBU yg harus diubati dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gangguan pada si ibu, caner boleh jangkit kat bby plak? ke sebab bb isap susu ibu?
kalau bb tu minum susu tepung camner lak?
tkde kemungkinan disebabkan oleh bapaknya ke? balik dr mancing lewat malam diekori antu laut ke... nih ramai de ey lanang suka beno mancing laut dalam..tatau ler tema ntah apa yg seronok sangat tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu clah, clah bg ank sdra clah minum air zamzam...insyallah...kejap je kebah demam ke cirit ke...muntah2 ke(disebabkan alahan kpd binatang peliharaan)..ni jg dah ditry kpd anak tetamu...alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# MeeSai
meesai..kalu ia adalah dr gangguan, doktor x leh trace...tpaksalah rawat sdri...
buat solat hajat ke, bc Qur'an, zikr....insyallah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi adik,adik cadangkan TT bawak baby TT tue ke pakar..jangan pergi ke klinik biasa sebab mereka sekadar memberikan rawatan secara umum sahaja..Kalau bawa ke doktor pakar,kita akan dapat detect dengan lebih lagi apa masalah baby TT tue...
Selain tue,cuba TT jumpa mana2 orang yang arif dalam bab2 alam ghaib..Tapi,pastikan bukan yang syirik atau pun gunakan jin jan jun..Dan pastikan jugak orang tue adalah orang yang benar2 arif tentang cara perubatan dan bukan sekadar menangguk di air yang keruh..
Semoga TT berjaya!Insya-Allah baby TT tue akan sihat..Tue semua adalah dugaan yang Allah turunkan pada TT..Dia tak akan turunkan dugaan seandainya TT tak mampu menghadapainya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|