1. Untuk tugasan minggu pertama, karya yang anda perlu buat ialah SAJAK.
2. Anda mesti menghantar sajak dengan berpandukan tajuk-tajuk pada posting #2 (KLIK SINI)
3. Anda boleh pilih mana-mana tajuk dalam posting #2. Satu tajuk tidak dihadkan untuk seorang sahaja.
3. Sajak anda MESTI berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Jika tiada hubungan antara isi dengan tajuk, maka markah anda akan ditolak. Selain itu, sajak anda tidak semestinya berkaitan dengan Siti Nurhaliza sekiranya anda memilih untuk tidak mengaitkannya tetapi masih berpandukan pada tajuk.
4. Anda MESTI menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Bahasa rojak dan Bahasa Inggeris tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan singkatan bahasa melayu juga adalah dilarang.
5. Plagiat (Copy-paste) hak karya orang lain DIHARAMKAN sama sekali.
6. Panjang sajak minimum adalah 100 manakala maksimum adalah 500 patah perkataan.
7. Anda bebas mengarang sajak berdasarkan kreativiti anda. Hiasan posting akan mendapat markah bonus daripada pihak juri.
8. Karya yang dihantar TEPAT pada masanya akan mendapat kredit +15.
9. Anda mesti menyiapkan sajak anda sebelum 11:59 pm 31/7. Karya yang lewat dihantar akan dikenakan penalti sebanyak 50% jumlah markah penjurian.
10. Karya dihantar dengan cara berikut: , kemudian diikuti dengan nukilan sajak anda.
NAMA PESERTA:
JUDUL SAJAK:
11. Jika anda tidak menghantar karya langsung sebelum 06:00 pm 2/8, maka anda akan disingkirkan secara automatik.
1. Minggu pertama bakal menyaksikan pemberian imuniti dan penyingkiran peserta. Imuniti diberikan kepada peserta yang mendapat markah juri tertinggi manakala peserta akan disingkirkan sekiranya mendapat markah (undian awam+ juri) yang terendah.
2. Pengumuman imuniti dan penyingkiran dilakukan pada malam 2/8.
3. Peserta yang mendapat imuniti pada minggu pertama akan DIKECUALIKAN untuk menghantar karya pada minggu ke-2 dan kebal dari penyingkiran pada minggu ke-2. Begitu juga sebaliknya berlaku kepada peserta yang dikurniakan imuniti pada minggu ke-2.
4. Segmen penyingkiran pula bergantung kepada persembahan peserta pada malam itu. Segmen penyingkiran akan berlaku 3 kemungkinan:
(a) TIADA penyingkiran.
(b) Seorang disingkirkan.
(c) Dua orang disingkirkan.
2. SITIUNDI dibuka mulai esok (27/7/2011). Undian adalah hak forumer .Setiap forumer diberikan tiga undi sahaja.(KLIK SINI untuk ke paparan undian awam)
3. Juri Tetap: masarju, khyree Juri Jemputan: ColbyRaikkonen
4. Setiap juri akan memberikan markah ___/40 dan dijumlahkan 40% markah keseluruhan.
5. Penilaian juri adalah berdasarkan kreativiti, nilai estetik, penggunaan bahasa, hiasan, mematuhi peraturan, paralelisme dsb.
Kala mata pena laju mencoret pada kertas putih,*1 Aku merakamkan kenangan indah, Yang dipateri menjadi bait-bait ayat, Tidak ku sangka sungguh cepat masa berlalu,
Masih terngiang-ngiang di benakku, Kalimah suci yang kau lafazkan, Di hadapan wali dan sanak saudara, Disaksi para malaikat yang bertahmid memuji Ilahi,*2 Usai semuanya, termeterai ikatan kasih.
Pasir pantai di bumi Kemaman itu menjadi saksi, Tatkala ranting runcing melakar rasa cinta, Cinta agung yang terikat utuh, Yang menyatukan dua hati.
Desiran ombak sayup kedengaran di telinga, Tika engkau mengucup dahiku, Rasa kasih yang paling dalam membuak-buak memenuhi dadaku, Perlahan-lahan, titisan air mataku mengalir, Penuh kesyukuran atas cinta pinjaman yang diredhai Azza Wajjal.
Lagu “Cintamu” nyanyian suara mersik, *3 Milik Siti Nurhaliza, penyanyi kesayanganku, Menjadi titian jiwa kita berdua.
Janin suci yang kedua ini menjadi bukti yang amat jelas, Betapa tiada syak lagi rasa cintamu terhadapku, Moga engkau mudiki bahtera cinta kita ke pelabuhan yang diredhai Rabiul Al-Amin.
Ingin ku telusuri, Setiap saat yang mendatang, Walau susah mahupun senang, Bersama-samamu di bawah sinar Islam, Demikian doa yang kutitipkan setiap waktu.
Aku sedar syurgaku ialah taat kepadamu, Selagi suruhanmu tertakluk pada perintah Allah, Aku juga sedar syurgamu ialah taat kepada ibumu, Selagi ibumu menuruti perintah Allah, Bukankah syurga tempat pengakhiran yang paling nikmat? JanjiNya yang tidak pernah mungkir.*4
D, aku ingin menjadi surimu di dunia, Selagi rohku bersatu dengan jasad, Tika tarikh luputku sampai, Aku ingin menjadi penghulu bidadarimu di syurga,*5 Moga sulbiku dan sulbimu sentiasa bersama hatta dikandung tanah.*6
Segala puji bagi Allah yang memberi sedikit rasa bahagia ini.
Nota: Allah menjadi saksi atas sajak ini. Sepenuhnya hasil usaha sendiri. Jika terdapat persamaan, kebetulan semata-mata. Bukankah kata-kata indah itu universal sifatnya?
*1 –Pada mulanya, sajak ini ditulis pada kertas selepas menyiapkan kerja pejabat. Kemudian ditaip dalam komputer.
*2- Ikatan ijab kabul itu ialah satu perjanjian yang amat suci antara lelaki dan perempuan yang menghalalkan hubungan itu. Malaikat berbondong-bondong menyaksikan ikatan halus yang amat suci itu sambil bertahmid(Alhamdulillah) kepada Allah.
*3- Lagu bertajuk Cintamu dimuatkan di dalam album Hadiah Daripada Hati. Dikhabarkan lagu ini juga turut menjadi lagu kegemaran Datuk K dan Siti Nurhaliza.Bait-bait lirik yang indah benar-benar sesuai untuk orang yang bercinta selepas berkahwin. Wallahua’lam.
*5- Merujuk kepada firman Allah dalam ayat Az-Zukhuf ayat 70-71: “Masuklah kamu bersama dengan isterimu ke dalam syurga. Kamu akan disambut dengan piring-piring dari emas dan piala-piala. Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya”
Dengan syarat, perempuan yang bercerai mati atau bercerai hidup itu TIDAK bekahwin dengan lelaki lain. Wallahua’lam.
terima kasih atas nukilan sajak ini...
saya anggap karya ini sebagai karya selingan pada minggu ini....
saya tetap akn bg kredit ats usaha akak...
klu akak nak antar gak sajak ni sebagai penyertaan minggu pertama,
ubah tajuk, pilih antara 10 topik itu dan edit sket sajak supaya selari ngan tajuk..
terima kasih atas nukilan sajak ini...
saya anggap karya ini sebagai karya seling ...
dauswq Post at 28-7-2011 16:54
tu bukan karya selingan. tu karya utk minggu ni yang belum dihias dan ditacap. akan diubah tajuk i.e Jerat percintaan.
akak akan buat weekend ni.still dlm tempoh yg dibenarkan i.e sebelum 31/7, so akan diedit sebelum tempoh tu.kiranya still work in progress la ni kekdahnya.
Nama: shana85 Tajuk :Transkripsiku, SitiNurhaliza♥Datuk Khalid Mohd Jiwa
Cinta hadir tanpa dipinta Lalu salahkah hati bila memilihnya Cinta itu buta kata pepatah Tapi aku tahu cinta ini bukan buta Kerna rasa ini hanya aku dan dia tahu
Bila hati mula berbicara Ku tahu dia yang terpilih Hanya dia mampu menyentuh ruang hatiku Ruang paling dalam yang tak pernah tersentuh Lalu kasihnya ku terima seadanya
Bila hati mula senada Aku tega menempuh onak duri bersamanya Kerna hati ini yakin Aku tulang rusuknya yang hilang itu Lalu terpatri janji setia seia sekata
Restu ayah bonda pembuka bicara Lalu ikatan tulus terjalin Kasih dan sayang terpatri Dalam istana cinta suci Diiringi restu semesta alam Merestui cinta tulus dua hati yang bersatu Melakarkan satu kisah indah cinta dua insan
Biar apa kata mereka Biar karam dilambung ombak Cinta ini akan terus mekar mengalir dalam urat nadiku Kerna dia yang aku cinta lalu hati ini aku pertaruhkan Jagalah, bajailah moga cinta ini terus mewangi di sanubari
Aku hanya manusia biasa Adakala teguh adakala rebah Pimpinlah aku bimbinglah aku Agar bisa terus disisimu Agar bisa menjadi kekuatanmu keteguhan mu Menempuh onak dan duri dalam mencari bahagia Diiringi restu Ilahi kerna hanya Dia tempat kita berserah