CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34415|Reply: 206

10 Punca Jin Tinggal Serumah

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by f_zal at 2-8-2011 09:14

1.Tapak rumah ada punca air mata air

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air...
kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin...
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau...

Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam...

kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar...
kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah...

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah...

Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang 'berhantu'...
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin...

Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga...

Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2011 09:14 AM | Show all posts
2. Tapak rumah ada kubur

Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada
jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )

Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..

Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya...

Maka tempat itu akan jadi 'berhantu', sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:17 AM | Show all posts
3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin

Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana 'buang ilmu', 'buang penyakit gangguan' atau sebagainya...

Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin...
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan...
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:17 AM | Show all posts
Btol ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:20 AM | Show all posts
4. Dalam rumah ada tangkal sihir

Iaitu,
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi 'pagar rumah'...

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya...

Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya...

kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan...

Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal...

Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi 'rumah'nya...

Maka rumah itu akan mula 'berhantu'...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:22 AM | Show all posts
5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia

Iaitu,
kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada...

Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu...

Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi 'hantu' yang berkeliaran dalam rumah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2011 09:23 AM | Show all posts
Btol ke ni?
tuanmashi Post at 2-8-2011 09:17


wallahualam,
ini sebahagian dari tempat tinggal mereka selain dar pokok2 besar dan sebagainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:28 AM | Show all posts
6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat...

Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi 'dalang' kepada rumah-rumah 'berhantu'...

(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia...).

Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2011 09:32 AM | Show all posts
7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin

Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu...

Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka...

Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu...

Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya
Maka jadilah ia rumah 'berhantu'...
kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya...

Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:34 AM | Show all posts
8. Rumah yang disihir

Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah...

Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..

kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:37 AM | Show all posts
9. Mengamalkan ilmu sihir

Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang 'menjadi' atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya...

Biasanya,
kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,
maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,
mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,
mana-mana saja pun boleh jadi.

Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang 'mengambilnya'...

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:39 AM | Show all posts
10. Jin liar ikut pulang

Iaitu,
biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,
samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan...
maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah...

Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:40 AM | Show all posts
Nota :

Sepuluh punca itu hanya antara sebab jin tinggal bersama manusia sedangkan mungkin lebih banyak punca lain yang kita tak tahu, atau tak sedar...

Wallahualam, credit to Saudara Junied,,
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:23 AM | Show all posts
dekat tempat teman ni memang banyak.......ada gak yg pernh tertengok tapi buat masa ni tak adalah mengacau org......kebetulan rumah kawan teman pulak tempat  laluan dia......kekadang tu la dia duk lepak kat dapur rumah kawan teman tu......nasib baik kawan teman tu berani dah terbiasa..........yg penting jangan kacau sudah ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 10:27 AM | Show all posts
dekat tempat teman ni memang banyak.......ada gak yg pernh tertengok tapi buat masa ni tak adalah me ...
mata_bulat Post at 2-8-2011 10:23

hehe, itu time dia xboring, buatnya boring2 nanti, nampak manusia lalu lalang,
timbulah idea nak menyakat

tak pun, jumpa mana2 mamat hensem atau minah cun,
ngikut balik la
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:32 AM | Show all posts
Kalau sesiapa teringin nak merasa boleh juga ada satu rumah tu rasanya jin islam yg du duk kut.......biasa kalau ada aktviti diaorg buat kat situ........tiap khamis baca yassin nanti terasa ramai yg join sama kalau diaorg buat latihan menari betepuk2 sat lagi mesti ada yg terlebih tepuk ...............rumah tu memang kena jaga bersih2 kalau ada org sewa tidur rumah tu kalau balik lambat kul 1 atau kul 2 adalah yg tegur nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 10:35 AM | Show all posts
kalo diaeko boring...
"aku nk jd transformer lak.. nk kacao org yg lalu kat cini..."
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:37 AM | Show all posts
hehe, itu time dia xboring, buatnya boring2 nanti, nampak manusia lalu lalang,
timbulah idea nak  ...
f_zal Post at 2-8-2011 10:27


Buat masa ni tak ada lagi ler tapi mengilai tu ada ler anak2 jiran dengar apa tak nya tengah2 malam main kat luar lagi.
tempat teman memang banyak tapi tak nampak jer........sebabnya ada kawan anak jiran teman kena sampuk di asrama bawak ler berubat kat rumah jiran teman ni........masa ustaz tu nak berubat dia kata banyak nya yg datang nak tengok sama   mambang tu lah yg join sama nak tengok ustaz berubat masa tu kat luar rumah.........tu pasal hantu sekarang bijak2 masa org berubat depa pun join sama tengok dah belajar sikit2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by f_zal at 2-8-2011 10:43
Kalau sesiapa teringin nak merasa boleh juga ada satu rumah tu rasanya jin islam yg du duk kut...... ...
mata_bulat Post at 2-8-2011 10:32


jin Islam ni pon terbahagi kepada dua,
satu jin Islam yang betul Islam, menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah swt,
satu lagi jin Islam, tapi buat kejahatan, dipanggil jin fasiq,
macam kitala, ada yang menganut Islam, tapi still mencuri, mengganggu anak dara orang
jin fasiq ni turut mengganggu manusia, dan boleh menjadi pendamping,
menggunakan Islam sebagai alasan menunjukkan dia tidak akan mencelakakan tuannya,

kalau jin Islam, dia tidak akan mengganggu manusia tanpa sebab,
jin Islam yang sebenar pon tidak akan membantu serta mendampingi manusia,
walaupun diminta untuk menyembuhkan penyakit,
kerana dia tahu yang berhak menyembuhkan seseorang hanyalah Allah swt, tiada yang lain!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:51 AM | Show all posts
2. Tapak rumah ada kubur

Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana  ...
f_zal Post at 2-8-2011 09:14



    huh~kalo kat sini manusia jadi korban sebelum nak buat sesuatu~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052247 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list