Post Last Edit by sixret at 9-8-2011 19:06
Hadith Sahih:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ الأَخِيْرِ يَقُوْلُ : مَنْ يَدْعُوْنِيْ فَأَسْتَجِيْبَ لَهُ, مَنْ يَسْأَلُنِيْ فَأُعْطِيَهُ, مَنْ يَسْتَغْفِرُنِيْ فَأَغْفِرَ لَهُDari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”. [1]
Marilah sama-sama kita mengejar ganjaran pahala dalam bulan Ramadhan.
Cara-caranya senang sahaja bagi sesiapa yang mengkehendakinya:
1) Puasa Wajib 2) Sunat Tarawih di masjid(atau di rumah) 3) Qiyamulail 4) Berzikir 5) Membaca Al-Quran 6) Bersedekah 7) Menjaga deria dan anggota badan agar tidak melakukan benda lagho
Qiyamulail
Buatlah sembahyang 3 serangkai iaitu Tahajud,Taubat dan Hajat sudah memadai. 2 rakaat setiap satu. Selepas Tarawih, buat terus sunat witir, jadi tidak payah buat witir lagi. Solat 3 serangkai ini lebih afdhal dibuat pada sepertiga malam yang terakhir. Sahur pukul 5 pagi.Makan 20 minit. Selepas sahur,terus solat sunat 3 serangkai ini.Azan pukul 5.50 pagi.Biasanya 20 minit-30 minit sahaja untuk solat sunat 3 serangkai ini. Letaklah jag air di sebelah. Jadi boleh minum antara solat. Selepas azan Subuh,terus buat solat Subuh. Jika yang tiada apa-apa urusan,boleh sambung tidur. Yang masuk kerja pukul 9 pagi,boleh sambung tidur sekejap.Senang kan? Buat Taubat dan Hajat yang ringkas, tidak perlu yang panjang-panjang.Wallahua'lam.
|