View: 9860|Reply: 40
|
Majlis Berbuka Puasa Bersama SIMPLYSITI
[Copy link]
|
|
'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.
“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.
Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
“Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.
“Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.
Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.
“Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.
Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian. |
|
|
|
|
|
|
|
berapala ek isi duit dlm sampul yg anak yatim dpttu...menyibuk nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
dgn rupa paras seperti di atas siti boleh lakonkan watak fatiha dengan baik.. hahahaha
btw.. dgn rupa paras seperti di atas, siti definitely wanita tercantik yg pernah saya lihat. sgt2 cantik |
|
|
|
|
|
|
|
dgn rupa paras seperti di atas siti boleh lakonkan watak fatiha dengan baik.. hahahaha
btw.. dgn ...
eddysheddy Post at 18-8-2011 11:31
sangat sangat sangat setuju! |
|
|
|
|
|
|
|
dengar jap tazkirah imam muda ashraff |
|
|
|
|
|
|
|
eh! tu ashraff laen.. haha! imam muda asyraf baru tepat |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu al-quran diturunkan selama 23 tahun...
10 tahun di Mekah...
10 tahun di Madinah...
13 tahun di Mekah... |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu al-quran diturunkan selama 23 tahun...
10 tahun di Mekah...
10 tahun di Madinah...
...
Gnola83 Post at 18-8-2011 12:11
13 tahun di Mekah..
10 tahun di Madinah... |
|
|
|
|
|
|
|
13 tahun di Mekah..
10 tahun di Madinah...
cloudnine_mm Post at 18-8-2011 12:22
adeh deh... cheq fenin... tangan sebelah dok menaip.. sebelah lagik dok dengar.. haha!!
mekaseh kak kelaud membuat pembetulan |
|
|
|
|
|
|
|
adeh deh... cheq fenin... tangan sebelah dok menaip.. sebelah lagik dok dengar.. haha!!
me ...
Gnola83 Post at 18-8-2011 12:26
sama2 kasih...
cuba search lg ceramah2 IM Asyraf ni kat youtube...best.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama2 kasih...
cuba search lg ceramah2 IM Asyraf ni kat youtube...best....
cloudnine_mm Post at 18-8-2011 12:28
insyaAllah free kang nola search...
nola suke tengok soal asyraf... kelaka orangnye kan..
kak kelaud ikot tak Imam Muda dulu? best kan. program yang hebat!
nola suke ceramah yang simple dan mudah difahami camni sebab nola jenis susah nak tangkap kalau dok hurai panjang lebar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# Gnola83
kak kelaud ikot tak Imam Muda dulu? best kan. program yang hebat!
sentiasa follow..... |
|
|
|
|
|
|
|
kat thread sbrg ade kata muka ct scary
pinjam jap pic ni nak tepek celah mana yg scary nye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# farah85
farah...x nampak gambar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply farah85
farah...x nampak gambar....
cloudnine_mm Post at 18-8-2011 12:43
i mean pic2 yg keri dgn uwek tepek kt ats tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# farah85
oh...ok... mcm ok je gmbr tu semua....x de yg scary... |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis berlainan....spot tokti solat terawih di rumah rakannya..(personal pic dr someone)
doakan Siti d beri ksihatan yg baik utk mnunaikan umrah dlm waktu tdekat nihh..nk demam katanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|