CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11828|Reply: 69

Perjalanan Hidupku ~Latest:Kuarters Johor Bahru~

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nocturna at 28-11-2011 12:54

Salam semua. Cerita aku ni tiadalah semenarik atau semisteri Ilah, Jurugan mahupun kawan2 yang lain. Apa yang aku ingin ceritakan disini adalah pengalaman yang aku lalui dari aku kecil hingga la sekarang. Dan aku akan cuba selitkan cerita2 yang pernah aku dengar dari kawan2 aku sendiri.

Aku dilahirkan di bandar Kota Tinggi, Johor. Dari kecil lagi aku sudah didedahkan dengan perkara2 yang mistik. Aku teringat lagi dan mungkin ia adalah antara pengalaman terawal aku, umur aku ketika itu 4-5 tahun. Aku mengikuti ayah dan rakan2 nya ke suatu tempat. Rakan2 ayah yang mengikuti kami dalam 6 orang kesemuanya tapi aku hanya mengingati seorang sahaja dari rakan2 ayah. Aku memanggilnya Wak M. Tempat yang kami tujui adalah sebuah kawasan makam, makam sultan mahmud mangkat dijulang. ketika itu aku yang masih kecil tidak tahu apa yang dikatakan makam, hanya ikut sahaja ayah. Waktu ketika itu pagi lebih kurang jam 9 kami tiba di kawasan makam. Baru aku sedar tempat yang ditujui itu sebenarnya adalah kawasan perkuburan. Kawasan makam tu sangat nyaman dan segar, aku terdengar perbualan salah seorang rakan ayah yang menceritakan bahawa suatu ketika dahulu makam ni pernah tenggelam dibanjiri air.

Setiba disana, kami berjalan menuju ke sebuah makam. Aku tak ingat makam tu kepunyaan siapa tapi makam tu kelihatan agak panjang dan diteduhi dengan bumbung. Wak M mula mengelilingi makam tu sambil mulutnya terkumat kamit. Ayah dipanggil rapat ke makam oleh Wak M walaupun ayah ketika itu hanya 2-3 langkah dari makam, manakala rakan2 ayah melihat sahaja dari jauh. Aku terus mengekori ayah tanpa rasa takut. Wak M menanyakan kepada ayah, abang dah nampak belum. Ayah jawap tak nampak lagi. Aku disebelah ayah pun tak nampak apa2, tapi dikalangan rakan ayah ada yang dah nampak. Wak M mengambil dua tiga biji batu kerikil, dibacakan sesuatu dan dicampakkan diatas makam. Tiba2 dari mana entah muncul sebilah keris lengkap dengan sarungnya. Mata aku memang tertumpu di atas makam tu, sebentar tadi memang tiada apa2. Dengan balingan 2-3 batu terus muncul sebilah keris. Wak M mengarahkan ayah untuk mengambil keris tu. Wak M mengajak ayah ke luar kawasan makam dan dia memberikan arahan kepada ayah untuk berjalan beberapa tapak, katanya distu ayah akan menjumpai lagi barang. Aku melihat ayah menjumpai beberapa biji batu aked dengan mudah sahaja, tidak seperti mula2. Selesai sahaja, kami beransur pulang. Dalam perjalanan aku mendengar Wak M bercerita yang setiap barang2 lama ini ada pemilik dan warisnya. Wak M terpanggil untuk membawa ayah aku kerana mengikut perkiraannya, ayah adalah pewaris yang sesuai dengan barang itu.

Siapakah Wak M? Akan aku ceritakan nanti..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 09:57 AM | Show all posts
Siapakah Wak M? Akan aku ceritakan nanti..
Nocturna Post at 8-11-2011 09:52



    ok..tengah tunggu la ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nocturna at 8-11-2011 12:14

Kelibat Putih

Aku masih ingat lagi ketika umur aku lingkungan 4-5 tahun ketika itu kami sekeluarga masih menetap di Kota Tinggi. Salah satu kejadian yang berlaku ketika aku tinggal dirumah ibu angkat. Aku bermain diruang tamu dan tiba2 mata aku tertumpu pada satu kelibat putih berlalu dengan sangat laju hingga aku boleh terasa sendiri angin yang menderu akibat kelibat itu. Kelibat itu akan masuk ke salah satu bilik dan pintu bilik itu akan tertutup sebaik saja kelibat itu masuk. Dan yang menghairankan pintu bilik itu akan terkunci dengan sendirinya. Kejadian ini bukan berlaku sekali dua.. agak kerap berlaku di rumah itu.. Aku tak pasti samada orang lain perasan atau tidak dengan kelibat putih tu.

Dan terakhir yang aku ingat.. Ketika kami berpindah ke Johor Bahru. Rumah kami di kawasan kuarters kerajaan. Aku, ayah dan mum.. kami berdiri dibelakang rumah.. Aku ingat ayah ada menanam tebu hitam dibelakang rumah.. Ayah dan mum sedang berbual.. aku kirakan masa tu dalam pukul 630 petang.. Sekali lagi mata aku tertumpu pada kelibat yang datang dari sebelah kanan.. pantas sungguh gerakan nya.. hingga tanah di pokok tebu pon boleh terkius kena pada kami. Ayah dan mum yang sibuk berbual terus terdiam. Aku bertanya pada ayah tentang apa yang aku nampak tadi.. Ayah dan mum hanya diam dan mengajak masuk..

Siapakah kelibat putih itu? Aku pon tak tahu.. Tapi dari susuk yang aku nampak.. die tinggi seperti manusia dewasa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:20 AM | Show all posts
Kadang aku terfikir.. Apa yang aku alami ini adakah ianya Ilusi atau Realiti.. Adakah mata aku bermain dengan gambaran??

Aku adalah orang yang skeptikal.. Selalu cuba melihat sesuatu dari segi logik.. namun aku tak nafikan yang adakalanya logik itu tak mampu untuk merungkaikan sesuatu.. Ilmu Allah sangat luas dan ceritakan bahawa kumpulkan semua air di dunia ni, air itu hanya merupakan setitik sahaja dari ilmu Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nocturna at 8-11-2011 12:15

Wak M Part I

Wak M adalah rakan ayah yang aku kirakan mereka telah lama berkenalan sebelum kelahiran aku lagi. Wak M meninggal dunia setahun yang lepas (Semoga Wak M ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman). Wak M merupakan seorang bomoh atau perawat tradisional yang menggunakan perantaraan.. Dalam setahun ada satu hari sahaja dimana Wak M akan menurun dan perantaraan akan memasuki badannya.. Tak silap aku ada 4 jenis perantaraan yang akan memasuki badan Wak M.. dan salah seorang dari perantaraan itu adalah Puteri..

Ayah dan mum akan selalu bawa aku untuk berjumpa dengan Wak M.. minta doa dan air supaya hati aku terang dan pandai belajar.. Wak M mengajar aku mengamalkan surah asr..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply 5# Nocturna


    Nanti senag sambung yer........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-11-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply  Nocturna


    Nanti senag sambung yer........
sofiera Post at 8-11-2011 10:53


Sofiera,

Iye.. nak sambung mengarang ni..

Tido kejap tadi.. Tak berapa sihat.. Hari ni MC..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:24 PM | Show all posts
stylo la citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2011 12:31 PM | Show all posts
Wak M Part II

Aku sambung balik kisah Wak M ni. Beberapa tahun yang lalu ada seorang artis lelaki yang datang berjumpa dengan Wak M. Aku lihat sendiri dengan mata aku, agak acapkali artis lelaki ni datang. Sampai Wak M pernah berkata orang nya baik tapi selalu dianiaya.

Aku ada ceritakan tentang Wak M menurun setahun sekali.. tapi aku tak ingat dalam bulan berapa.. kerana proses menurun ni mengikut kalendar hijrah.. Pertama kali aku melihat sendiri Wak M menurun, bagaikan pesta kerana terlalu ramai orang yang datang.. Pelbagai bangsa.. Aku hanya duduk dan lihat sahaja.. Proses penurunan pertama berlaku, Wak M berubah perawatakan.. menjadi seorang pahlawan.. Dengan berkain sarung dan berseluar pendek serta berkemeja.. Wak M mula mengatur langkah.. berpencak..

Wak M akan memanggil sesiapa yang dia rasa dia perlu membantu.. Tidak semua orang akan dapat dibantu kerana masa adalah terhad untuk setiap penurunan.. Penurunan kedua adalah seorang puteri.. Wak M akan berkelakuan seperti seorang perempuan.. Kain sarung tadi akan di naik kan untuk menutup kepala.. Suaranya menjadi halus seakan2 suara perempuan.. Semasa penurunan ini, Wak M akan cenderung merawat dan membantu kaum wanita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 12:33 PM | Show all posts
stylo la citer ni
opeth Post at 8-11-2011 12:24


Opeth,

Thanks bro.. Ko ni mesti layan band Opeth..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:37 PM | Show all posts
Reply 10# Nocturna


hehe. layan jugak.. siap pegi wacken '07. koyak hehe
nama ko nocturna ni layan sonata nocturna ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 12:39 PM | Show all posts
Reply  Nocturna


hehe. layan jugak.. siap pegi wacken '07. koyak hehe
nama ko nocturna ni laya ...
opeth Post at 8-11-2011 12:37


Opeth

Ahaha.. Masyuk tu dapat pegi wacken.. Aku haritu buat bajet nak pegi wacken dekat rm10k.. x mampu..

Nocturna ni aku amik dari tajuk lagu Moonspell..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:51 PM | Show all posts
hehe. aku paling suka lagu night eternal ngan moon in mercury.
koyak pegi wacken.. koyak gila... pasni xtau bila bleh pegi lg. adehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 12:58 PM | Show all posts
Wak M Part III

Proses penurunan Wak M ada 4.. Aku dah ceritakan 2 dari 4.. aku akan sambung dengan penurunan yang 3.. Penurunan ni membawa watak seorang pahlawan silat harimau.. Wak M akan mendengus dan berjalan bagaikan seekor harimau.. Penurunan kali ni akan menolong mengurut sesiapa yang ada masalah.. Perwatakan kali tidak akan bercakap hanya mendengus sahaja.. berbeza dengan watak penurunan sebelum ini..

Aku mintak maaf dahulu.. sebab aku tak ingat nama setiap yang menurun pada Wak M ni.. Penurunan yang terakhir ni adalah penurunan berwatakan orang asli atau jawa.. maaf aku tak ingat.. Penurunan yang terakhir ni adalah penutup.. Biasanya penurunan ini akan bertanya khabar dan dia akan jalan keliling kawasan.. semasa dia berjalan tidak semena2 akan keluar batu aked, batu pertama dan duit syiling yang datangnya entah dari mana.. dan yang pelik kawasan yang tak dilaluinya pun akan muncul batu2 ni.. Mereka yang datang melihat tidak dibenarkan ambil selagi proses penurunan belum tamat.. Sesiapa yang degil ambil, batu tersebut akan hilang begitu sahaja.

Sepanjang proses penurunan ini.. Wak M yang telah dimasukki entiti akan banyak minum air masak.. Satu cerek air akan disediakan disamping sesikat pisang.. dan cerut.. Setiap penurunan akan mahukan benda yang berbeza..

Selesai sahaja proses penurunan yang ke 4.. Wak M akan pengsan beberapa ketika.. Dan bila Wak M sedar.. dia kelihatan lemah dan mengambil masa untuk memulihkan diri nya..

Aku cuma ingat.. aku akan dibawa semasa proses penurunan dan meminta agar didoakan aku menjadi insan yang berjaya, pandai dan cerdik dunia dan akhirat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 01:10 PM | Show all posts
Isap rokok kejap.. sambil mengingati balik cerita2 yang aku lalui dulu sebelom masuk ke episode seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 02:07 PM | Show all posts
wahhh...tragisnyaa wak M
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 06:32 PM | Show all posts
stylo citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:22 PM | Show all posts
proses penurunan tu nampak tak islamik la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:00 PM | Show all posts
stylo citer nih
tarabas1976 Post at 8-11-2011 18:32


Tarabas,

Thanks bro tarabas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 10:07 PM | Show all posts
proses penurunan tu nampak tak islamik la...
addamnor Post at 8-11-2011 21:22


Addamnor,

Aku terima pandangan ko..

Aku tak berani nak judge orang islamik atau tidak.. Itu antara perawat dan Allah..

Apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita tolak tepi.. Allah SWT kurniakan akal untuk kita berfikir.. Jangan kita tolak sesuatu itu bulat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list