CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8551|Reply: 45

kualiti produk 1Malaysia

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:04 PM | Show all posts |Read mode
salam semua,.,,,,,
aku nak shara pengalaman  aku beli 3 jenis barangan makanan jenama 1malaysia, pernah cuba 3 jenis barang, iaitu, susu krimer,sos cili dan tepung gandung, walaupon susu krimer dgn sos chili murah dari jenama lain, tapi kualiti die memang aku tak puas hari dan takkan beli lagi dah,

susu krimer
susu ni cair sangat, kalau nak guna selepas simpan dalam peti sejuk pon, boleh tuang dengan mudah je berbanding susu jenama "teapot", lepas 10 hari letak kat luar ... baunya masam sket, .... guna buat air milo pon rase x sedap.... harga x ingat berapa, dalam rm 1.85 gitu la, teapot rm 2.20,...

sos cili memang betul-betul teruk, cair sangat, biasa guna sos life, skali cuba nak try tuang sos cili 1M, banyak sos mengalir keluar, ye lah dah cair  sangat, ,,, rasanya teruk tak sedap,,, tak rasa chili, macam bahan perasa tiruan je.... harga dia rm 1.50,, walaupon harga murah, tapi sebebarnya kuantiti die sikit je pasal cair dan kualiti(kesedapan) tak ade

tepung gandung, lepas seminggu beli tepung gandung ni, ade pergi hypermarket lain, ade satu jenama tu, harga dia sama je dgn 1M,  tepung 1m buat jemput, rase dia saya tak tahu la,,,, tapi mak saya cakap tak sedap, macam kanji banyak....harga rm 1.35

ade la beberapa lagi barang 1m dekat mydin hari tu,,, tapi beli yg 3 ni je dulu, nak beli kopi/tea tak berani,,, takut tak sedap,,,,,


so, sape2 yang pernah membeli product ni, product ape yang bagus, atau bolehlah nak guna ?


sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 09:45 PM | Show all posts
xpernah beli lg...mgkin blh up utk sesape yg pernah beli kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply 2# zaralove


aku haritu pegi maidin nak beli bende lain ,, tapi bila tertengok ade satu rak barang 1m, rase gatal tangan nak ambik pasal kuat sungguh iklan kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 10:40 PM | Show all posts
Reply 3# akubaik3


    dahtu camne?brg tu ok x?leh share.kdg2 baarang murah ni mmg dah sedia maklum la kan camne..
mest die nye quality kureng.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 12:30 AM | Show all posts
tengok media alternatif banyak la citer pasal kualiti brg 1Malaysia ni.....mmg teruk
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 03:30 PM | Show all posts
tak pernah beli lagi dan tak rasa pun nak beli barang2 produk 1malaysia ni ...tau tak apsal...huhu....

p/s: mungkin sebab rasa cam takde kualiti kot...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2011 07:02 PM | Show all posts
haku tak akan beli Produk 1Malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:37 PM | Show all posts
produk  1 malaysia ni x kualiti sngt la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 11:44 PM | Show all posts
tgk bungkusan sepesen jer semua brg 1Malaysia ni buat ilang selera nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 08:38 AM | Show all posts
Kedai 1Malaysia punya barang ok jugak bkn semua x bole pakai, iols ckp sbb da pernah try beli. kalau rasa brg tu x baper ngam dgn korunk. x yah la beli. belilah brg2 lain seperti gula, garam, beras, minyak, kopi atau kitchen items dll. kerajaan hanya bg alternatif sahaja kpd rakyat untuk memilih samada hendak bermewah atau bersederhana.

contohnya, untuk rakyat yang x berapa ada duet atau student yang teringin nak makan sardin, tapi nak beli Sardin Ayam Brand mahal, belilah yang cap 1Malaysia punya. Rasa sardin memang tak sama dengan Ayam Brand, tp masih ada rasa sardin. Kira ok la untuk makan sendiri kan? tutup mata aja la. Tapi kalau mampu, beli jelah barang yang dah established jenamanya. Apa ada hal
kan? Tak payahlah sibuk beli barang murah (sebab nak jimat), lepas tu nak kondem je.

Jangan fikir kita yang gaji agak berpatutan ni, fikir makcik2 cleaner (dan setaraf) yang gaji cuma 700 - 1000 sebulan, mereka perlu mengikat perut, dan berjimat serba serbi utk menanpung kehidupan seharian mereka,  maka itu jelah yang mampu diaorang beli. bg mereka al-hamdulillah dan Lebih bagus daripada tak dapat makan atau balun maggi hari-hari.

konklusen : Governments only provide an alternative to help all races in Malaysia. if the people themselves do not support. what government can do.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 08:58 AM | Show all posts
kat kawasan aku xde kedai 1 malaysia nie..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 04:04 PM | Show all posts
ssya setuju dgn moyas...produk 1M disediakan utk mereka yg berpendapatan rendah so klau kita mampu kita buat lah pilihan produk yg mna mampu kita beli...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 07:18 PM | Show all posts
salam semua,.,,,,,
aku nak shara pengalaman  aku beli 3 jenis barangan makanan jenama 1malaysia, pe ...
akubaik3 Post at 17-11-2011 21:04


Salam, terima kasih sebab berkongsi dengan kami semua tentang pengalaman kamu menggunakan produk-produk kempen 1Malaysia ini, sangat di hargai sekurang-kurangnya memberikan kami gambaran sebenar tentang produk tersebut. Walau bagaimana pun adalah tidak adil untuk membandingkan produk 1Malaysia yang berharga murah dengan produk sama dari jenama yang besar dan terkenal.

Contoh perbandingan pertama iaitu susu krimer pekat manis, untuk produk 1Malaysia harga rm1.80 dan untuk jenama terkanal seperti TeaPot atau Cap Junjung sekitar rm2.20-rm2.50. Walaupun ketara tak nampak perbezaan bagi kamu iaitu sekitar 40sen-70sen, tapi untuk peniaga atau orang yang menggunakan setiap hari ianya memberikan impak dan perbezaan yang besar. Contohnya sebulan menggunakan 8 tin anggaran 2 tin seminggu, jadi dapat jimaat seekitar rm3.20-rm5.60 dan itu baru untuk 1 isi rumah belum termasuk restoren dan sebagainya. Untuk harga seperti ini, kamu perlu bandingkan dengan produk yang sama tapi jenama berbeza dengan harga yang sama contohnya susu krim pekat manis Jusco dan Tesco. Dari apa yang aku aku dah cuba, susu pekat Jusco sedikit baik kualitinya berbanding Tesco tapi harganya sedikit mahal iaitu rm2 dan Tesco rm1.80 tapi itulah selayaknya. Sebab bila kita mengukur dari segi rasa sedap atau tidak itu tidak boleh diterima pakai, sebab ianya adalah subjektif bagi setiap orang.

Tapi kalau dari segi kualiti yang kamu perkatakan mengenai susu itu cepat rosak atau masam, itu memang kamu ada point di situ. Tapi tidak ke pelik jika semudah itu ianya menjadi masam? apakah kamu menyimpan di tempat yang betul sepertinya kamu menyimpan susu pekat dari jenama TeaPot kesukaan kamu tu juga? cuba kamu cuba TeaPot letak 10 hari di luar dengan suhu bilik pula. Bagi aku susu adalah benda yang mudah basi, jadi adalah tanggungjawab kita menyimpan ianya di tempat yang bersuhu dingin untuk mengelakkan dari keracunan makanan di masa depan.

Bagi aku kalau keberuntungan dari segi pembelian barangan atau produk 1Malaysia ni, lebih baik pilih barang yang tidak melibatkan perbezaan rasa tapi lebih kepada penggunaan yang kerap seperti minyak masak, gula, garam dan ramuan rempah serta bahan kering seperti bawang, halia etc. Sebabnya bila kita dah terbiasa menggunakan sesuatu produk itu contoh sos cili jenama Life dek selalu lepak di KFC, harganya sebotol tidak silap aku rm2.80 sebegitu kan untuk size sederhana. Bila tukar kepada jenama lain contohnya jenama 1Malaysia yang harganya murah serendah rm1.80 atau jenama Tesco rm2 sebotol memang nampak menjimatkan, tapi dari segi kepuasan menikmati itu tiada sebab ianya bukan kebiasaan kita. Jangan kan sos dari jenama 1Malaysia atau Tesco, sos cili yang mahal pun seperti Hp dan import pun tidak sedap di lidah kita kalau kita sudah disogokkan dengan sos KFC itu. Jadi bila tidak sedap dan tidak kena di pada tekak kita, kita menganggap ianya tiada kualiti walaupun hakikatnya lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 07:34 PM | Show all posts
Kedai 1Malaysia punya barang ok jugak bkn semua x bole pakai, iols ckp sbb da pernah try beli. kalau ...
moyas Post at 20-11-2011 08:38


Aku setuju dengan beberapa pandangan yang kamu utarakan, contohnya dari segi sardin itu. Dengan harga sardin size besar rm3 jenama 1Malaysia, bandingkan dengan harga sardin Ayam Brand rm5 itu adalah mengarut. Sepatutnya bandingkan dengan jenama yang hampir serupa contohnya sardin Giant (rm4) dan banyak lagi, nescaya kamu akan terkejut sebab dengan beza harga rm1 kualiti dan rasanya adalah hampir serupa. Jadi bila kita dah beli produk yang murah ini, seharusnya kita perlu pandai mengolah sekiranya mahukan ia menjadi sesedap sardin Ayam Brand tu. Semasa masak kamu letak lah kicap, sos tiram, cili padi dan sebagainya sebab selalunya sardin murah ini sama saja kualiti sardinnya tapi gravy saja yang berbeza.

Perbezaan banyak dari segi harga, tapi biasalah bila membayar pada harga 2nd class perlu di ingat kualiti juga sedikit jatuh tapi asalkan ianya boleh dinikmati oleh orang kebanyakkan ianya adalah cukup bagus. Aku umpamakan sebegini saja, seorang kanak2 ini dia teringin nak makan pizza tapi ibu bapanya tak mampu untuk membeli di PizzaHut dek kerana harganya yang mahal. Kerana kesian kan anaknya si bapa bersungguh nak tunaikan hasrat anaknya itu, jadi dia pergi ke Giant dan terkejut di sana pun ada jual pizza dengan harga murah sebiji pizza hanya rm5 berbanding di PizzaHut berharga rm15 sebiji. Kamu dapat lihat tak di situ, bapak budak itu telah membeli pizza dengan harga jauh lebih murah dan ianya tetap pizza bukan? tapi bila beli di Giant tentu kualitinya kurang tapi namanya tetap juga pizza dengan bentuk yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 08:41 PM | Show all posts
Aku setuju dengan beberapa pandangan yang kamu utarakan
dr.R Post at 25-11-2011 19:34


terima kasih dr.R kerana bersetuju dengan pendapat saya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:33 AM | Show all posts
Aku beli susu segar dan cereal. Dua-dua  tak sesedap susu Dutch Lady atau Koko Krunch yang aku selalu beli.

Tapi untuk harga yang murah, x de sebab kenapa aku nak komplen banyak2. Waktu bayar tu pun aku tak expect kualiti dia bagus macam jenama mahal.
Macam dr.R tulis, kepuasan bila makan cereal tu memang x de la, sekadar nak mengenyangkan perut je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 12:50 AM | Show all posts
Aku setuju dengan beberapa pandangan yang kamu utarakan, contohnya dari segi sardin itu. Dengan  ...
dr.R Post at 25-11-2011 19:34


komen uols memang kerlasss

khennnnnn, pizza giant mana boleh compare dengan pizza pizzahut kan noks, haruslah compare dengan pizza kedai roti, pizza mydin, pizza bee's segala

kalau pizzahut punya level, haruslah compare domino, canadian pizza, papa john, shakeys segala khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 07:33 AM | Show all posts
Kt mana kedai 1 m'sia nie.
Bole try produk dia nt. Myb xsemua la kot yg menepati citarasa tp sekurangnya kta da pilihan utk dptkn brg ngan harga yg murah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 09:25 PM | Show all posts
Reply 13# dr.R


   untuk sos cili, ianya terlalu cair, dan ada sos jenama lain yang mahal sedikit daripadanya yang tidak secair sos cili 1mjadi, sos cili 1m sebenarnya tidak lah semurah yang disangka
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:13 PM | Show all posts
kita ni bila dah biasa makan makanan yang sedap, bila makan yg rasa lain kit dah kate tak sedap...
same gak kes kalau ada org yg dah biasa makan sos cili yg agak cair, bila tiba2 makan sos cili yg pekat, gerenti akan ckp "pekatnye sos ni"..

jadi, tak yah nk komplen2.. kalau mampu beli yang mahal, beli lah..
kalau tak mampu, paham2 je... eat it without complaint..
citarasa org tak sama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.517088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list