View: 9547|Reply: 3
|
[Tempatan]
Beg berisi cash RM500,000 telah ‘kembali’ kepada pemiliknya
[Copy link]
|
|
Beg berisi wang tunai RM500,000 yang ditemui pengawal keselamatan di tempat letak kereta di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, Mac tahun lalu dilaporkan telah pun diserahkan kepada pemiliknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menyerahkan wang tunai berkenaan kepada individu yang juga pemilik syarikat.
“Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan wang dan beg itu dikembalikan kepadanya melalui perintah mahkamah. Ia sudah diserahkan pertengahan November lalu.
“Kes ini dianggap selesai dengan penyerahan wang tunai berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan bagasi berwana merah jambu dan putih itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu.
Susulan penemuan beg itu, polis meminta pemilik beg berkenaan supaya tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan wang tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya.
Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.
Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa beri reward pada guard yang jujur itu. |
|
|
|
|
|
|
|
fishy sgt kan
pulangkan duit pinjaman dgn bagi cash. |
|
|
|
|
|
|
| |
|