Terkini: Thread Menjadi Medan Perbicangan Ilmiah Ttg Kebebasan Akademik d Malaysia
TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.
Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.
Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.
Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.
Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.
Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.
aku pernah tengok demonstrasi pelajar ni kat mesia... tak pernah nampak lagi FRU belasah mahasiswa ....tapi kalau ikut bahasa dan sikap kurang ajar diaorang ni.. aku yang jadi pemerhati pun nak belasah diaorang ... nak demo demo jer laa tapi tak payah laa maki hamun orang lain... kalau nak time undi ..undi laa mana ko suka ..
-10 Orang Mahasiswa dilaporkan ditangkap dan dibawa ke lokap balai polis Tg. Malim
- Keadaan Di Luar Balai Polis semakin tenang, ramai aktivis2 turun padang
-keadaan terkini Safwan, dilaporkan rusuknya patah dan sukar untuk bernafas. –
Peringatan Kepada sesiapa yang ingin hadirkan diri ke Balai Polis Tg Malim, Jalan ke Balai Disekat, ada 2 Road Block ke IPD, Sila guna jalan belakang ke IPD, (tepi KTM) Via MiloSuam
- Police r refusing 2 give me any info on status of arrested students- they even refuse info on condition of injured students Via @nsurendrann
- It seems d students will b kept overnight- everyone call 05-4596222 to demand their immediate release @nsurendrann
- Pihak Polis Masih tidak memberi Kerjasama.
- Semua hp mahasiswa dirampas dan mahasiswa yang cedera sedang membuat laporan polis.
- Sahabat semua mohon call no ini (balai polis tjung malim) 05-4596222 kita desak mereka bebaskan 17 aktivis dan mahasiswa yang ditangkap! Via Milo Suam [ REALLY@ saya ada call jugak, ada lah dalam beberapa kali, jawapan mereka adalah mahsiswa ini membuat perhimpunan haram, dan mereka mengambil langkah untuk menjaga keselamatan awam] Polis yang menjawap itu dalam nada yang baik dan sopan santun]
Jumlah Mahsiswa yang ditangkap buat masa ini adalah seramai 17 orang dan diantara mereka bukan semua pelajar UPSI tetapi dari Universiti lain juga ada. 2 Orang Cedera.
KPD Supt Othman baru maklum perkembangan terkini: masih ambil dokumentasi. Masih tunggu IO.
Padanlah muka kena belasah nak sangat demontrasi.Mereka ingat ini indon ke.Kalau nak sangat kebebasan tak payahlah nak pergi U.Baik duduk kg tanam jagung ada juga hasil ni sampai kena belasah siapa yg susah diri sendiri juga yg susah.