View: 8848|Reply: 30
|
Rakyat Malaysia tidak menghargai PENYAPU SAMPAH?
[Copy link]
|
|
Aku pernah melalui satu pengalaman di SIngapura,seorang lelaki Cina memberi dua dolar kepada penyapu sampah ...
dan aku simpulkan,betapa lelaki cina itu menghargai penyapu sampah....
Jika dikira penyapu sampah,yang keje lori sampah di negara kita,aku rasa jumlahnya berjuta-juta.Termasuk juga makcik2 yang menyapu sampah dan membuang sampah di pejabat kerajaan dan swasta.
Namun aku lihat mereka tidak pernah dihargai.Aku bagi contoh mudah,PERSATUAN.
Jika penyanyi dan pelakon ada persatuan artis,penulis pun ada persatuan penulis,polis ,askar,guru semua ada persatuan yang menjaga kebajikan dan mmebantu mereka.
Namun mereka yang bergelar tukang sapu TIADA.
Aku pun tidak pasti mereka kategori mana dan di bawah kementerian apa....namun sejak MERDEKA sampai la ni,tidak pernah kisah mereka dibahaskan dalam PARLIMEN...AHLI PARLIMEN TIDAK PERNAH PEDULI NASIB MEREKA,APA LAGI MENTERI....
Adakah mereka tidak penting dalam negara kita?Pernahkah kita mendengar tukang sapu diberi pangkat Datok?
Cuba fikirkan,jika semua penyapu sampah,driver lori sampah dan semua tidak mahu bekerja dan mogok,apa akan jadi dalam negara kita?
http://lh4.ggpht.com/_e9pBTS2KBQM/TJLXQnIv80I/AAAAAAAAAhU/Gn6WRqpUTIA/s1600-h/penyapu-jalan%5B34%5D.jpg
Boleh dikatakan gaji kakitangan kerajaan naik saban tahun......tapi nasib manusia bergelar tukang sapu tidak pernah dipeduli....
Malah ada yang menghina dengan ayat "kalau kita tidak buang sampah merata-rata,penyapu sampah tiada kerja!"
Mungkin ramai yang anggap memang patut gaji mereka rendah sebab mereka tidak berpelajaran tinggi,namun tidakkah mereka manusia seperti kita?Tidakkah mereka juga perlu makan,minum,mahukan hiburan,mahu melancong sebagai mana manusia lain?
Aku lihat Singapura amat menghargai tukang sapu.Mereka dibayar gaji tinggi dan pelbagai kelebihan.Ada juga rakyat Singapura menjadi tukang sapu walaupun negara mereka maju.
aku tak tahu bilakah nasib mereka akan berubah ..........aku pun ramai kawan yang bekerja tukang sapu....
bawah ni aku ambil nukilan satu blog yang menarik buat renungan kita semua...
" Tiba-tiba tergerak nak tulis entry pasal makcik-penyapu-sampah. Tadi masa duduk dalam dewan exam, I duduk tepi pintu. Pintu tu lutsinar. So, boleh nampak luar. Tengah fikir-fikir jawapan apa nak tulis, mata melilau ke luar. Nampak kelibat
makcik-penyapu-sampah.
Makcik tu dah berusia. Beliau berdua dengan kawannya, juga seorang penyapu sampah. Nampak kawan dia bongkok, mengelap sesuatu di lantai. Mungkin ada kotoran. Dan makcik-penyapu-sampah pula sibuk menyapu sampah.
Tiba-tiba dalam hati ni rasa sayu. Kesian tengok makcik-penyapu-sampah menyapu sampah itu. Memang beliau mencari rezeki yang halal, tapi dengan umur yang telah lanjut, sepatutnya makcik-penyapu-sampah tengah duduk rumah, tengok tv dan rehat.
Makcik-penyapu-sampah perasan I sedang memerhatikan beliau. Bila beliau pandang muka I jer, I senyum. Dan makcik-penyapu-sampah tu senyum kembali kepada I. Lepas tu, cepat-cepat I habiskan menulis jawapan pada kertas.
Zaman sekolah.
Dulu masa sekolah, I pun mempunyai perasaan yang sama apabila melihat makcik-penyapu-sampah. Rasa sedih. Macam nak tolong jer beliau menyapu sampah. Pernah sekali tu, tengah makcik-penyapu-sampah tu menyapu sampah di kaki lima sebelah kelas I, ada seorang budak perempuan buang sampah melalui tingkap. Kesian makcik-penyapu-sampah itu terpaksa menyapu. Yang paling sedih sekali, budak perempuan tu adalah anak makcik tu sendiri. Hmmm~~ :"(
Zaman Diploma.
Dulu masa diploma, I ambil course Land Survey. So, I banyak field work. Ada satu hari tu, I ada field work dekat kawasan perumahan Section 2, Shah Alam. Pagi-pagi lagi tercongok dekat tepi jalan. Then, Majlis Bandaraya Shah Alam punya lori sampah lalu. Nak kutip segala bagai sampah dekat kawasan perumahan tu. Bila lori lalu dekat kawasan site survey I, I cepat-cepat tutup hidung, tahan nafas. Normal lah kan lori sampah bau busuk.
Tapi salah seorang pengangkut sampah tu perasan I tutup hidung. Then, I syak beliau kecik hati. Beliau cakap dengan I, "Jangan lah sombong sangat". I terus tersentap. Start dari hari tu, I takkan tutup hidung sebab I tau, mesti pengangkut sampah tu kecik hati. Walaupun busuk, I akan tahan nafas.
Sebab kalau kita fikir, siapa lagi nak angkat sampah, nak sapu sampah dekat kawasan awam? Korang nak ker? Mesti korang malu kan? Walaupun kerja itu HALAL, tapi mesti ada yang malu. I pun tergolong dalam golongan yang macam tu.. I bukannya manusia yang berhati kental. Mereka tu orang-orang yang terpilih. Mesti mereka banyak dapat pahala kan? :")
So kesimpulannya, jangan lah pandang rendah pada orang-orang yang kerja macam tu. Mereka pun manusia, ada hati, ada perasaan. Kalau nampak mereka, senyum lah. Senyum tu kan sedekah. Tak luak pun, malah korang akan dapat pahala tauuu! Heeee~~"
http://www.intanurulfateha.com/2010/10/makcik-penyapu-sampah.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tingat Khir Toyol bagi penyapu "award" penyapu sampah kat salah sorang exco dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
tuakng sapu sampah n tukang angkat sampah ni la manusia berhati emas
derang boleh buat kerja yang yang belum tentu semua orang boleh buat
kalau diorang tak ada, agak-agak macam mane le KL ni
kalau figu lebih pandang tinggi kat mereka ni drpd org yg berpangkat tinggi tapi besar kepala tak tantu hala
lebih baik bergaul dengan org yang rendah diri n hidup susah supaya kita tak pernah lupa diri bile senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
makcik pakcik tukang sapu sampah, makcik cleaner yang mop-mop lantai tu, pakcik-pakcik pengangkut sampah, walaupun kerja diorang macam tu, kita kenalah hormat kalau diorang menjalankan tanggungjawab dengan baik. dan tak pandang rendah pada diorang.
selalu rasa serba salah nak lalu bila makcik cleaner tengah mop lantai koridor, kadang sanggup "corner" jauh sikit, takpun tengok bahagian lantai mana yang dah nak kering. kalau terpaksa, cakap je la "sorry, tumpang lalu". biar sejuk sikit hati makcik cleaner. (11 tahun dulu, zaman muda-muda... pernah praktikal kat resort. dah namanya budak praktikal, kerja yang tak kena buat pun, disuruh buat. salah satunya - kena mop lantai. hari-hari okay. {:4_191:} dah ala-ala pekerja asing je. seriously, masa tu barulah faham macam mana perasaan orang yang kerja cleaner. barulah tahu macam mana rasanya, bila orang lain dengan selambanya lalu kat area yang baruuu sangat kita mop) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kekadang nmpk org tutup hidung klu lori smpah lalu..jgn la wt mcm tue..smpah yg dorng angkut tupun smpah korang jg kan yg dok picit hidung tu knp??
phm la sama keje dorng..
bkan nk puji,kekadang lori smph dtg wt keje, cepat2 hulur mknan yg xhbis bg kt dorng..sronok dorng dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku, walaupun diorg ni ada dimana saja, penyapu sampah ni macam golongan yg invisible di mata masyarakat. Takde siapa yg take notice pasal diorg. Tak macam salesmen ke, doktor ke, waiter restaurant ke.
Org tak perasan sgt kewujudan diorg sebab kerja diorg tak melibatkan interaksi dgn org lain. Even pengemis pon ada sapa menyapa dengan org ramai. Penyapu sampah hanya deal ngan sampah. Itu membuatkan diorg tak ambil pusing pasal diorg atau pun fikirkan soal kebajikan diorg.
Kebanyakan org takde ahli keluarga yg bekerja sebagai tukang sapu sampah. Kebykan tukang ni dtg dari negara luar. Kalau kat Singapore, ramai org tua-tua yg dah pencen yg membuat kerja macam tu. Tapi kat sini org tua tak perlu buat semua tu. Oleh kerana org Singapura ada kaitan terus dgn golong penyapu sampah daripada talian kekeluargaan, mungkin itu membuatkan mereka lebih peka pada golongan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 16-2-2012 14:25
Penah je keja sapu & mop lantai masa keja kat McD dulu... so mmg paham perasaan org yg bekerja tetap sbg cleaner ni. Then bila aku dpt keja tetap, aku ditugaskan monitor cleaner gak. Aku still hormati mereka walopun diaorg tu merupakan aci yg buta huruf. Kalo aku nk minta dia mengemas, aku akan ckp bebaik kat dia. Cth: "auntie, nnt tolong kemaskan area tu ye." Aci2 tu semua pun baik je dgn aku, rajin tegur bila berselisih jalan.
Kdg2 bila aku mengemas ofis, ada byk kotak2 utk dibuang, aku angkat sendiri, Tp bila aci cleaner tu nampak aku buat, dia cpt2 offer diri nk tolong aku angkat sama2. Maybe diaorg rasa serba salah tgk boss mengemas sendiri walopun tugas tu sepatutnya cleaner yg buat. Tp aku x kisah pun bergotong-royong dgn diaorg.
Penah masa diaorg kena buat keja OT (sbb ada event), aku turut dtg tgk diaorg wat keja...and aku x lokek belikan air minum utk diaorg... walopun murah je & x seberapa, tp aku tersentuh bila tgk diaorg nampak hepi & berterima kasih dgn aku. Tp jauh di sudut hati aku ikhlas sbb aku kesian tgk diaorg. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pon selalu nk nangis tengok makcik2 pakcik2 penyapu sampah...
lagi2 kebanyakan diorang ni dah tua2..tp terpaksa jugak keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
i ols selalu tgk org sapu smpah time dlm jem2 nk g keje...i suke tgk dorg...bkn suka ape...dorg ni willing nk wat keje cmni....xsume org sanggup.....
*hidup kt dunia ni mcm roda...xsalah kite hormat org tuh even dia org gaji sekali pon...* |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya tajuk ko...
....kebanyakan rakyat M'sia tak hargai tukang sapu sampah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak rase rakyat malaysia tak hargai penyapu sampah...
sebabnya bukan ko sorang je rase camtu, ramai je yang berperasaan kesian kat mereka-merreka ini...tapi the thing is..adekah mereka ni nak simpati kita?...
tak pernah aku dengar or tengok dengan mata aku yang rakyat malaysia buli or perli or maki or ejek orang sapu sampah...even ade kawan2 aku yg mak dia yg keje sapu sampah or cleaner, takde pun orang ejek2 dia sbb mak dia keje camtu... mungkin jugak aku bernasib baik dikelilingi oleh orang2 malaysia yang bertamadun..
the thing is...diaorang ni bekerja dan diaorang dapat gaji...they signed up for it..so aku tak nampak rasional nak kesian sbb kerja sapu sampah...dan cakap pasal gaji, aku yang ade degree dan sampai stress-stress kerja pun tak cukup duit gaji...kalau la penyapu sampah dapat income lebih kurang nak dekat same gaji dengan aku...baik aku keje sapu sampah jugak..i mean susah ape...ambik penyapu, dan sapu bila jumpa sampah...
dan katela kalau aku ni kerja sapu sampah...tiba-tiba ade plak org datang hulur 5 ringgit kat aku..cakap kesian ko neh keje sapu sampah, nah 5 ringgit...serious aku rase terhina...ape hina sangat ke keje aku yg menyapu sampah ni sampai nak kene dikesiankan pulak dan kasi derma...ingat gaji aku ni cikai sgt ke mcm aku hadap sgt rm5 tu..
itulah pandangan aku...
sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tengok diorang sapu sampah ( kutip sampah ), lebih lebih lagi yang kat lebuhraya tuh . Kalau dalam setahun ntah berapa kilometer dah diorang tu berjalan.
Kemudiannya yang sapu dedaun di taman perumahan elit.
Cekap ajer aku tengok. Dengan setting beberapa penyapu lidi, ada yang pendek , ada yang panjang , cara menghayun penyapu pun ada beberapa cara.
Bagi duit atau bagi makanan atau bagi minuman pada mereka bukanlah menghina tetapi menghargai kerja mereka ini.
Setiap kali aku parking kereta di satu tempat di Bangsar , aku selalu duduk di bawah pokok menunggu dengan pek air untuk sama sama minum dengannya sambil bercerita ringkas sedikit. Senyuman nya dengan peluh ( dan juga baunya ) bila melihat aku menunggu dah membuatkan aku senang. |
|
|
|
|
|
|
|
gaji cleaner di malaysia nie adalah rendah, dalam rm500 je....kadang2 aku rasa macam x berbaloi je |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka makcik cleaner kat tempat aku.. semua orang dia kenal kat opis.. ramah.. pandai bercerita buat lawak semua.. heheee |
|
|
|
|
|
|
|
diorang ni hati mulia, takde nak dengki2. rasanya pendedahan tenang perlunya menghormati mereka ni harus dibuat sejak bangku sekolah lagi. ni kadang2 kat skolah budak2 buat main2 je dengan tukang sapu. buat kotorla, kutuk2 la, dan macam2 lagi.
aku rasa tukang sapu ni tidak mintak banyak, cukup kita menhargai mereka je. dan mereka diberi gaji yang berpatutan. cara nak menghargai mereka salah satunya adalah dengan menjaga kebersihan. sekurangnya ringanlah sikit kerja diorang. ni tidak kekadang masyarakat kita punya kesedaran sivik teruk. buang sampah ikut suka mak bapak diorang je. sebab ingat ada tukang sapu boleh tolong bersihkan.
semoga nasib tukang2 sapu ni makin membaik dan diberi perhatian oleh pemerintah. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih mulia dari mereka yg suka curi tulang walaupun berjawatan dan bergaji tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu aku benci betul kalau tgk orang suka2 hati buang sampah dari kereta |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dulu penah gak tergolong dlm golongan cleaner ni... tp kat mcD laa... walaupun kat mcD... aku keje aku menyeluruh.... kene sapu lantai... mop lantai... cuci tandas...
mmg btol hangin ajer kalu lepas mop lantai blum kering org dah lalu... yg paling hangin biler yg lalu tu cha ya nun alip.... selamba ajer... pastu tak ckp sori lak tu... lepas dari peristiwa epik itu... aku pun wat rules sendiri... aku main marah ajer sapa yg lalu kat lantai yg bru lepas mop... dulik hapa aku... manager aku pun tak leh nak kata apa... hahaha!
tp paling best masa nk cuci tandas... dah post aku sbg tukang cuci... jd aku ada lesen agung laa nk cuci tandas pompan... ada sekali tu biler aku nk cuci... aku pun bukak laa pintu tandas pompan tu... bole pulak ada customer yg agak cun kat dlm tu... tgh rilek ajer dok mencangkung... aku pun sempat laa melihat tp amatlah gelap sekali... dan aku pun berkata sori... kalu ikot dari situasi... bukan salah aku... customer tu yg salah pasal tak lock pintu... hahaha! kan tak pasal dpt tgk free...
itu ajer laa kisah aku sbg tukang sapu/cleaner... kesimpulannyer... keje cleaner ni mmg BEST!!! |
|
|
|
|
|
|
|
TAIPING: Seorang pekerja syarikat pemungut sampah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terbunuh selepas lori sampah yang dinaiki terbalik sebelum menghempapnya di hadapan Stesen Minyak Petronas Kamunting di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lori sampah dinaiki lima pekerja termasuk pemandu dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai dipandu laju menyebabkan lori berkenaan terbabas sebelum terbalik kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan menghempap mangsa, Abdul Rahman Razali, 40, yang berada di belakang lori.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya.
Isterinya, Sariah Mohd Nazri, 32, yang ditemui di hospital berkenaan berkata, Abdul Rahman sudah lebih 10 tahun bekerja sebagai pemungut sampah, tetapi baru dua tahun bekerja dengan syarikat berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kemalangan berlaku apabila lori sampah dinaiki lima pekerja, termasuk pemandu dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai apabila bertembung dengan Proton Saga berkenaan.
Menurutnya, satu jentera pasukan Bomba dan Penyelamat Kamunting dipanggil ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa “Kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki remuk teruk manakala pemandunya yang masih belum diketahu identiti, cedera parah dan dihantar ke HT untuk rawatan,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Razif Harun di talian 05-8291213, atau 05-8291218. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|