CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10686|Reply: 29

Sempena Maulidur Rasul (Dengar - Muhammad Al-Ameen full studio pg #2)

[Copy link]
Post time 5-2-2012 11:31 AM | Show all posts |Read mode
SINGLE TERBARU:





Siti Nurhaliza sesi fotoshoot dengan Rabbani




TarikhWednesday, January 25, 2012


Tag:Fesyen Baju,Konsert Artis,Penyanyi,Rabbani,Siti Nurhaliza,Terengganu



Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah nanti, disifatkan cukup istimewa kerana gabungan diantara Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani. Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. -Via



Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433



Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin akan bergabung meletop kebaboom dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani untuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah pada 5 Februari ini. Konsert yang diberi nama Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari ini.
Antara artis yang bakal turut serta dalam konsert yang bakal diadakan pada 4 Februari tersebut adalah Sabri Yunus, Najwa Latif dan Amy Search. Ia juga adalah satu interpretasi kasih sayang penyanyi-penyanyi ini terhadap Rasulullah SAW yang tercinta juga akan ditampilkan menerusi alunan syair dan gurindam.
Sambutan yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Februari di Kuala Terengganu itu akan terbahagi kepada karnival dan konsert bertemakan Muhammad Al Ameen & sebuah persembahan eksklusif dirinya dan Rabbani di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

“Sebelum ini saya dan Rabbani pernah bekerjasama dalam persembahan Maulidur Rasul di Stadium Melawati Shah Alam pada tahun lalu dan kali ini kami amat teruja kerana selain dapat bergabung dalam sebuah majlis yang sama, kami juga dapat bersama-sama mengagungkan Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari keputeraan Baginda.”
“Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari dengan malam kemuncaknya persembahan khas saya dan kumpulan Rabbani. Kelainannya pada persembahan di Taman Tamadun Islam itu nanti, saya akan menghiburkan orang ramai yang datang bukan sahaja dengan lagu-lagu bersesuaian dengan tema tetapi juga akan melakukan penceritaan berbentuk gurindam dan syair pada konsert itu nanti,” – Siti Nurhaliza


Tambahnya, program yang turut dirancang bersama-sama Rabbani Productions Sdn Bhd dan syarikatnya Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd itu adalah kesinambungan kerjasama yang sebelum ini pernah memmbuat persembahan bersama di sambutan Maulidurrasul di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu.
Budiey kira, kemunculan Siti Nurhaliza pastinya dinantikan para peminat beliau di Pantai Timur setelah kian lama tidak tampil membuat persembahan di khalayak ramai.
Konsert percuma yang diadakan bersempena Karnival Sinar Maulidurrasul “Muhammad Al Ameen” ini dijangka akan bermula selepas Isyak, sekitar jam 8.45 malam.

Semestinya, kelunakan suara Dato’ Siti Nurhaliza apabila mengalunkan irama sebegini rupa amatlah dinantikan. Lihat sahaja gemersik suara Siti dalam album kerohanian beliau, Tahajjud Cinta yang sememangnya memukau. Jadi orang Terengganu khususnya marilah bersama memeriahkan konsert ini!
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Rabbani Productions Sdn Bhd, Mohd Asri Ubaidullah berkata, bersempena dengan sambutan itu nanti, mereka akan turut menghasilkan sebuah lagu duet berjudul Muhammad Al Ameen.
Mohd Asri berkata, lagu tersebut sedang dalam proses rakaman dan akan diterbitkan sebagai sebuah ‘single’ untuk peminat mereka.

Bagi persembahan eksklusif Siti dan Rabbani ini, para peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM175, RM275 dan RM500 dengan menghubungi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di talian 09-627 7888. Last edited by dauswq on 20-1-2013 12:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2012 11:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 5-2-2012 11:41










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 11:37 AM | Show all posts
[Single Terbaru Siti Nurhaliza - Muhammad Al-Ameen]




UPDATE! Last edited by dauswq on 20-1-2013 12:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 11:45 AM | Show all posts
ct byk nyanyi lagu dr album Tahajjud Cinta...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 11:45 AM | Show all posts
not bad gak lagu Al-Ameen ini wlpn baru dgr separuh jek
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 11:51 PM | Show all posts

Seperti biasa, jika Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin bertudung pasti ramai orang akan cakap Siti sangat lawa dan lengkap bila bertudung litup. Nah, ini gambar-gambar terbaru Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari bersama dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani di mana mereka juga akan bergabung bersama dengan beberapa orang artis seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus untuk memberi hiburan berunsur dakwah dan keagamaan kepada penduduk sekitar Pantai Timur.


Hari ini (5 Februari) adalah penutupnya dan satu show ekslusif untuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah ini pasti akan dihadiri oleh peminat setia Siti Nurhaliza yang mampu untuk membeli tiket.


Bagi persembahan eksklusif Siti Nurhaliza dan Rabbani di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa pada malam ini, para peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM175, RM275 dan RM500 dengan menghubungi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di talian 09-627 7888.


Kredit gambar to Facebook Kak Rozi SangDewi yang gojes. Terima kasih Kak Rozie.








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2012 11:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 02:03 AM | Show all posts
chumel!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 01:42 PM | Show all posts
SITI NURHALIZA DAN RABBANI-MUHAMMAD AL AMEEN (Better quality)






[size=0.9166em]SITI NURHALIZA-KETIKA CINTA-KONSERT MUHAMMAD AL AMEEN(Better quality)
[size=0.9166em]

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:49 PM | Show all posts
siti tgk depan2 2 3 kali lebih comel... terkesima nengok
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 06:01 PM | Show all posts
Lagu Ketika cinta tu.. ang xtau la.. siti mmg saja atau dia silap masuk.. yg sebelum bagai menari diiringi pelangi tu.. cam silap msk.. hehe.. tp part tggi tu.. slalu je skip.. hehe

kalu tak silap.. malam tu .. siti ckp tajuk lagu tu pn silap.. lagu Tahajjud Cinta..tp xtau kalu dia nk cakp album tahajjud cinta..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 07:21 PM | Show all posts


Cantiknya CT ni bila bertudung penuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:12 PM | Show all posts
Seperti biasa, jika Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin bertudung pasti ramai orang akan cakap Siti san ...
Nadia90 Post at 5-2-2012 23:51

dah macam hantu dah
susah sgt ke nak pakai tudung, diva oi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:54 PM | Show all posts
dah macam hantu dah
susah sgt ke nak pakai tudung, diva oi
AppropriateNick Post at 6-2-2012 23:12


si royan intelektual opss


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:55 AM | Show all posts
yoshhh...comeynyaaa CT
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:30 AM | Show all posts
canteqnya CT.. kan bagus kalau kekalkan imej bertudung penuh lg ayu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 07:20 AM | Show all posts
cantik kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:11 PM | Show all posts
Reply 14# uwekkk


   ops..i salah masuk..rupanya thread sendu datuk siti...ampun..cari ni la..duk feature gmbr hantu tonjet baju merah..ingatkan sapa la..rupanya termasuk ke sini..jahat tau forum ni...okla uols...tata...kem salam kt hantu mangsa fesyen tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:17 AM | Show all posts
Reply 9# afifahmis

comel jaa ct dok jeling2 tgk lirik!!hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:19 AM | Show all posts
dah macam hantu dah
susah sgt ke nak pakai tudung, diva oi
AppropriateNick Post at 6-2-2012 23:12



  


errr...hantu???tudung???ada kaitan ek hantu dan tudung?ka ada hantu yg pakai tudung?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.389105 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list