CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10848|Reply: 76

kawan aku ada saka, dia bangga, korang hade?

 Close [Copy link]
Post time 6-2-2012 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chocobozhere at 6-2-2012 22:33

aku nak tahu ada tak forumer kat sini alami apa yang aku alami sekarang. serius, aku tension giler, tapi tak tahu nak lepaskan macam mana. ceritanya begini.
kat tempat kerja aku, ada seorang budak perempuan tu, dia muda empat tahun dari aku, tapi dia layan aku macam sebaya-sebaya dia jek. salah aku jugak sebab tak bagi dia panggil aku akak, konon-konon aku tanak nampak tua..huhu. kawan aku ni dia pelik. dari awal aku kenal dia sampailah sekarang, setiap hari dia akan cerita pasal hantu saka dalam diri dia dan family dia. setiap hari hokay sampai telinga aku ni dah naik bernanah dah dengar cerita dia. pantang nampak aku, mesti dia nak cite pasal hantu saka dia. walaupun time aku busy giler dengan kerja pun sempat lagi dia cite pasal saka. dia dan saka memang tak leh dipisahkan lansung..

aku tak faham dengan budak ni. setahu aku jarang orang bangga bila ada saka. tapi dia ni lain. dia bangga walaupun dia tak cakap dia bangga ada saka tapi kalau dah setiap orang yang keje kat tempat keje kitorang, tak kira baru keje atau lama keje semua dia cerita dia ada saka, apa ke tak bangga namanya tu? . al kisahnya dia ada saka sebab menurun dari nenek dia. nenek dia ni suka membela benda-benda haram jadah ni lah. nenek dia ni nak turunkan kat mak dia. tapi mak dia tanak. mak dia sekarang sakit-sakit sebab menderita sakit akibat perbuatan saka ni. dia pun sakit-sakit gak especially time nak period. menda tu macam ganggu sistem period dia. aku sajeskan dia pegi jumpa doktor pakar, tapi dia lebih percayakan bomoh. risau gak aku kot-kot bukan sebab saka, tapi sebab penyakit lain. tahu-tahu jelah sekarang penyakit kan macam-macam.

sejak budak ni kerja, ada macam-macam gak lah pernah berlaku kat tempat keje kitorang. pernah member aku nampak aku ada dua. siyes, aku seram giler time ni. dah lah aku kerja berdua dengan kawan aku( kawan lain) tu, malam-malam lak tu. dia nampak aku gi masuk bilik air, padahal aku ada jek dalam bilik tengah buat kerja.pastu aku penah dengar kawan aku ( kawan yang nampak aku ada dua tu) ni gelak mengilai-ngilai, tapi bila aku tanya dia cakap mana de dia gelak. pernah gak aku rasa macam ada orang melintas kat belakang aku, tapi bila toleh tak de pulak....agak-agak ada kaitan tak dengan saka dia tu?

lagi satu nak cite, setiap kali keluarga dia jumpa bomoh nak buang hantu saka tu mesti dia update kat aku. walaupun aku tak tanya. pastu baru-baru ni dia cakap nenek dia tu boleh tahu kalau ada orang mengata dia, masa ni muka aku dah berubah habis sebab aku risau kot-kot dia pn sama, leh tahu aku ada mengata pasal dia.....tapi betul ke orang ada saka ni boleh tahu orang mengata, mengeji dia?


aku tahu mesti ada forumer ni yang cakap aku ni berlagak giler sebab tak percaya soal saka ni. aku bukan lah tak percaya lansung. tapi tak perlu lah setiap hari, setiap masa nak kena dengar cerita pasal saka jek. kalau aku nak cerita pasal saka ni dah lama aku cerita..arwah atuk tiri aku dulu siap ada harimau jadian lagi, tu belum lagi arwah aki aku bomoh , konfem2 lah banyak menda karut  ni dia belajar.tapi aku tak de lah pulak nak kecoh kat kawan-kawan kerja aku pasal tu sebab hal-hal macam tu bukan boleh dibanggakan pun.kalau korang pun jenis yang ada saka, harap korang kontrol lah sikit cerita pasal tu. bukan setakat menambahkan ketakutan orang lain tapi kalau dah selalu sangat dengar citer tu sampai dah naik meluat. sekian...harap aku tak salah post cerita. kalau salah , boleh pindahkan kat mana-mana yang sesuai. peace...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 10:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 6-2-2012 22:43

salam TT
mmg jrg pon org akan crita hal2 cmni kat sapa2 pon he3,cra ko crita mcm dia happy jer dgn kehadiran saka dia ,tpi gi jgk brubat ..hmmmmm plik(dgn menggunakan daya imaginasi tinggi..mugkin time dia berceriter, saka dia yg bercakap kot )

myb mmg pe'el dia jer jnis CNN ckit he3
myb cra dia release msalah dia kot @ saje2 supaya org taw dia ada something so org tkot la pdajal dia nnti @ myb dia nk kasi ko sake dia..ada kemugkinan sbb tu promote slalu he3

org jenis cmni mmg ada,yg xde saka aka org2 biase pon ada jgk yg CNN,duk jual crita@spesis berbangga diri..klu nak tegur,tegurlah dia elok2
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:41 PM | Show all posts
psycho gila minah tu. kesian TT. dah cuba terus terang dengan dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 10:51 PM | Show all posts
Reply 2# mrjinggozzz

salam, hehe. ada jugak ye orang respon cerita i ni...tanak lah kalau dia nak bagi saka dia tu. kalau bagi duit ke, bagi kucing comel ke, nak lar jugak....dia memang hari-hari cakap pasal saka. aku dah buat muka seposen bila dengar cerita dia tu pun dia boleh buat-buat tak faham. pernah aku cuba ubah topik lain, dia bukak jugak topik pasal saka dia tu. serius aku tak paham, tahun 2012, dunia dah maju masih ada orang berbangga ada saka. bukan setakat dia bangga, dia siap cakap saka nenek dia tu sayang kat dia. tanak kuar dari dia. pastu siap cakap ada saka baik dan jahat berlawan-lawan dalam badan dia, tu pasal dia selalu sakit-sakit sebab saka baik dia jaga dia..tapi ada jugak dia cakap dia marah kat saka tu sebab datang kat dia, kadang-kadang siap kutuk-kutuk lagi nenek dia sebab bagi saka tu kat dia.....kalau korang jadi aku, tension dah hari-hari dengar citer pasal tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 10:52 PM | Show all posts
Reply 3# amr17


   ye, aku rasa dia psycho. aku tak tahu nak tegur dia macam mana. pernah satu hari tu aku rasa nak tampar jek muka dia laju-laju sebab geram sangat. tapi kang tak pasal-pasal aku lak kene tampar pulak...ish
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:58 PM | Show all posts
Ni sesuai kt board persahabatan or masalah peribadi ni..hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2012 11:02 PM | Show all posts
Reply  amr17


   ye, aku rasa dia psycho. aku tak tahu nak tegur dia macam mana. pernah satu ha ...
chocobozhere Post at 6-2-2012 22:52



  bahaya kot kalu tampar/pukul dia. tak pasal memalam kang ada "benda" balas dendam kat TT.

lagi better kalau TT terus terang je dengan dia, cakap baik2 la tapi..

lama2 senyap la tu,.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 11:09 PM | Show all posts
Reply 7# amr17


   alamak, ngeri lah pulak kan...tak pasal-pasal nanti aku kene tampar kat  " benda" tu.....
dah penah cuba nak slow talk kat budak ni. aku dah try guna pendekatan agama. siap cakap kena percaya kuasa Allah, jangan nak percaya sangat kat saka ni,tapi dia buat bodoh jek...tak faham betul aku..

tapi nak tahu lah, saka ni memang boleh buat macam-macam ke kat orang sekeliling tuan dia? sejak aku cakap kat mak aku pasal kawan aku ada saka, dia macam tak bagi aku kawan dengan budak ni. kalau kawan aku ni tahu, mau dia kecik hati giler dengan aku kan...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply 6# missyqaldina


   alamak, sudah salah tempat lah pulak i ni..sory lah. sebab nak cerita pasal saka, ingat sesuai lah letak kat sini.....ampunn
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:17 PM | Show all posts
Reply 9# chocobozhere


    Eh tade hal la tt,care tt nye cite mcm kne selesaikan msalah yg tt hadapi..tu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:41 PM | Show all posts
Saka pun nak bangga eh? SAKAi tul dak tu huhuhu..
Tp kalau la aku..aku x nak saka ni..
Tp nak blaja jampi pengasih.. sapa hadooo???
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:05 AM | Show all posts
apasal lah bangga dengan benda tak baik nie?..Sian TT, kalau saya pun mesti stress jugak dapat kawan macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:07 AM | Show all posts
kwn ko ada nmpk ko dua tt, tu bkn saka budak pompuan yg dok cite tu...tapi saka ko la tt...!{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:08 AM | Show all posts
Surah Al-Hasyr
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:17 AM | Show all posts
Reply 11# Ferr_Remy


   oit,mende-mende harem tu toksoh belajar lah weiii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:19 AM | Show all posts
Reply 12# JDT


   tu lah,. heran betul. cara dia cerita pasal saka tu macam cara kita citer pasal kita ada kucing kat umah. rilek dan bersahaja. lansung tak de rasa risau kot-kot orang takut nak kawan dengan dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2012 12:19 AM | Show all posts
Reply 13# J-bond


   oit, aku tak de saka lah.....isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:23 AM | Show all posts
dia saje2 bagi hint kat awak supaya jangan coba2 untuk sakiti atau aniaya dia.  maklumlah orang ada saka...
agaknya yang berbual dengan awak tu saka dia, tu yang promote diri sendiri.
Susah jugak kalau tiba2 jauhkan diri, kang dia terasa lantas menggunakan saka untuk balas dendam lak...isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:25 AM | Show all posts
ek eleh...takut,jgn sampai terkincit yer{:4_500:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:28 AM | Show all posts
Reply  amr17


   alamak, ngeri lah pulak kan...tak pasal-pasal nanti aku kene tampar kat  " ben ...
chocobozhere Post at 6-2-2012 23:09


hehe. gurau je TT. aku pun tak tau sangat pasal saka ni.. kena refer yang pakar la.. huhu
susahlah kalu dia jenis tak makan nasihat kan. kalu gitu TT doa je la utk dia, mudah2an dia sedar.
neway, yang aku tau.. biasanya orang yang ada saka ni jenis pendiam, menyendiri. ke salah tanggapan aku selama ni ek?
kawan TT lain je pung pang pung pang ceritanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.101010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list