CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14086|Reply: 105

Minggu Setiausaha bersama Datuk Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 6-3-2012 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by khyree at 17-4-2012 00:54
Bercakap mengenai persembahannya pada Minggu Setiausaha nanti, Siti akan mempersembahkan lagu popularnya sejak awal kemunculannya dalam bidang seni sehingga kini, termasuk lagu Inggeris, Set Fire To The Rain nyanyian Adele dan Moves Like Jagger daripada Maroon 5.


aku mmg nak ct cover lagu Set Fire To Rain....
tercapai gak impian..

sesiapa yg pi minggu setiausaha, silalah upload bideonya:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:50 PM | Show all posts
humblenyer CT
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:24 AM | Show all posts
yeah!... harap2 ada bideo siti adele nati!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:35 PM | Show all posts
baper hinggit sorg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 04:20 PM | Show all posts
Siti mmg best...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2012 12:29 PM | Show all posts
macam2lah impian ko kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 01:39 PM | Show all posts
Pening dah ngan paper skrang...
hari ni keluar tajuk itu ini.. esok lak keluar paper nafi..
skrang ni wartawan yg tingtong ke atau CT yg tingtong.. sekajap ckp lain.. pastu jupe org lain lak ckp lain lak...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2012 10:39 PM | Show all posts
Reply 9# ang

jadi ke minggu setiausaha ngan ct ni? klu tak, abis ape ct wat kt press conference tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:11 AM | Show all posts
Reply 10# dauswq

bkn psl mggu setiausaha ni.. psl rumah tu..
same kes ngan jualan album dulu gak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 08:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nadia90 at 11-3-2012 20:38

17 tahun Siti

GELARAN ‘penyanyi nombor satu negara’ tidak pernah melekakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Setinggi mana pun anak jati Kuala Lipis, Pahang ini disanjung, dia tidak pernah lupa asal-usul, bahkan meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidupnya.


Baginya, keluarga adalah segala-galanya, bahkan rezeki diperoleh Siti yang juga usahawan kosmetik adalah milik bersama dan harus dikongsi. Bukan sekadar tanggungjawab, tetapi perjalanan kerjayanya selama ini banyak dibantu keluarga.


Kata Siti, tiada istilah jadi tempat keluarga bergantung harap kerana syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) diuruskan keluarga dan masing-masing berusaha keras melaksanakan amanah yang dipikul.

“Bukan semua adik-beradik bekerja dengan SNP, ada yang mengusahakan perniagaan sendiri, bekerja dengan kerajaan dan syarikat swasta. Membahagiakan keluarga adalah amanah dan tanggungjawab saya.


“Saya tidak lupa asal-usul, apa yang saya ada, kami akan kongsi, malah kami adik-beradik berusaha dan bekerja keras mengecapi kejayaan bersama-sama.



“Saya sentiasa berdoa kami kekal sebagai keluarga bahagia, bersefahaman dan dielakkan daripada fitnah sengketa. Itulah yang terbaik.

“Alhamdulillah, hubungan keluarga sangat akrab meskipun masing-masing sudah berumah tangga dan sibuk dengan komitmen.

“Mudah-mudahan keadaan ini kekal sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Ahad lalu.

Siti yang tergesa-gesa pada hari itu turut berkongsi rasa gembira apabila adik bongsunya, Mohd Hafiz Tarudin selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan, Noor Fazliana Dendrigau sehari sebelum itu.

Sebagai kakak, Siti terharu melihat adiknya melangkah ke fasa baru kehidupan dan berdoa semoga pengantin baru itu bijak menjalani kehidupan berumahtangga.

“Kami sekeluarga sa-ngat gembira melihat Hafiz kini bergelar suami. Saya yakin dia mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan harap hidupnya bersama Yana aman bahagia. Memang menjadi hasrat saya mahu melihat semua adik-beradik bahagia.

“Majlis akad nikah Hafiz berlangsung di Masjid Negeri Kuantan manakala persandingan pula di Dewan MAKSAK, Kuantan. Pada hari perkahwinan Hafiz, ibu paling gembira kerana dapat melihat anak bongsunya bergelar raja sehari,” katanya.

Khamis lalu, genap 17 tahun kembara Siti sebagai anak seni. Meskipun menempa pelbagai kejayaan serta pengiktirafan dalam serta luar negara, masih banyak impian belum dilunaskan, antaranya mengadakan konsert tradisional serta persembahan eksklusif yang menampilkan kekuatan vokal.



“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Untuk berada di tahap sekarang bukan mudah, macam-macam cabaran serta dugaan terpaksa saya tempuh. Berkat doa serta sokongan keluarga, media dan peminat, saya masih ada dalam industri hingga ke hari ini.

“Sebenarnya masih banyak impian belum dicapai. Kalau ikut-kan, macam-macam saya mahu buat, antaranya mengadakan konsert tradisional dan persembahan ekslusif di pentas yang gah dengan diiringi orkestra.

“Kalau boleh, saya mahu per-sembahan itu diadakan di tempat terbuka dan berlangsung dalam suasana santai serta menonjolkan kekuatan vokal.

“Saya juga rindu mengadakan konsert percuma seperti mana pernah saya lakukan sebelum ini. Pengalaman mengadakan konsert di seluruh negara itu sangat indah dan akan saya kenang hingga bila-bila,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Siti menafikan dakwaan menerima bayaran RM500,000 ketika menjayakan persembahan di Singapura baru-baru ini, sekali gus dilabelkan sebagai penyanyi tempatan menerima bayaran paling mahal setakat ini.

Tegasnya, dia tidak pernah ‘demand’ dan bayaran dikenakan berpatutan dengan apa dipersembahkan.

Mengenai berita Siti membeli kondominium mewah The Istana di Melbourne, Australia yang diusahakan syarikat pembinaan ternama tempatan, Magna Prima Berhad, Siti mengesahkan perkara itu. Katanya, tempahan kediaman satu bilik itu sudah dibuat dan menyifatkannya sebagai pelaburan bagus.

“Saya beli kediaman ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha berani anak tempatan mengusahakan projek di Melbourne. Lokasi kediaman ini sangat strategik, di mana ia dekat dengan Victoria Market dan ia satu pelaburan menguntungkan.

“Lagipun anak saya belajar di sana. Daripada menyewa, lebih baik tinggal di rumah sendiri. Kalau saya dan suami nak ke sana pun mudah kerana sudah ada rumah,” katanya.

Mengulas lanjut persembahan Minggu Setiausaha - Afternoon of Elegent yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 10 April depan, Siti menyifatkan ia sangat istimewa kerana itu kemunculan pertama dalam majlis seumpamanya di negeri itu.

“Sebelum ini saya pernah menjayakan persembahan di Persada Johor, tetapi ia majlis tertutup. Undangan Persada Johor memang saya tunggu kerana yang hadir nanti bukan saja mereka yang bertugas sebagai setiausaha, tetapi juga peminat dari Johor dan Singapura.

“Setakat ini, saya ada terima maklum balas peminat dari Kota Singa, mereka tidak sabar-sabar mahu beli tiket untuk menyaksikan persembahan saya.

“Dalam persembahan berdurasi tidak kurang dua jam itu, saya akan pastikan semua yang hadir terhibur dan ia menjadi kenangan terindah buat mereka.

“Persada Johor memberi kepercayaan kepada SNP untuk menentukan konsep persembahan dan setakat ini saya masih mencari yang sesuai. Mungkin persembahan yang lebih elegan bertepatan dengan tema merah hitam,” katanya.

Selain lagu hitnya, Siti akan menghiburkan tetamu dengan himpunan lagu malar segar dan lagu popular terkini dendangan penyanyi lain seperti lagu Inggeris, Set Fire To The Rain dendangan Adele dan Moves Like Jagger (Maroon 5) selain lagu sendiri, Falling In Love.

Pada hari persembahan nanti, Siti akan menginap di Hotel The Puteri Pacific Johor dan media dari Kuala Lumpur dibawa ke Johor Bahru untuk sidang media itu.
Ia turut dihadiri Timbalan Ketua Eksekutif Jcorp Hotels & Resort, Mohamad Mazlan Ali.

Persembahan Siti akan diada-kan di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang berkapasiti 1,500 hingga 1,800 penonton.

Sebanyak 150 meja disedia-kan dan mungkin lebih daripada itu, bergantung kepada sambutan. Harga meja ditawarkan RM10,000, RM5,000, RM 3,500 dan RM2,500.
Tempahan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.persadajohor.com



cr: metro
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 01:04 AM | Show all posts
saya sudah... anda??

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by afifahmis at 2-4-2012 22:08

Antara lagu yg siti nyanyikan Ombak Rindu..

Fly Bass ‏ @FlyHalizor

@CTNurhaliza11 sedang rhsl lagu Hombak Hindu :p n @saidaAf6posing comel lak :p hehe http://t.co/VlHJMoQv

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 08:28 AM | Show all posts
bestnya ada lagu ombak rindu, untungla sape yg pergi nnt..suka sngt klu ct nyanyi lagu orng lain sbb akan jd lg power gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 02:25 AM | Show all posts
Sape yg gi esok. Jgn lupe cerita tau. Mesti best dpt dgr ct nyanyi lagu adele ngan ombak rindu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 02:46 AM | Show all posts
Antara lagu yg siti nyanyikan Ombak Rindu..


sedang rhsl lagu Hombak Hindu :p n po ...
afifahmis Post at 2-4-2012 10:06 PM



   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2012 12:51 PM | Show all posts
x de sape2 lgke yg sudi update gmbr terkini ct kat mgu setiausaha ni .........
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 08:23 PM | Show all posts
[size=0.9166em]Percayalah ~ Siti Nurhaliza @ Secretaries Week 2012

[size=0.9166em]

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 09:18 PM | Show all posts
cepatnya upload??????
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 09:19 PM | Show all posts
adele mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063184 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list