CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4433|Reply: 27

Kontroversi baru ke ni?

 Close [Copy link]
Post time 16-7-2012 12:51 PM | Show all posts |Read mode
http://my.entertainment.yahoo.co ... t-dedah-rambut.html



“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”

Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.

Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.

Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.
Ujarnya: “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.

“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.

Ditanya tentang pembatalan konsert Sami Yusuf yang membabitkannya pada 14 Julai lalu namun dibatalkan pada saat akhir, Siti melahirkan rasa kecewa kerana dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan tersebut tiga hari sebelum konsert tersebut berlangsung.

Namun katanya dia percaya bahawa peminat Sami lebih kecewa kerana gagal untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka itu beraksi di Malaysia buat pertama kali.

"Jika konsert tersebut akan kembali diadakan, saya sudi bekerjasama jika ia tidak berlanggar dengan jadual kerja saya yang lain," katanya yang berduet dengan Sami untuk lagu Here Came To You.

Sementara itu, saat ditanya mengenai perkembangan terkini, Siti memberitahu dia bakal muncul dengan produk kosmestik terkini dari jenamanya, SimplySiti selain memaklumkan akan berehat daripada mengadakan sebarang persembahan pada bulan Ramadan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 01:25 PM | Show all posts
Reply 1# adie82


   peminat yg kecoh...ske hati siti la k telanjang ke nk bogel ke.. fan is still a fan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 02:24 PM | Show all posts
Reply 1# adie82


    nak kata lama sngt x jugak, tp kira gosip terkini ct selain pasl video ngan sami tu, biasala, mak iti ini suka sngt letak pic kat twit dia, lg2 sejak ada instrgmni, ct pun x sangka bndani jd kecoh, tu yg wartwn dok korek & tnya sndr kat ct.... yg komen2 & kutuk2 psl pic ct ni pun mengong, dah sah2 ct mmg x bertutup penuh, so apa nak heran, lainla klu irma or diana amir tu yg letak pic gini, barula leh kecoh, biaslakan, apa saje ttg ct tentu jd hangat kebabooommmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 02:25 PM | Show all posts
Reply 2# pakwetizzaqyah


    telanjang???...agak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 02:28 PM | Show all posts
apa kata CT bukak tudung....lagi cantik rupanya....dpd berselendang..x der beza apa2pun kan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2012 02:34 PM | Show all posts
Pkai jela tudung beberul
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 04:48 PM | Show all posts
blm smp hidayah/ petunjuk katanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 6# harisbee


    aah, tp disebabkn ct dah berselendang dr awl, so nak tak nak dia kenala teruskn juga, klu x mesti lg kena kutuk kaw2 punya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 04:59 PM | Show all posts
Reply  harisbee


    aah, tp disebabkn ct dah berselendang dr awl, so nak tak nak dia kenala te ...
chokbedah Post at 16-7-2012 16:49


kesian tengok...fesyen jadi entah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 12:35 AM | Show all posts

yg kecoh n bagi caci maki tanpa tgk cermin n diri sendiri tetap???
ORANG MELAYU ISLAM kayh!
isu lama berbangkit....
TAK semua yg bising2 perli tu betul2 ikhlas nak mendoakan kebaikan
percayalah!

jgnlah kat internet join kutuk Siti tak bertudung sempurna
tp dekat dunia nyata korg??
celah kangkang sendiri pun berkudis kayh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 11:50 PM | Show all posts
aku lebih rela ct bukak tudung (oopss selendang ) daripada pakai lilit2 kat kepala tu macam apa je...dahla buruk, x sesuai dengan baju pulak tu. Fashion police sangat....tapi ni aku rasa ct saja je nak tengok reaksi orang kalau dia free hair balik...sah2 la orang kutuk kaw2 sebab bagi diorang ct TAK BOLEH bukak selendang tu..WTH?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 06:42 PM | Show all posts
aku pun rasa baik dia bukak serkup tlo tu klu xmo btudung.. sama je pun, ke dia suka imej mcmtu? xkan dia takut kena kutuk kut sbb dia kan x mati dek keji gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:41 PM | Show all posts
dpd CT pakai serkup tu....baik pakai selendang...tidak pun pakai rambut palsu terus..

gigih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:42 PM | Show all posts
pls la..x der lagi yg imej dia ala ala serkup nih...CT trendsetter k..mantap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 04:01 PM | Show all posts
datuk k tak membimbing siti ka?
at the age of 30s, patutnya siti tu da mcm beyoncee, bukannya memburukkan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 12:23 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 22-7-2012 04:01 PM
datuk k tak membimbing siti ka?
at the age of 30s, patutnya siti tu da mcm beyoncee, bukannya membu ...

setuju....

gatal sgt nak kawin dgn Datuk K yg beriman katanya...elok la terus jadi beyonce...mana sesuai umur CT nak berselendang bagai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:10 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 22-7-2012 04:01 PM
datuk k tak membimbing siti ka?
at the age of 30s, patutnya siti tu da mcm beyoncee, bukannya membu ...

beyonce dah berubah ek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:23 AM | Show all posts
harisbee posted on 23-7-2012 12:23 AM
setuju....

gatal sgt nak kawin dgn Datuk K yg beriman katanya...elok la terus jadi beyonce...ma ...

seriyesly, tak perlu betudung pun.

sbb dia da bina masjid... pahala mengalir masuk akaun dia sampai akhirat nnti.
n lagi satu tiap ramadhan pegi puasa di mekah..



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:08 PM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 23-7-2012 11:23 AM
seriyesly, tak perlu betudung pun.

sbb dia da bina masjid... pahala mengalir masuk akaun dia sa ...



oh god...boleh ko cakap cam tu...main2??? bahaya wooo

menutup aurat kan wajib (nak tutup apa lagi aurat rambut kalu bukan dgn tudung k)  



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.482676 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list