CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15150|Reply: 103

Bijak ke wanita yang ada segulung ijazah..?

[Copy link]
Post time 9-1-2013 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Dah seminggu Lox menung memikirkan pasal ni... Bijak ke wanita yang ada segulung ijazah dari universiti ternama?

Well...perasaan Lox mengatakan tidak sebijak yang ramai sangkakan..mungkin dalam seratus..satu dua atau tiga jer yang menepati dugaan..kenapa Lox kata gitu, tentu ade sebabnya kan?

Yang pastinya, setiap kali Lox keluar curi-curi dengan "wanita-wanita bijak ini" dan cuba untuk mengketengahkan isu-isu semasa sebagai pembuka bualan, balik balik dia tunjukkan muka berkerut macam susah sangat nak faham apa yang Lox cuba bincangkan. Contohnya bila Lox bertanya pandangan dia tentang hubungkait perang saudara di Timur Tengah dengan kebanjiran pelancong Arab di Malaysia..well balik-balik dia tunjuk lagi banyak kerut, sampai merekah foundation powder di muka dan cair lipstic pada bibir cuba memahami apa yang Lox nak sampaikan...walhal dia ada Master In International Relations, major in Economics ...pwerghhh!

Banyak lagi contoh yang Lox boleh bagi, tapi tak pe lah...takut terinsult pulak intelligence sesetengah pihak yang mengaku kaum spesis mereka dah sampai ke mercu No 1 Bank Negara...lagi pun Lox pun bukannya ada double, tripple atau quadripple degree...

Soalan Lox, apekah kebanjiran shopping-shopping complex dan puluhan hypermarket yang menjadikan wanita-wanita bijak ini semakin terkebelakang dalam ilmu yang pernah mereka kaji ketika di menara gading?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 06:21 PM | Show all posts
tah ler...... tapi penah le sorang lecturer pompuan nih ngaja expert system...dia kate...."yang expert tu sbnarnya bukanla expert sgt! tanya bab hardware ke,development sytem ke bukan reti sgt secara detail... dia reti apa yang diberitahu je".....huhuhuu smpi skang me terpikir2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:16 PM | Show all posts
bijak dari segi apa... kalau dalam bidang dia mungkin lar... atau dari segi pemikiran! pernah gek jumpa cam gitu... pemikiran xseiring dngn segulung ijazah yang ader...

tp dalam meladani hidup... kematangan paling penting aku rasa ler
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:32 PM | Show all posts
hehehe..

at least yg you selalu jumpa pun habis2 kerut dahi x faham..

kena yang suka perlekeh org lagi hazab!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:46 PM | Show all posts
Pada aku, kemungkinan yang bertanya tu yang tak bijak....
Mungkin tanya wanita berijazah dalam bidang perubatan tentang pergolakan di timur tengah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:55 PM | Show all posts
sama gak ler ngan lelaki yg ader ijazah..tak tentu bijak dlm smua mende
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 02:11 PM | Show all posts
matang tu yg penting..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:30 PM | Show all posts
Sila baca paper The Sun semalam punya (Jan 9, 2013), page 12. Artikel bertajuk 'What Value Our Degrees?' oleh Citizen Nades.
Dalam tu, ada satu excerpt dari article asal yang tak diedit dan ditokoktambah yang ditulis oleh final-year student of a multiple award-winning university in Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 04:34 PM | Show all posts
yep aku ngaku kureng bijak dlm ilmu hardware atau economics..selalunya aku kalah ngan laki huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:18 AM | Show all posts
Prof aku dulu pernah bagitau, stage paling susah dalam belajar sebenarnya masa ambik degree. Ambik master ngn PhD tak sesusah ambik degree. Sbb apa? Degree kena belajar semua benda utk kejar credit hours. PhD kalau dia kaji transistor, itu je la yg dia kaji. Prof aku cakap la..

Back to the topic, bagi aku pempuan ni quite ignorance pada surrounding diorg. Berapa kerat pempuan yang baca news, dia akan baca berita dunia secara detail? Ini bukan sebab dia ada degree ke, master ke, tapi dah memang nature pempuan gitu (pemikiran makro vs mikro).
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 02:57 AM | Show all posts
bagi saye pulak bergantung pada soalan yang ditanya..menjurus kpd aspek apa..
wanita yang ada segulung ijazah tu mungkin bijak dalam bidang yang dia pelajari aje..
walaupun saye ada segulung ijazah, tapi kalau ditanya tentang ekonomi, politik, perang saudara di Timur Tengah..
insyaAllah saye pun tak dapat jawab.

kadang soalan yang ditanya tu adalah berkaitan dengan ape yang wanita tu belajar masa di University pun tak mustahil kalau dia tak dapat jawab. ilmu tu luas dan takkan kita dapat garap semuanya..jadi adelah tu tertinggal informasi tu sana sikit..sini sikit..

dan ade juga yang belajar ape yang dia nak saje..jadi ade certain thing dia tak ambil pusing.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 10:03 AM | Show all posts
sesetengah org mmg dia tak amik kisah pasal benda2 lain yg takda kaitan ngan dia..
cuma amik tau pasal benda2 yg revolve around her

sama la mcm kat opis..altough dia dlm finance sekali pun, maybe dia tetaw pasal eurozone economic krisis
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:16 PM | Show all posts
saya sebagai pemegang segulung ijazah nak menjawab persoalan ni...bijak ke wanita yang ada segulung ijazah?...tak bijak mana pun...bergantung kepada kamatangan di dalam pemikirannya...kalau die pandai olah apa yg die blaja semasa degree dgn keadaan semasa ...itu memang bijak sebab apa yg die blaja hanya teori semata-mata...bukan realiti di dalam kehidupan ini...kalau dia pandai sesuaikan keadaan persekitran dgn ilmu yg die blaja...itu memang bijak....tak semua yg die blaja semasa degree boleh diamalkan sama dalam persekitaran semasa....
ini hanya pendapat saya yg tak seberapa di dalam bidang degree akaun....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 03:29 PM | Show all posts
segulung ijazah hanyalah sehelai kertas keras warna kuning cair yang menyatakan orang sekian2 ada kelayakan dalam bidang sekian2 setelah berhempas pulas selama berapa tahun..
tapi ,
tak semua orang berjaya simpan dengan baik semua maklumat yang dia dapat masa zaman belajar, atau sewaktu tak belajar ( be it waktu baca news, buku, internet etc )
maksudnya , dari sudut kekuatan memori
agak tak adil kalau kita buka satu topik. berharap pihak lagi satu boleh bagi feedback like what we expect she or he can answers turns out dia diamm kelu atau bekerut.
maybe dia penah denga isu tu, penah terbaca tapi dia xle nak recall info yang dia ada dalam otak
kemampuan mengingat tiap manusia ni berbeza
tak semua orang boleh mengingat dengan kuat especially bila melibatkan angka, tarikh, kejadian , senang citer sejarah
ade orang mudah ingat sejarah, sekali bukak topik bisnes , otak dia xle nak nampak the big picture, serupa takde link la
what can i say is
bijak atau bijak seseorang tu adalah subjektif
tak boleh dihukum hanya dengan menguji dengan cara seperti TT buat
mungkin bijak dia terserlah dalam keadaan yang berbeza yang u tak expect dia boleh keluarkan satu idea / cadangan untuk solve that problem..
something like that..
menda camni adalah abstrak
ijazah berkati2 tak bermaksud seseorang tu bijak serba serbi
tapi at least dia ada effort untuk smbung master n phd kan..sebab kte semua tau bukan mudah nak habiskan master / phd yg kdg2 amek masa bertahun2 sebab bergantung pada research progress etc
maksudnya kat sini, bijak la mereka yang berjaya habiskan master / phd tu sebab nya banyak liku2 derang nak tempuh semata2 nak dapatkan segulung ijazah tu
and salah satu silap manusia sering buat
banyaknya bercakap indicate dia " berisi "
diam nya seseorang tu pula orang pinggirkan sebab mereka fikir dia ni takde pape idea ke ?
jangan...diam seseorang tu tak maksud dia tatau ape2..mungkin dia prefer untuk senyap daripada bercakap perkara yang dia tak pasti kebenarannya ye ke tak..atau maybe dia diam sebab dia lagi suka menjadi pendengar
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 01:35 PM | Show all posts
ermm TT ko keluar dengan bebudak yg buat ijazah tengah belajar ka atau yg dah pegang ijazah atau more dan dah bekerja ka?
yng tengah belajar baru jer input education dan sibuk buat thesis
mayb kalu yg dah bekerja menjawat jawatan best mayb laa bole diuji tahap intelligent or IQ EQ or Q
neway mesti dorang bosan kuar dengan ko kan sebab ko ni macam soalan peperiksaan
ingatkan nak enjoy release tension tup tup kena jawab soalan hahaha
kalau yer pun tak bole laa tanya direct cuba ko baca paper lepas tuh tengok reaksi perempuan bijak pandai ni kalau dia jenis care about world dia akan tengok tengok paper yg ko baca tuh n cuba laa ulas tentang ruangan yg ko baca tuh
tapiii kalu dia buat dok no jer sibuk dok hirup ais kacang ermm memang otak dia kecik laa tuh.. malas jawapannya.. baik belajar memasak or jerang air kat dapor
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:41 PM | Show all posts
menjad posted on 9-1-2013 08:16 PM
bijak dari segi apa... kalau dalam bidang dia mungkin lar... atau dari segi pemikiran! pernah gek ju ...

exactly..kelompok yg u mention ni mmg ramai skrg..
in fact, ramai yg pandai belajar ni hanya memenuhi taraf tingkat sosio ekonomi diri & keluarga jer..
mksudnya utk naik pangkat..berkedudukan tinggi dlm kerjaya..itu mmg x dinafikan la..majoriti mmg semua mcm tu..
sbb tu yg TT jumpa tu ramai yg berkerut dahinya bila TT cuba menguji IQ mrk..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 02:55 PM | Show all posts
sy takde degree....sy takut blajar tinggi sbb gayat .....so msti klu loxlaxman tnye soklan2 sebegitu sy juz jawab ikut logik & standard pelajaran sy je.....at the end loxlaxman yg berkerut muka mendengar jawapan balas dari saya...kan? kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:00 PM | Show all posts
ilmu, info kat dunia ni byk n luas. yg dicover utk  dpt degree tu ciput amat. N kalo x dpt jwb soklan tt maybe because dia blaja sekadar nk dpt degree, n bkn utk ilmunya.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:01 PM | Show all posts
bergantung juga Lox...
wanita ada degree tak semua bijak..
aku pun kureng dengan wanita2 yang bijak tapi tak bc paper n tak improve diri..
bila aku sbgai wanita bbincang dengan wanita yang sedegree ngan aku pasal isu semasa..politik..
ada yang tak ngerti ..lelaki wpun tak ada degree..tpi pengetahuan am mereka tinggi..aku sallute...
yang lebihkan shopping ..belajar sekadar cukup syarat...
aku pun tak boleh blah juga dengan wanita yang senggitu..ibarat katak bawah mangkuk kaca yang lutsinar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 05:02 PM | Show all posts
contoh adik aku sendirik laa lulusan ijazah sains dan matematik UITM Shah Alam
bila kawin suami tak bagi kerja dia terus berhenti kerja
so korang rasa dia bijak ke idak
itu jer laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.279166 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list