CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8182|Reply: 54

Magis Angka 7

[Copy link]
Post time 16-1-2013 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Angka 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi Allah. Malah, angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan bumi. Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri daripada 7 lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi.

Angka 7 disebut pertama kali dalam Surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi: "Diakah Allah, yang menjadikan segala yang ada dibumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam Surah An-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi: "Dan Kami bangunkan di atas kamu tujuh langit yang kukuh."

Diantara permulaan Surah Al-Baqarah sehingga Surah An-Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. Surah Al-Fatihah yang merupakan pnghulu segala surah, juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.

Rukun solat ke-7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah ke bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Juga solat diperintahkan untuk diajar kepada kanak-kanak apabila mencapai usia 7 tahun.

Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat hari raya. Manakala ayat tentang kiamat disebut dalam Al-Quran sebanyak 77 kali. Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sa'i, melontar dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.

Jangan lupa, Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.

Dalam kehidupan manusia, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan. Ada 7 hari dalam seminggu. Ada 7 benua dan 7 lautan di bumi.
Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai 'safe prime', iaiut sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya. Heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.

Pelangi terdiri daripada 7 warna. Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekol heptana. Angka 7 juga adalah nilai 'neutral' antara sifat asid dan alkali. Atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7. Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepada mempunyai 7 'cervical vertebrate'

Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini. Ia bukan semata-mata unik, malah mengandungi hikmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.

Sumber: Mastika Februari 2013
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 09:45 AM | Show all posts
tapi bila org tanya kita.. "nombor apa fav ko?".. bila kita jwb '7'... diorg akn kata.. ahhhh bosannyerrr.. xde nombor len ker?.. huhuhu. tapi nombor 7 mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:33 AM | Show all posts
aku lahir bulan 7
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:35 AM | Show all posts
aku pon suker angka 7 nie..entah pasai apa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:44 AM | Show all posts
Teringat cerita thriller dulu.. "Seven" .. lakonan brad pit .. merujuk kpd pembunuh gila (kristian fanatik yg gila) yg bunuh org ikut "seven sins"..7 dosa besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 10:47 AM | Show all posts
Ada kristian yg fanatik sgt dgn 7 deadly sin sampai lupa nak amalkan 7 heavenly virtues.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 12:21 PM | Show all posts
btol la..hampir lupa psl 7 deadly sins ni...dorg ade gak bt party guna tema ni..igtkn saje2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:40 PM | Show all posts
bila nk sumpah orang jer kuar ayat.. "aku sumpah ko 7 keturunan bla..bla".. nape mesti 7 keturunan.. 5 ke.. 2 ke xleh kerr?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 01:55 PM | Show all posts
aku suka no. 7 sbb aku lahir bulan 7

no. kesukaan aku 4567
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:13 PM | Show all posts
skeezotone posted on 17-1-2013 12:40 PM
bila nk sumpah orang jer kuar ayat.. "aku sumpah ko 7 keturunan bla..bla".. nape mesti 7 keturunan.. ...

mungkin mase tu dalam kepale die teringat nombor 7 kot tu yang sebut 7 keturunan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:14 PM | Show all posts
kintan posted on 17-1-2013 01:55 PM
aku suka no. 7 sbb aku lahir bulan 7

no. kesukaan aku 4567

same la kintan lahir bulan 7

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:15 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 17-1-2013 02:13 PM
mungkin mase tu dalam kepale die teringat nombor 7 kot tu yang sebut 7 keturunan...

mungkin jugak 7 keturunan mengambil masa yg lama utk abiskan... so akan disebut keturunan demi keturunan mcm Lagenda Mahsuri dan laksemana bentan?

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:17 PM | Show all posts
ya.. mungkin juga begitu mienina... kalo satu atau dua keturunan cepat sangat abesnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 02:24 PM | Show all posts
Angka 7 juga amat digemari oleh pengguna ilmu sihir barat zaman dahulu kala.
Contohnya: Seventh son of a seventh son. Anak lelaki ke tujuh lahir daripada seorang bapa di mana bapanya juga anak ke tujuh dalam keluarga. Dipercayai memiliki kebolehan luar biasa atau magik.

Dlm cerita Harry Potter juga, watak Voldemort cuba membahagikan rohnya kepada 7 di mana 6 darinya disimpan di dlm objek lain dan hanya memiliki 1/7 rohnya kerana percaya dgn keajaiban angka 7.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:26 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 17-1-2013 02:13 PM
mungkin mase tu dalam kepale die teringat nombor 7 kot tu yang sebut 7 keturunan...

agaknya la sbb nk sebut 'tujuh' pon senang gak.. kalo sebut angka len kan kot payah plak.. xkan nk sebut 'aku sumpah ko 150 keturunan bla..bla.. kan payah tu.. hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 02:29 PM | Show all posts
1)  Bumi Mempunyai 7 Lapisan

2) Langit Mempunyai 7 Lapisan

3) SYurga Mempunyai 7

4) Neraka Mempunyai 7

5) Surah Pertama Dalam Al-Quran Surah Al-Fatihah Mempunyai 7 Ayat

6) Warna Putih Gabungan Dari 7 Warna

7) Jumlah HAri Dalam Seminggu adalah 7 Hari

sumber: http://www.myberita.com/subhanallah-misteri-angka-7/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 03:29 PM | Show all posts
benda mistik

*telaga tujuh
*puteri tujuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 05:54 PM | Show all posts
Aku pun suka no 7. Tak tau nape. Aku rasa bentu dan kiraan nya kot. Entah lahhh.. Tapi memang no 7 lain sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 06:49 PM | Show all posts
sye pon ske numbe 7 sbb lahir bulan 7..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 06:52 PM | Show all posts
skeezotone posted on 17-1-2013 12:40 PM
bila nk sumpah orang jer kuar ayat.. "aku sumpah ko 7 keturunan bla..bla".. nape mesti 7 keturunan.. ...

xpasti la btol ke tak..
cakap 7 keturunan tue mksud dea,abis dose bala2 dea smpi 7 kturunan jea..
masuk 8 kturunan,bala2 ke ape ke tak letak dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058848 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list