CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7999|Reply: 20

Kenapa Hans Isaac lebih berahsia?

[Copy link]
Post time 29-4-2013 03:26 PM | Show all posts |Read mode
SEHINGGA ke hari ini dia masih selesa untuk meninggalkan tanda tanya mengenai hubungan yang terjalin. Bukan tidak mahu berkongsi rasa namun bagi pelakon, pengarah dan penerbit Hans Isaac pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk tidak membawa kisah peribadi ke media, lalu menjadi tatapan banyak mata umum.


Tetap enggan menzahirkan makna sebenar hubungan yang terjalin di antara dia dan pelakon muda Neelofa, bagi Hans dia lebih selesa untuk membiarkan peminat mereka menjawab sebarang persoalan yang berlegar dengan sendirinya.


Ditanya apa masalah percintaan lalu yang membuatkan dia serik untuk lebih terbuka kini, menurut Hans, secara realitinya dia bukan orang baru di dalam industri. Dan sudah pasti jika di singkap pengalaman cinta lalu, dia percaya ramai yang tahu dan masih mengingatinya.



"Apa yang saya belajar melalui pengalaman lalu adalah untuk terus mengelakkan masalah.
"Masalah yang saya maksudkan, adalah bagaimana kita menghormati orang yang dekat di sekeliling kita. Mungkin saya tidak lagi sukar namun Lofa masih mempunyai keluarga dan saya pasti ia penting untuk dia agar tidak melukakan hati mereka," katanya.
Mengakui selesa dengan kehadiran Lofa, menurut Hans antara kelebihan yang ada pada gadis ini adalah kehebatannya untuk menceriakan keadaan ketika hatinya gusar. Dia mengenali gadis ini melalui uji bakat untuk watak di dalam filem arahannya yang berjudul Lemak Kampung Santan.


"Dia seorang yang mampu membuatkan saya ketawa.
"Kalau diikutkan saya mengenali Lofa melalui Aziz M.Osman. Ini kerana sewaktu mencari pelakon untuk filem Lemak Kampung Santan, Aziz telah mencadangkan nama Lofa. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk mengambil Lofa adalah cara dia menghayati skrip," katanya yang turut mengakui Lofa seorang yang suka berfikir.


Ditemui di majlis pelancaran filem Lemak Kampung Santan bertempat di Saloma Bistro baru-baru ini, menurut Hans dia menegaskan hubungan rapat yang terjalin di antara dia dan Lofa hanya bermula selepas penggambaran filem tersebut. Tidak mahu gosip cinta di antara dia dan Lofa mengaburi perjalanan promosi filem ini nanti, menurut Hans dia lebih senang untuk bercerita mengenai kerjayanya kini.


"Kami hanya mula rapat selepas tamat penggambaran filem ini, bekerja dengan Lofa agak mudah memandangkan dia cepat belajar.
"Kalau diikutkan saya tidak mahu kisah kami terus dikaitkan dengan filem ini nanti, biarlah hasil kerja saya ini diberikan perhatian dahulu. Sebab itu saya mengadakan sidang akhbar hari ini agar ketika tayangan pertamanya nanti soalan ini tidak lagi berlegar," katanya tersenyum.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 05:03 PM | Show all posts
LOFA OH LOFA ..
SEMOGA BERBAHAGUIA
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:12 PM | Show all posts
boring lah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:13 PM | Show all posts
Ni lagi sorang....asal ada aja bintang baru dan cantik lak...mesti dia nak buat buah hati....ni mesti kes I rub your back you rub my back..Lofa pun nak naikkan nama..guna la citer ada hubungan cinta dgn HI...begitula juga sebaliknya.....tak kan la Lopak's parents nak biarkan dia kawen ngan HI tarak sunat ni.....kan mak nya dah pesan..cari yg beriman..tak tau la aku kalau HI ni beriman...sembahyang di church pd hari ahad.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 10:57 PM | Show all posts
Lofa n hans..gosip yg dh boring tuk dibaca..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:03 PM | Show all posts
boring2 je benang ko ni rosemary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2013 04:10 AM | Show all posts
Cinta lokasi ja ni huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 11:16 AM | Show all posts
pls la....huh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 11:37 AM | Show all posts
bosan la...xhabis2 nk jaja kisah dua org yg lemu nehhh.... xde ke cite best2 dri artis yg best2...




Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:04 PM | Show all posts
entah kenapa iols rs diorang ni sbnarnya tak bercinta pun,saja je buat kisah konon bercinta sbb nk lariskan filem terbaru gandingan diorang. sbb kalo ikut logik, mau ke neelofa tu dgn hans? tp, kalo betul diorang bercinta, iols doa yg terbaik ajelah. moga berbahagia dan cepat2 naik pelamin. cuma pesanan utk neelofa, fikir lapan belas kali sebelum kawen dgn hans. bukan kata hans jahat, tp, cuma minta neelofa berhati2 dlm memilih pasangan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:35 PM | Show all posts
rasanya hans ni dgn maya lebih sesuai dr dgn neelopak tu...

hans dan maya sdgn shooting filem trbaru mereka "NOTA" sbg psgn suami isteri





Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:52 PM | Show all posts
soul_iela posted on 1-5-2013 01:35 PM
rasanya hans ni dgn maya lebih sesuai dr dgn neelopak tu...

hans dan maya sdgn shooting filem trb ...

wow..menarik gak dia punya poster...thriller ke???
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 02:37 PM | Show all posts
Hans & mk sesuaiiii sangats
I like
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 02:45 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 1-5-2013 01:52 PM
wow..menarik gak dia punya poster...thriller ke???

yup... kisah pasal suami isteri yg mengalami konflik rumah tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 02:45 PM | Show all posts
solstice posted on 1-5-2013 02:37 PM
Hans & mk sesuaiiii sangats
I like

sama kan muka depa...

"ini kalilah!!" hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 02:53 PM | Show all posts
soul_iela posted on 1-5-2013 01:35 PM
rasanya hans ni dgn maya lebih sesuai dr dgn neelopak tu...

hans dan maya sdgn shooting filem trb ...

Cantiklah posternya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 04:37 PM | Show all posts
sebab dia tak nak cakap banyak
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 06:53 PM | Show all posts
ok secara rasminya iols merestui hubungan maya karim n hans
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 11:01 PM | Show all posts
soul_iela posted on 1-5-2013 01:35 PM
rasanya hans ni dgn maya lebih sesuai dr dgn neelopak tu...

hans dan maya sdgn shooting filem trb ...

Gbr dlm bot tuh nampak serasi mereka ni....
iols dr dlu mmg nampak maya sesuai ngn hans ni....


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 08:02 AM | Show all posts
Yes maya dan hans sesuai.......moga ada jodoh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.176163 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list