View: 4068|Reply: 23
|
[Tempatan]
Syabas nafi terima peruntukan Kerajaan Selangor
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menjelaskan bahawa kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberi sebarang peruntukan kewangan kepadanya bagi melaksanakan program perbelanjaan modal sejak bermulanya konsesi itu pada Januari 2005 sehingga sekarang.
Menurutnya, keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Syabas melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.
"Dengan pelaksanaan program air yang tiada hasil (NRW), Syabas telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus semasa sistem pengagihan air diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor kepada 31.18 peratus pada September 2008 apabila SYABAS mengambil alih pengurusan mulai 1 Januari, 2008," demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.
Bagaimana pun, program kerja dan usaha Syabas seterusnya bagi mengurangkan kadar NRW telah terbantut atas arahan kerajaan negeri Selangor yang membekukan kelulusan program Capex Syabas sejak 2008, kecuali program yang sangat kecil dan kritikal dan akibatnya kadar NRW tidak dapat dikurangkan lagi dan hanya dapat dikawal oleh Syabas sekadar lebih kurang 33 peratus sehingga hari ini.
Syabas mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.
Sejak mulanya konsesi pada bulan Januari 2005 sehingga 30 April 2013, Syabas telah membuat pelaburan lebih RM2.578 bilion bagi melaksanakan pelbagai program Capex untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem agihan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan tujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
syabas bg aku mmg kejam dan zalim mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia kunci pili air kat flat aku. siap bawak polis (yelah kot , mebi takut org pukul) . padahal rumah aku mmg bayar air setiap bulan.sebabkan ade org lain x bayar kat flat tu, semua org tak ade air. padahal meter individu, ape bengong sangat dorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun swasta ko nk kerajaan punya duit apa lg?
|
|
|
|
|
|
|
|
ruhanizza posted on 11-7-2013 03:51 PM
syabas bg aku mmg kejam dan zalim mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia ku ...
sampai camtu? semua kena kunci?
ni mengundang marah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ruhanizza posted on 11-7-2013 03:51 PM
syabas bg aku mmg kejam dan zalim mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia ku ...
mcm mana meter individu boleh kene kunci pulak???...lain la meter pukal kene kunci itu silap rukun tetangga tu la tak bertanggungjawab sama2 bayar bill.
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 11-7-2013 03:59 PM
gaji Rozali mcm ne plak?
itulah...patutnya gaji dia tu blh disalurkan ke dalam CAPEX and OPEX syabas...baru blh ucap syabas pada dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji CEO dia pun banyak melampau..... |
|
|
|
|
|
|
|
shiro82 posted on 11-7-2013 03:56 PM
mcm mana meter individu boleh kene kunci pulak???...lain la meter pukal kene kunci itu silap rukun ...
dia x kunci meter individu, die kunci pili air yg sambungkan air ke semua org dlm flat ni. kitaorang mmg x pakai meter pukal. iols x taulah macamana org syabas ni berpikir. x kesian ker kat orang yg [penat puasa , angkut air kat tingkat bawah(dia ade sediakan tong besarlah) . padahal minggu sblum tu , dia dah potong air dah sape yg x bayar air. last2 suma org kena. mungkin ramai org x bayar lagi kot, tp x patutlah buat gtu huhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
izamahmed posted on 11-7-2013 03:54 PM
sampai camtu? semua kena kunci?
ni mengundang marah ni
mmg marah giler ngan dorang, nak makan pun bapak iols kate kena beli pinggan kertas la. kang nak cuci pinggan kena pakai banyak air plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ruhanizza posted on 11-7-2013 04:15 PM
dia x kunci meter individu, die kunci pili air yg sambungkan air ke semua org dlm flat ni. kitaora ...
ko ada call syabas komplen x? laki aku pernah gayut 2 jam degan celcom centre pasal derang x mo sambung line laki aku padahal tunggak x sampai 10 ringgit. last2 derang mengalah.... ko ada hak harus la komplen. salah org lain ko tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah: dah nama pun swasta ko nk kerajaan punya duit apa lg?
bacala dulu.. syabas cuma nafikan yg kenyataan Khalid tu jer... khalid kata Kerajaan negeri selangor ada bagi peruntukan, tapi syabas kata xder... xder isunya syabas mintak duit kat kerajaan... |
|
|
|
|
|
|
|
CEO memang gaji tinggi lah, mana-mana kampeni pun, tu pun nak jelly |
|
|
|
|
|
|
|
shiro82 posted on 11-7-2013 04:24 PM
ko ada call syabas komplen x? laki aku pernah gayut 2 jam degan celcom centre pasal derang x mo sa ...
iols x call lagi.mungkin malam ni kot klau x ok lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terima pun takpe.
kalau untuk rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
orgkpg posted on 11-7-2013 04:33 PM
bacala dulu.. syabas cuma nafikan yg kenyataan Khalid tu jer... khalid kata Kerajaan negeri sela ...
Kat bawah-bawah tu mcm ada bau-bau nak salahkan kerajaan selangor kenapa nrw diorang tinggi. Kononnya before kerajaan selangor tukar, diorang dptkan turunkan nrw :-p
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabas mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.
telah membuat peruntukkan ....bangang punya Syabas ...belum kasi lagi ..... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa Khalid tak balas balik kenyataan Syabas ini?...ke memang kerajaan Selangor tak pernah bagi?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 12-7-2013 07:46 AM
telah membuat peruntukkan ....bangang punya Syabas ...belum kasi lagi .....
terima kasih krn highlight statement mcm ni....statement ni dah byk kali pak khalid guna....statement blur..org ingat nak bagi...rupanya baru ckp jerr...bukan nak bagi pun...statement gula2.....
sultan pun tau perangai ex ceo ni....nasib baik jadi gak pakai MB.....dah hampir tak jadi dah hari tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Syabas melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.
@Acong DAP persoal pinjaman mudah selamatkan Syabas
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=762682
ialah tu ...dana dalaman, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|