View: 14038|Reply: 98
|
[Tempatan]
Bangkai Buaya Tembaga Seberat 1 Tan Di Temui Di Kuala Selangor
[Copy link]
|
|
perghhhh!~ kalau hidup agi tu..
sekali ngap jer |
|
|
|
|
|
|
|
1 tan ?!
bnyak oooo enbeg kulit boya bole buat nih !... |
|
|
|
|
|
|
|
besarnya...tp buaya darat lg bahaya dr buaya ni...haha |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi bangkai tak ganas dah le......... |
|
|
|
|
|
|
|
itu belum lagi buaya keluli atau buaya emas |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan @boyagombak
Last edited by AHMADVW on 26-7-2013 07:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
org jual ubat sure geram tengok totey dia. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih... bapak besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Wei...besar jugak ni wei.....berapa umur dia ya. Buaya puchong lagi besar |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana boleh mati...sakit tua kot |
|
|
|
|
|
|
|
ni sure penat ni sampai mati, meretasi laut cina selatan dari sarawak ke semenanjung |
|
|
|
|
|
|
|
besarnyaaaa...... rugi kalau tanam, kalau boleh awetkan... bukan senang nak jumpa buaya besar nih, panggil crocodile hunter dlm nat geo cabar buru boya besar ni kt m'sia |
|
|
|
|
|
|
|
amik gigi buaya....buat tangkal kebal...heheheheheee |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 26-7-2013 07:44 AM
ni bukan @boyagombak
ape yg tersembul kat bawah badan buaya tu? nenen dia ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni xda plak dia ngap sapa2 kat kuala selangor tu kah |
|
|
|
|
|
|
|
gaara_X posted on 26-7-2013 08:40 AM
amik gigi buaya....buat tangkal kebal...heheheheheee
ada makhluk dah ambik dah gigi dgn kuku buaya ni..baca kt thread sebelah..
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.
Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.
Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.
Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.
“Kami jarakkan sampan dan teliti daripada jauh. Namun beberapa minit kemudian, kami kembali memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan buaya itu yang mungkin cedera hingga mati, namun hanya gigi dan kuku tiada,” katanya.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, pula berkata, penemuan itu amat berharga sepanjang tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan sungai di sini.
“Ramai rakan cakap, mereka pernah terserempak buaya jenis itu dengan saiz lebih besar. Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu nelayan atau kaki pancing.
“Orang lama cakap buaya itu penunggu sungai. Saya anggap mitos sahaja dan mungkin hanya ada dua jenis buaya di sungai ini iaitu muara serta jelujong mengikut cerita nelayan yang pernah menemui haiwan tersebut,” katanya.
Jeti jadi mini zoo
Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu dan bergegas ke kawasan jeti untuk melihat buaya tersebut dengan lebih dekat.
“Kawasan jeti itu menjadi tumpuan penduduk, seolah-olah mini zoo bermula seawal jam 7 pagi.
Orang ramai berpusu datang dan sementara menunggu pegawai Perhilitan, mereka sempat merakam gambar untuk buat kenangan,” katanya.
Turut hadir, Penghulu Mukim Api/Api dan Ijok, Hussien Idris.
Penemuan pertama
Pengarah Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya seberat 1,000 kilogram tersebut ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk dibedah siasat.
“Kita tak boleh beri sebarang komen berhubung punca kematian, usia, jantina dan saiz sebenar kerana tunggu bedah siasat. Penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan negeri kerana kita tidak pernah terima laporan penemuan buaya dengan saiz agak besar atau keganasan buaya yang mengakibatkan kematian.
"Saya berterima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Selangor yang menyediakan pengangkutan sekali gus melancarkan tugas Perhilitan bawa buaya itu ke Sungai Dusun,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hidup, sekali ngap jer walau orang dewasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|