CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16179|Reply: 138

'Aidil tendang saya seperti bola’ - Rita Rudaini

[Copy link]
Post time 18-8-2013 08:28 AM | Show all posts |Read mode
ni bahasa kiasan ker memang Rita Rudaini ditendang seperti bola?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aidiltendangsayasepertibola__8217_/Article/?bh

Kemelut perkahwinan yang dilalui aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar, 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.


Biarpun diceraikan pada hari baik, bulan baik, tiada apa yang nak dikesalkan, Rita mahupun dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa nakhoda keluarga.

Malah, anak-anak juga tidak lagi mengenali Aidil apabila sekian lama tidak bersua muka.

Buka buku baru

Rita sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.
Di kala sibuk melayani anak-anak yang kian membesar, Rita termenung seketika. Aktres kelahiran Perlis itu berkata, “Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.

Bila sudah benci

“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?
Last edited by DTECCONAN on 18-8-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 08:57 AM | Show all posts
dah gatal bijik nk kawin dengan pemain bola...knela ready utk ditendang
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 08:58 AM | Show all posts
ish... si RR ni x abis2 lagi...
bukan x bersimpati dgn dia...
tp sudah cukup sudah buat statement...
dr elok2 org kesian kat dia...
boleh jd menyampah pulak...
yg penting skg dia kena move on dan buktikan yg tanpa AZ pun dia boleh hidup bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 09:01 AM | Show all posts
kalau aidil pemain badminton, pastilah dia cakap 'aidil smash saya seperti bulu tangkis'.



Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 09:01 AM | Show all posts
Lepaskan la semua marah, sedih tu Rita. Lepas ni betul2 la mula hidup baru....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 09:15 AM | Show all posts
bola bola bola
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2013 09:19 AM | Show all posts
Owh pasai statement ni rupanya...zaquan adha balas kt twiitter
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 09:22 AM | Show all posts
literally or figuratively?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 09:50 AM | Show all posts
itu la....kawin dgn anak abu. Budak tu masih merah lagi Rita ajak kawin.  Sekarang baru cakap tak layak jadi suami, tak layak jadi bapak....masa bercinta tak fikir semua. Aidil waktu itu 21 tahun...pikiran belum matang.  Yang si rita dah 30++ waktu itu patut dah matang.....Layak jadi kakak bukan isteri....

Sekarang kena redha je kerana ini pilihan sendrik....jgn salahkan sapa sapa melainkan diri sendrik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:01 AM | Show all posts
kak_sue posted on 18-8-2013 09:50 AM
itu la....kawin dgn anak abu. Budak tu masih merah lagi Rita ajak kawin.  Sekarang baru cakap tak la ...

Setuju sesangat dgn statement @kak_sue .  RR kena tegur kat IG dia, pasal dia sebut AZ "tak layak" jadi suami...pengomen tu kata, toksahlah buka aib diri sundri lagi nak kata macam tu. AZ tu dah pun jadi suami awak, dan2 ada masalah boleh pulak label AZ tu "tak layak" jadi suami. Time lari pi Thailand layak la pulek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:12 AM | Show all posts
Rita oh rita...... zip it k? Aiyooo... makin dia buka mulut semakin org menyampah. Ok, mungkin tu cara dia meluahkan perasaan tak puas hati. Tp kekadang tu ada perkara yg lebih baik didiamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:12 AM | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.
From my point of view. RR ni mmg pompyan keras kepala n perasan high class. Walaupunnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:26 AM | Show all posts
sambung kat thread yg ada...please..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:35 AM | Show all posts
Eh....benang centah bersegi-segi dah 100 pages ke, sampai bukak
benang baru...................??????
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:45 AM | Show all posts
Santeira posted on 18-8-2013 09:01 AM
kalau aidil pemain badminton, pastilah dia cakap 'aidil smash saya seperti bulu tangkis'.

klu aidil pemain hoki...pastilah dia cakap..'aidil pukul saya seperti bola hoki'....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 10:50 AM | Show all posts
watpa la cerai ngan sms, kan elok pakai WhatsApp... he he
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:50 AM | Show all posts
sassy_girl82 posted on 18-8-2013 10:45 AM
klu aidil pemain hoki...pastilah dia cakap..'aidil pukul saya seperti bola hoki'....

'aidil sepak saya seperti bola ragbi'
'aidil baling saya seperti quaffle' (refer pada games Quidditch dalam Harry Potter)

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:57 AM | Show all posts
tak habis2 meroyan pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:57 AM | Show all posts
Saya dibuang macam sampah, kalau laki jantan haprak takda keja macam
Normiang.  Kalau pemain bowling, saya dibaling dengan bola besi sampai
masok longkang.....................
Kalau sepak takrow, saya dilibas macam lipas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.079479 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list