View: 16808|Reply: 151
|
[Tempatan]
Menu belangkas di Johor
[Copy link]
|
|
Effa menunjukkan pilihan belangkas segar.
BAGI peminat masakan kampung dan makanan laut, pastinya tidak rugi untuk mencuba hidangan di gerai Citarasa D’Nazril yang terletak berdekatan Pusat Latihan Akli atau kira-kira empat kilometer dari bandar Kota Tinggi.
Gerai yang popular dengan masakan belangkas itu juga sering menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk dalam kawasan ini, malah luar daripada daerah ini.
Pemiliknya, Effa Adriana Samsuri, 22, berkata, gerai tersebut mula beroperasi pada Jun lalu dimana Citarasa D’Nazril memiliki keistimewaan sendiri dengan mengutamakan hidangan masakan tradisional Melayu sebagai menu utama.
Menurut Effa, gerainya beroperasi tujuh hari seminggu dan dibuka pada jam 6 pagi hingga 3 petang bermula dengan hidangan sarapan pagi sehinggalah makan tengah hari.
“Antara masakan yang amat digemari pengunjung ialah belangkas masak masak cili, siput sedut masak lemak cili api, sotong bunting masak lemak dan lada hitam.
“Hidangan tersebut sering menjadi daya tarikan para pengunjung yang ke mari dan paling laris di sini. Apa yang penting, kami sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan melalui layanan mesra dan hidangan yang segar," katanya.
Effa memberitahu, selain tiga jenis masakan utama tersebut, pihaknya turut menghidangkan masakan asam pedas mayung, sembilang, keli, ikan duri, ketam dan beberapa jenis masakan lain.
“Sebagai gandingan kami turut menyediakan sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, pucuk ubi, pucuk labu, sayur keladi, nangka muda dan betik, di samping ulam-ulaman.
“Bagi menu sarapan pagi pula, kami menyediakan nasi lemak, mi goreng, lontong dan pelbagai lagi," katanya.
Dia yang dibantu ibu saudara dan tiga adik beradiknya berkata, gerainya sesuai buat mereka yang ingin mencari kelainan dan jemu dengan menu harian.
Menceritakan pengalamannya ketika mula membuka gerai itu katanya, dia bermula dengan bermodalkan RM200.
Effa berkata, nama Citarasa D’Nazril juga diambil sempena nama anaknya, Mohd Nazril, 2, hasil perkongsian hidup bersama suaminya Abdul Nasir Mohamed, 30.
Menurutnya, pada awalnya, gerai tersebut beroperasi pada waktu malam, bagaimanapun kurang mendapat sambutan.
“Alhamdulillah setelah diubah kepada makan pagi dan tengah hari, sambutan diterima amat menggalakkan dimana pelanggan suka dengan kira-kira 30 juadah tempatan yang kami sediakan di sini.
“Malah tidak dinafikan harga runcit sekarang semakin meningkat, namun kita masih mengekalkan harga murah dan berpatutan di gerai ini," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/ed ... -belangkas-1.231012
|
|
|
|
|
|
|
|
ummah melayu ada makan ni ka? setau aku ummah jawa,bugis dan boyan kan makan benda ni? |
|
|
|
|
|
|
|
boyan and jawa makan pelik sket.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan ai org melaka makan belangkas ni....takutle rupanya mcm predator |
|
|
|
|
|
|
|
boleh makan ke benda alah ni..
da la rupa nyer menakutkan
x tergamak nak makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Belangkas ni dinasor hidup kan? Dah wujud berjuta tahun lalu.
Patutnya spesis macam ni dilindung sama seperti penyu kat Terengganu. Tak banyak tempat yg ada. Malaysia salah satu yg ada |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa yang bule dimakan telurnya kut.. lain mana ada isi pon...
Kat kota tinggi ada satu kedai lagi famous iaitu belangkas Mahkota.. Kedai kesukaan Soltan Ibrahim. |
|
|
|
|
|
|
|
bau belangkas dibakar kuat sangat...aku igt dulu masa lepak2 kat chenang, kawan kutip belangkas yg terdampar kt pantai pastu diorg bakar...eeuuuwww...busuknya bau..lintang pukang aku lari menyelamatkan diri dari keracunan bau dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu (bugis jawa) tau makan je bend alah ni... Kat negara luar, depa komersialkan utk perubatan... Darah benda alah ni warna biru, memang sangat bernilai untuk industri perubatan... Benda alah ni tak dibunuh, sebaliknya diambil darahnya sekadar yang boleh tanpa menjejaskan kesihatan benda alah tu, kemudian benda alah tu dilepaskan semula ke laut....
-Bila la rakyat malaysia ni nak berfikiran kedepan sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
errkk...takut pulaakk nak makan... |
|
|
|
|
|
|
|
lg seronok jadi belangkas
|
|
|
|
|
|
|
|
taikor posted on 16-12-2013 11:30 AM
Belangkas ni dinasor hidup kan? Dah wujud berjuta tahun lalu.
Patutnya spesis macam ni dilindung ...
tpi spesis ni populasi dia tak mcm penyu...benda ni populasi dia cam ikan bilis
|
|
|
|
|
|
|
|
menu belangkas ni memang famous di johor. terutama sekali di Kota Tinggi. antaranye gerai Belangkas Mahkota yang digemari Tengku Mahkota Johor katanye. tu pasal dapat nama gerai camtu. tapi kebiasaan lauk belangkas ni... klau datang kol 1 lebih memang tray belangkas pon dah tak nampak. huhu...
aish.. lama dah tak makan belangkas. sedapnye telur belangkas masak asam pedas or masak sambal. hukum makan belangkas is 'harus'... ia bukan kategori binatang 2 alam. dia naik ke darat hanya utk bertelur. aku tak sure tempat2 lain ada ke tidak belangkas. tp kalau kota tinggi... johor.. memang banyak la. dulu kekecik aku tangkap pkai tangan je belangkas tgh mengawan. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
perang_candu posted on 16-12-2013 11:36 AM
aku rasa yang bule dimakan telurnya kut.. lain mana ada isi pon...
Kat kota tinggi ada satu kedai ...
sah ko pernah rasa dulu cma aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah try
Sbb curious
Halalkan?
Sbb pernah dengar jugak kata x halal
Alasan
Mcm penyu
Telurnya halal
Tp makan penyu x halal sbb 2 alam |
|
|
|
|
|
|
|
go belangkas luaskan kuasamu |
|
|
|
|
|
|
|
Org makan telur rasanya... aku last year bersemangat gi mersing nak try telur belangkas ni sekali bukan musim belangkas... sedih x dak rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
|